Perempuan Berkalung Sorban

3minggu lepas,akhirnya aku berjaya habiskan tonton cerita "perempuan berkalung sorban"
thanks to ainin sofia,my classmate yang recomend aku habiskan tgk cerita ni,mekasih2 :)
ohohoho
yang lawaknya,dia sudah habis tonton cerita itu sedangkan tuan punya cd itu belum habis tgk lagi,ahahaha
dia kata,kita harus berfikiran di luar kotak,sebab keseluruhan cerita tu sangat la bagus
jadi disini,aku nak perbetulkan pendapat aku sebelum ni kat post aku ni
sebelum ni aku mengatakan cerita ni mengecewakan
aku nak perbetulkan pandangan aku terhadap cerita ni
3minggu lepas time aku tgh free,aku decide nak tgk cerita ni dengan sahabat2 ku iaitu Mat,abg izwan,dan aku
dah macam panggung wayang dah bilik tu,ahaha
sebelum ni aku rasa cerita tu agak keterlaluan sebab dia x tapis bahagian2 tertentu
tapi bila aku tgk balik kat laptop kawan aku aritu
x de la teruk mana,bila dah habes tgk,baru la aku phm kenapa pengarah dia buat camtu,pengarah dia nak penonton tu rasa bagaimana kesengsaraan atau fobia si anissa ni akibat penderaan rumah tangga bila kena paksa dengan si suami dia(lebe kurang mcm tu)
maybe sebelum ni sebab aku tgk dengan adik perempuan aku,dan menyebabkan aku marah dan terus off dvd player tersebut
tp pas tgk semula dengan mmb aku sampai habis,aku rasa cerita ni mmg best!
lebih2 lagi dengan perjuangan si anissa untuk buka mata orang kampung dia
terasa sangat la kagum dengan semangat kental dia tu
mmg khusyuk la aku tgkxD
sampai aku x pasan da pkl 3pagi+ time aku tgk cerita tu,lol
agak lama cerita tu,x silap aku start kol 12+,abes 3pagi+(tp ade pause2 sket la)
eheheh,nasib baik time tu weekend,lol
terasa mcm nak tgk lagi je cerita ni,maybe dlm cuti semester ni aku tgk lg
cuma x dinafikan cerita ni ade sket kelemahan yang aku ada sebut kat post lama
ape2 pun,cerita ni still best dan aku recommend kat korang semua tgk cerita ni
banyak focus cerita ni mengenai kebebasan perempuan di jalan islam
bukan perempuan je patut tgk,laki2 pun sama,banyak message yang cerita ni nak sampaikan kepada penonton dia x kira lelaki atau perempuan
isu yang dorang debatkan kan dalam cerita ni mmg berlaku kat dunia sebenar pun
cerita ni agak berbeza dengan cerita "ayat-ayat cinta",sebab cerita ni lebih agresif dan x sesuai untuk tontonan budak2 yang belum matang ya!
cerita ni ade gak part romantik2 dia,cewahhxD
ditambah dengan pengambaraan dia yang best,background tempat lakonan yang lawa,sememangnya best!
dengan lakonan anissa yang dilakonkan oleh "Revalina S Temat"(bawang putih) yang sememangnya pandai bawak watak korang x kan rasa yang dia mcm tgh berlakon,mmg pandai dia bawak watak si anissa tu,mcm real
terpulang anda semua nak tgk ke tak,sebab aku tau skrg ni malaysia dengan indonesia ada konflik sket,maybe ade orang rasa "buat ape nak support indonesia sedangkan dorang benci malaysia"
tp bg pendapat aku,kalau benda yang x mudaratkan kita sendiri,ape salahnya kita beli walaupun asal dari negara dorang?
lagipun x elok kalau kita membenci sesama sendiri,sama2 islam lagi
biarlah ape mereka nak buat mulut tentang kita
nabi kita sendiri suruh buat baik kepada orang yang menganaiya kita
yang penting kita buat baik terhadap mereka,mana tau hati mereka jadi lembut lepas lihat kebaikan yang ada kepada orang malaysia
kalau nak berdebat dengan mereka,berdebat lah dengan menggunakan kata2 yang berilmu,jangan hanya menggunakan bahasa mencaci x tentu pasal,buruk padahnya kena kita balik,nampak sangat suka mencarut sana sini,berbeza pula kalau berdebat dengan perkataan yang berilmu
jadi toksah la benci membenci sesama sendiri alright?
besar pahalanya kalau kita sudi sambung silaturrahim kat orang yang x sudi langsung nak ada hubung kait dengan kita:)
sekian saja dahulu,
salam!



sedikit trailer dari cerita tersebut,harap anda terhibur:)

OST:Dato Siti Nurhaliza - Ketika Cinta

Cerita:Perempuan Berkalung Sorban