Jika Aku Jatuh Hati

salam kembali semua
alhamdulillah,bertemu kita lagi skali
aktif btl aku post kat blog sempena cuti sem ni
hehe,maklumlah x de ape sgt nak buat
bgn pagi,mandi,sarapan,kemas2,pastu dah x tau nak buat ape
jadi kesinila je la,dapat gak berkongsi maklumat yang aku ada kat korang semua
huahaha
anyway,ni seperti yang aku da janjikan kat mmb aku,Mat
aku nak share video ni kat korang semua
mmb aku Mat ni mmg suka dgn video ni,sampaikan time tgh study untuk US,untuk relax kan minda jap bukak video doa ni,heheh

korang mesti pelik,"aik,nak exam tp bukak doa jodoh"
er,aku no comment!
tah la,aku pun x tau,huahaha
ade gak la,subjek fizik ke ape tah time tu,esok nya nak exam fizik dah
malam sebelum tu otak aku dah jam x boleh masuk lagi
aku pg kat laptop mat,bukak doa berserah
mmg aku berserah je la time tu,tensen weh time tu!
tp x dinafikan,memberi ketenangan gak
anyway ape2 pun
hayati doa tersebut,

kerana

"cintakan bunga,akan layu
cinta manusia,akan mati
cintakan dunia akan fana
cintakan harta akan rugi
cintakan allah,kekal abadi
itulah,cinta sejati~"


moga kita termasuk didalam golongan orang2 yang beruntung:)
sila pauskan atau berhentikan music blog dahulu kat bahagian kanan kalau nak tgk^^



Ya Allah,Jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padamu,agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaimu
*
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu..
*
Ya Rabbana jika aku jatuh
hati,jagalah hatiku
padanya agar tidak
berpaling daripada
hatiMu..
*
Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu,rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui
syahid dijalanMu..
*
Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihmu,janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat dispertiga malam
terakhirmu..
*
Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu,jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadamu..
*
Ya Allah,jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu,jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu
Amin..