Archive

Archive for September 2009

senai airport

salam kembali!
eh,tadi around pkl 7 pagi aku ikut hantar abg aku kat senai airport nak balik bandung terjumpe dgn yan lak td
aku dengan muke mengantuk lagi terkejut aku nampak yan dgn parent dia,aku ingat sape yg tunjuk2 aku td,lol
gelakan tangan aku aa,cet xpe2,nasib baik aku ngantuk2 lg time tu,klau x dah melayang simen aku,kui3
aku x nampak fatin kikilala lak,so aku assume dia tgh tdo lena kat rumah,wahaha
tp aku x sangka lak yan sama kursus dengan abg aku kat indonesia sana,bawah program USU
sort of mcm perubatan indonesia,nt praktikal pun kat sana
yang bezanya abg aku da tahun ke3 dah kat bandung,habes christmas ni pasni dia da start praktikal kat hospital sana dah
ni yan abes blaja 1thn kat sini pun kena sambung blaja kat sana,wahaha
good luck good luck!kui3
aku envy gak kat dorang dpt belajar jauh2 tu
pg balik naik flight,ada gaya tu,cewahh!
ni semalam mmb aku hikki pun baru bertolak flightnya pergi ke mesir untuk belajar sana
mcm mane la gaknya la ye blaja jauh2
kalau kat mesir lak bandar dia sememangnya lawa!aku nak pegi sana!wuu wuuT.T
kawan aku kat matrik dulu pun ada kat sana,dpt pg kat universiti al-azhar tu!
antara universiti yang tertua,dekat dgn sungai nil lak tu
anyway per2 pun
aku doakan korang semua selamat ulang alik belajar dan success dlm study wokeh?
semoga kita semua berjaya dlm pelajaran x kira dimana:)
hehe
jap lg aku nye turn lak nak balik campus
looking forward for the english drama pasni,doakan aku bole acting dgn baikT.T
suspen2,haha
okk,tu saja dulu,semoga kita berjumpa lg dilain post:)
salam!

Open house!



salam!bertemu kita kembali!
seperti yang dijanjikan,aku nak citer psl open house rmh aku
alhamdulillah,semua berjalan lancar open house kali ni
sambutan dia meriah,cuma aku rasa kurang sket berbanding 2 thn lepas sbb tahun ni x sempat nak letak kad2 jemputan datang open house kat semua jiran,jiran yg dtg kali ni yang datang dekat2 je laa
sedara mara ofcourse semua datang,hehe
mmb2 office ayah aku dgn kwn2 mak aku la plg ramai datang
cuma expection aku x sampai sgt sbb x ramai dak2 skola aku yang datang
baru je nak sembang2 dgn dorang
oh well,masing2 ada hal,lain hari boleh jumpe lg betul?ahaha
per2 pun aku amat berterima kasih kepada yang sudi datang
amirul,aisam,faisal,syafiee,chuan yang,naufal,pja,has,nisah dan semua lah!
mekasih banyak2 ye!:)
lain kali korang buat open house aku lak datang nt,thn ni x sempat nak datang,maaf>.<
yang x dpt datang lak x pe2,lain kali ada masa ada lg,huhu
untuk makanan kali ni
kitorang sediakan lontong dgn nasi beriyani,tp tu semua catering la
x sempat nak masak>.<
hehe,lain2 nenek ada buat currypuff untuk dihidangkan skali untuk tetamu
sememangnya sedap weh!
letak depan kejap je abes,lol
masa open house tu ada tersala phm sket
jiran yang x sempat ajak tu ramai btl yg tertanya2 "ada majlis kahwen sape tu?"(group marhaban kebanyakannya)sebab ada pasang khemah
en.zainal abidin ckp "oh,anak buah aku ada buat open house mkn2"
pastu baru la jd mcm biasa,haha

maaf yaa!thn ni kitorang 1 family x sempat nak jemput semua datang sbb x cukup masa
akan datang insyaallah kami jemput:)
hehe
ni ada sikit gamba time open house aku:D
ada lg gamba dari sedara photograpger aku nt aku upload yaa!





hehe,tu je dari aku takat ni


sekian,salam!:D


(waa,esok dah balik kampus== isk3,varu aku igt ada quiz math senin ni,gawat aku camni)

Kecewa!


sighh
rasa kecewa sangat pas tgk cd citer yg aku beli aritu,citer perempuan berkalung sorban
bukan x best tp maybe director dia ada message tertentu yg nak disampaikan
first,cara penyampain citer tu...uhm,cemana aku nak ckp...real sgt kot...
aku surf internet baru aku pasan citer tu ada kontroversi
tp anehnya mng 7award tu,klau ye pun xsesuai utk semua letak laa cam had umur sesuai tgk gitu,aduii==
ni aku tgk aku da cam blurr bile da separuh jln
maybe aku yang muda lg x bole terima cara penyampaian cerita tu yang keras sgt
mula2 aku tertarik dgn cara dorang tunjukan 1 kampung tu beranggapan yang perempuan tu x boleh mintak cerai,belajar tunggang kuda,belajar jauh2,dan lain2(sebab orang kampung dia percaya pada al-quran je,sunnah dan hadis tak,sepatutnya kena tiga2 baru btl)
si watak utama perempuan ni pun cuba menegakkan keadilan yang sebenarnya kalau ikut hadis,sunnah dan al-quran sebenarnya boleh
perempuan pun ada kebebasan di jalan islam
pengorbanan seorang perempuan cuba menyedarkan pemikiran orang kampungnya
tapi part lepas dia kena kahwin paksa je laa spoil yang amat
sebab...cemana nk ckp...hanya orang yang dah berumah tangga je yg phm==
tp ptt pengarah dia agak2 ar,takat cam kias2 sudah jgn melebih==
mmg x kena pengarah dia buat camtu
da fast forward pun ada lg terus off aku citer tu,sigh
ayah aku da tgk lain mcm,jgn sala kan aku aa
firstly tgk tajuk dia aku rasa mmg curious yang amat citer psl ape,second citer tu mng 7award sana,mesti best dan lastly tema lagu ni siti nurhaliza yang nyanyi,hm citer indonesia tp penyanyi malaysia nyanyikan,menarik
tp sayang citer ni x sesuai untuk umum,yang da berusia atau berumah tangga sesuai la kot
per2 pun aku x kata citer ni x bagus
setiap orang ada pandangan dia,dan bg aku,aku rasa aku terlalu muda untuk tgk citer tu,which is kindda dissapointing utk aku sbb aku nak tau perjuangan perempuan tu di hujung cter cemana
cuma aku rasa,citer ni ptt positive sket cara penyampaian dia,banyak sangat cam menunjukan keadaan tu buruk atau teruk sangat,boleh menimbulkan kebencian untuk sesetengah orang,especially untuk orang yg x kenal islam
cara penyampaian citer ni menyebabkan banyak pandangan orang2
ada setengah orang anggap citer ni fitnah islam,ada orang lak anggap citer ni bagus sebab nak sampaikan message yang islam memang menghargai wanita
kat sini ada sbb2 dia
aku terasa sedih sket tgk citer ni sebab citer ni berpotensi jadi citer yang bagus berbanding sekarang untuk sampaikan messagenya yang nak menunjukuan islam menghargai wanita kalau pengarah dia x jadikan citer tu negatif sangat,takat ni ok laa kot
haiz,nampak gaya aku baca kat forum atau internet dia je la utk sinopsis diaT.T
walau citer dia ada banyak kontroversi,ramai still ckp citer ni bagus
tu sebab dorang tgk sampai abes,erm,insyaallah la kalau aku rajin aku cube habiskan lg separuh citer tu

2 days "berhari raya"

fuhh,2hari beraya,hari ni dgn smlm,terasa amat la penat
semalam dari tgh hari ke mlm beraya sakan,cewahh
padehal 4rumah je,kui3
mula2 kalau x de penggerak sebab nak pg beraya mmg mls aku nak kuar rmh beraya sgt,nasib baik laa ada jemputan ada mkn2,alang2 tu bole la raya rmh dak2 ni skali,kui3
first rumah aku,syah,adik syah dan amirull kitorang pg beraya ke rmh izzah aliya sebab ada jamuan makan2 gitu,kui3
lama gak kitorang kat sana,2jam,maklumlah lama gak kitorang x jumpe
ada si amirul mmg x benti la kitorang bebual
time borak2 tu ada ngeri gak aku dgr citer dorang neh kat campus,psl hantu la,yang plg aku ngeri psl mmb aku amirul nampk dak uitm jatuh dari bangunan tingkat 4,pehh kalau aku nampak live secara dekat,aku x tau ah cemana==" trauma atau fobia kot,ishk,rasa sian kat dak tu pun ada gak,sigh
habes raya rmh pertama kitorang pg beraya ke rmh syah sargent lak,otw pg rmh nenek dia rasa rindu lak aku kat jalan belakang skola agama ni,dulu time kecik2 bese ikut jln ni nak pg kedai runcit atas bukit tu sblm kelas mula,lol
sampai rmh syah lepak2 sana jap,x lama sgt sana
pastu baru laa gerak ke rmh amirul
aku tgk adik dia baru form 2 tp tinggi lebe kurang mcm abg dia gak,peh,terkejut aku,hahaha
terasa gak time tu yg aku ni "kurang" tinggi,lol
habes raya aku balik rmh aku yang beberapa tapak je dari rmh amirul
malam lak pg rumah sedara dgn family2 serta pak long2 aku
hehe,rasa best time tu ramai adaxD
balik rmh pkl 11mlm aku rasa mmg penat yang amat=.=
sampai rmh terus pg bilik tdo
nasib baik da solat da time tu,kalau x terpaksa qadak balik==
per2 pun,cd citer yg aku nampak kat giant beberapa hari lepas aku rasa cam ok smpt beli aritu,tgk tajuk cam ok kot,balik tgk trailer mmg best pun,hehe,singgah giant terus beli
kui3
tajuk citer tu "perempuan berkalungkan sorban"
mesti pelik right?tu la aku rasa,cam curious nak tau citer tu psl ape
ni da beli tunggu masa free je nak tgk,ohoho

ni tadi baru je abes open house rmh aku
boleh tahan meriah td,hehe
psl open house aku update sok nt,aku penat dah
sebagai tuan rumah mekasih banyak2 bg semua yang sudi datang td orait!
rasa terharu ada datang jauh2 ke open house aku
maaf kalau ada kekurangan,yang buruk tu datang dari diri sendiri,dan yang baik tu datang dari allah
sekian,salam!:)

:+:Melly Goeslaw -Haramkah:+:

selamat hari raya!
hehe,rasa2 x terlambat lg nak ucap right walaupun da raya ke 3
amacam raya?banyak duit raya kumpul?hehe
harap2 korang gembira selalu raya ni
time raya ni ada lagu ni sentiasa terngiang2 dlm minda aku,walaupun bukan lagu raya..tapi...aku rasa lirik lagu dia sangat menarik

mungkin sama banyak persoalan dalam ramai kalangan remaja cam kita sendiri bila hayati lirik dia,haramkah..?
sama2 kita hayati dan fikir2kan...

-Melly Goeslaw – Haramkah-

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cintaKu
menanti cinta....

(soundtrack filem ketika cinta bertasbih)

Sahur!:D

woot!da sahur!
first time aku rasa energetic camni,byk idea mencurah2 dtg utk tulis kat sini
mentang2 da lama x update,hehe
x pna aku update time2 sahur ni,kui3

hm,bila tgk balik aku rasa semester 1 dah nak habes dah,tinggal 1bulan je lg
tp...tu bermakna..........Ujian Semester dah dekat gak..OMG!!wei2,biar betik weh
oh tidakkk....genap btl2 abes raya terus US,waduhh..gawat camni......=.=
untuk english,byk assignment dah yg kitorang da siapkan,news broadcast(ahh,ni plg teruk aku buat==),movie review,dan yang latest ialah brochure,aku rasa puas hati buat tu(walaupun buat last minit,hehe)
time nak print kat pekan masjid tanah tu boleh lak x muat satu kertas a4 tu
ape lg,pg cc terus edit itu ini,boleh kata buat balik la time tu,dgn tanpa segan silu,kat cc tmpt awam tu aku edit brochure aku dgn tgn kiri aku,orang sebelah aku tgh men game pelik tgk,lol,nasib laa aku nak cepat time tu
nasib baik pas edit ok,amik masa 30min gak
untuk public speaking aku jgn tny cemana,teruk== message citer psl kehidupan aku keje part time pizza hut x kesampaian sbb script point penting aku tertinggal>_>
next assignment english kitorang ialah "Drama"
....
napa aku diam?uhm,well..tah la,aku x tau aku suka atau x assignment drama ni,sbb aku teruk sket bab2 acting ni=.= tp tgk video abg izwan(ex-pdt 4flat thn lepas)tgk cam best je dorang buat,er tah laa
untuk group aku,kitorang ada 8orang semuanya,dan aku rasa mmg berpuas hati dgn group aku kali ni,alhamdulillah,dah lama aku nk cube teamwork sama group dgn sorang ni,agak menarik orang ni,dari segi presentation mmg best,mari kita kerjasama orait:)
dan group aku ada ramai mmb aku yg actor bagus,syukran2~!
sila beri tunjuk ajar ye,hehe
group aku dah bincang dan decide nak buat phantom De Opera
hahaha,kk its Phantom The Opera,with adapted script of course,cewahhxD
sounds interesting,1mgu pas naik cuti baru kitorang perform,infront of every pdt students,modul 1 dan modul 2,waduh,whish me luck!T.T


front page
bahagian dlm brochure raya cookies aku dan kids(firdaus),kui3,nak tempah?:D

untuk quiz2 fiz,math dan chem..
so far so good?
secara purata alhamdulillah,aku rasa ok
fizik aku rasa x de mslh sgt dan aku berpuas hati dgn markah quiz aku takat ni
math pun ok laa,except quiz yang ke 2 je aku x puas hati sgt,sbb aku nak amik requiz cikgu x bg sbb lecturer aku ckp yg bwh 70 je dia bg amik requiz,tp mmb aku daus pas amik requiz dia dpt 80,uit lebih dari aku,mana adil!
bukan aku kerek atau x bersyukur,cuma aku rasa geram gak la dak kelas aku quiz kali ni 4orang dpt fullmark dan dikuasai oleh kesemuanya perempuan,wah mana boleh camni,mana laki>.> aku silly mistake je,klau requiz aku rasa boleh dpt,sigh..xpe2,jgn tamak,syukur ape yg dpt kim!>_>
untuk chem lak..aku rasa aku mula dgn teruk markah quiz aku^^;
faktor utama,aku kurang minat kat kimia
tp pas quiz 1 ,aku rasa aku nak try minat kn diri kat kimia,sbb bila terigt balik cikgu naza cikgu chem kitorang time skola mngh,cikgu asik ckp kitorang pas sk mngh ni x yah la amik course yang ada chem sbb tgk kitorang ramai x minat kat kimia,jd aku rasa aku nak try buktikan dia sala kot,salah satu hadiah kejutan anak murid dia,hehe
lecturer chem aku kat sini gaya ajar pun sama je aku tgk dgn cikgu naza,mane x nya igtkan cikgu sk.mngh dulu,salah sikit "pak!" kena ketuk,lolxD
quiz 2 x ok sgt tp makin ok,dan quiz3 aku rasa ok cuma lecturer lom bg markah je
hahahha
bak kata lecturer dalina,"gaye tu penting!"
lol
hm ok aku rasa nk tdo dulu,da subuh pun,esok nak sambung mengemas lagi dan beli barang2 raya sket lg,hehe
salam semua!:D

im home!raya dah dekat!xD


yeah!im home!
raya pun dah dekat!
tp ni pun bermakna yang puasa pun dah nak habis dah
ada rasa sedih sikit,sebab ramadhan tahun ni aku rasa x banyak yang aku buat,rasa mcm ramadhan kali ni berlalu mcm tu je,sigh
ape2 pun,hari raya aidilfitri tu sebagai tanda kemenangan atas perjuangan kita dlm bulan puasa
jd mari kita raikannya orait?asl jgn melebih batas2 sudah:D
hehe


time awal2 puasa,semua nampak lemah je time kat kuliah/kelas
tp bile nak balik raya,semngat je walaupun puasa,ahahaha
hari khamis ptg tu semua mmg x sabar2 nak balik raya,mmg ssh nak focus blaja,ramai da set nak balik nak balik,kat kelas sana sini dgr lagu raya
sampaikan pensyarah pun x saba,so lepaskn kitorang awl kuliah tu,kui3
sblm balik masing2 jumpe mmb ucap selamat hari raya,mcm2 gelagat ada,lol
aku pun x ketinggalan ucap selamat hari raya kat mmb2 aku gak
semua balik rmh masing2,ada yg kelantan,terengganu,pahang,melaka,jb,dan lain2
so sebabkan tu,malam sblm balik tu kitorang dak2 laki pdt buat jamuan makan khas untuk kitorang je kat dataran pahlawan tu,ayam dia tu yg penting,sedap wei!
sambil mkn tu tgk pemandangan dari atas bukit,pemandangan dia mmg best
habis mkn hari yang sama besday syam gak,so kena riot la pastu,hehe
tu hadiah ikhlas dari kitorang yer syam,kui3
per2 pun,raye2 gak,tp ingat pesanan cikgu rahim,"balik matrik nt jgn ada yang patah kaki,x pun patah tgn sebelah kiri lak"(huih,sempat jer cikgu kenakan aku=.=)
raya thn ni lain dari yg lain sbb aku beraya dgn tgn kanan aku lom pulih lg
er,maybe rasa kekok sket kot
hahaha,x kesa la,kui3
eh da pkl 2pg,ngantuk
nak bgn sahur esok,hehe,nt aku update lg
salam!:)

muke aku yg tgh penat tahap maksima time ni