Archive

Archive for 2010

MUET!

assalamualaikum!
hmm,teringat balik time training muet dulu
banyak kenangan yang aku x kan lupekanxD
dan alhamdulillah,muet speaking baru je lepas time study week(bukan study weak!)
group aku ok aku rasa
mane x nye,dapat team up dgn member yang sekepala
dan candidates nye adalah
hilman,naz,dan afiq(satu group 4 orang)
hehe
ok,jd sebelum aku cerita lebih lanjut,aku bg tau sikit macam mane muet discussion ni
exam muet ni,terbahagi kepada 2,muet speaking dan muet listening,reading,writing(lepas cuti sem2 ni)
time study week tu kitorang da buat da muet speaking
dan dalam muet speaking tu,candidates akan dibahagi kepada 1topic,jadi kesemuanya 4 topic
tengok list nama,topic tu dah ditentukan
contoh yang kitorang dapat aritu ialah sort of macam mane nak improve disiplin sekolah

1)mentor mentee among students
2)canning student
3)counselling
4)law in school(lebeh kurang macam tu,undang2 dalam sekolah,merit demerit,and so on)


muet speaking ni lak terbahagi kepada 2 sesi,part A dengan part B

part A
candidates akan ulas topic yang dia dapat dalam masa 5min x silap aku
tapi sebelum tu lepas candidates da baca soalan,candidates akan diberi 2 minit untuk prepare isi yang diberi
bile 2minit dah abes,baru la dimulakan dengan candidates A,B,C dan D
tak dinafikan,part A ni kitorang agak gugup sket
ye la,time2 baru masuk bilik exam tu agak debar2 gak
dan kat part A ni kita je yang cakap sorang2 yang lain dengar,mmg bergema la bila bercakap,haha



ok jadi proceed ke part B lak

part B
topic masih same
cuma dalam 1 group tu,kita akan diberi 10minit untuk discuss capai kata sepakat solution mane yang paling berkesan antara empat topic yang kitorang dapat tadi
seperti biasa sebelum mula discuss,semua candidate diberi 2 minit untuk prepare point,dan oh ya,candidates bebas untuk pilih mane2 point antara 4 point td,same ade nak kekal dengan point asal atau nak tukar
nampak macam simple kan?
tapi untuk dapat mark bagus kat part ni,biar aku point kan mane yang penting..

  • make sure 10min tu digunakan sebaik2 nya,x boleh habis bincang awal
  • pastikan nampak macam discussion betul,x boleh nampak macam ikut turn cakap
  • kalau ade dapat team mate yang kurang cakap,kena pandai initiate untuk dia cakap,contoh."how about candidate C?what do you think about this?","whats your oppinion about candidates A point?"
  • kena pandai menyampuk gak bile discuss,contoh "sorry to interrupt,may i say something?","sorry,but can i add something?"

nak ikutkan,part B ni dia lebih nak tengok macam mane kita handle discussion tersebut dan confident bila bercakap
pasal grammar tu,tu yang ke-3 yang examiner akan tengok,lebih kurang mcm bonus la sape yang gramma bagus
dan untuk group aku,part berdebat2 ni,kitorang mmg dah bese da
jd bile time discussion section B tu,kitorang cakap je macam biasa,anggap examiner x de kat situ,jd agak huru-hara gak la time kitorang bincang tu,kih3
sebab biasa time training,dak si hilman tu yang biasanya idea pelik2,yang kitorang debat dia balik(memandangkan biasanya hujah dia pun biasa boleh tahan untuk dipatahkan)
tapi time muet tu,aku lak yang dorang target,sebab aku masih tetap dengan pendirian aku dengan enforce law in school adalah antara point terbaik,tapi sebaliknya untuk teammate aku yang lain,dorang pilih mentor mentee
sangat x jangka,sebab aku ingat aku boleh patahkan hujah2 mentor mentee tu,tapi sebaliknya,aku dihentam oleh mereka bertiga,ade satu part aku mmg confident dah patahkan hujah dorang,tapi jap lagi candidate B masih disagree dengan point aku,terus ketuk meja aku time tu,huh!tergelak semua ada kat situ termasuk examiner,

antara point aku cakap
"as we all know,religious have guide us by internal and outside, for the school law,it can help to guide and control the student from outside"
"student will tend to do more do good things"
"student will know more which one is good and which one is not"

aku x ingat sangat point dorang cakap ape,tapi antara yang aku ingat ialah dorang cakap
"you cant control the student,if you enforce law in school,isn't it will make the school become like a prison for the student?and also,rule are meant to be broken,so there's no use anyway"(lebih kurang kalau diketatkan peraturan,ia akan jdkan sekolah tu mcm penjara,lol)

dan lepas tu sampaikan ade satu part aku nak jawab balik aku terdiam jap x tau nak cakap ape,speechless gituxD
last2 aku cakap,"er..after i hear your oppinion..i think i will reconsider my point,and change to mentor mentee"(lebih kurang camtu ayat aku,sambil tunduk ke bwah,lol)

x kesa la,agak enjoy gak tu
tapi time tu x silap ade 4 minit lagi,member aku terus ulaskan pasal mentor mentee sebab nak panjangkan,dan aku pun menyampuk cakap "which one is reallly important?enforce law in school or mentor mentee?imagine if there's no law in school,isn't it will make the school more chaotic?"
dan perdebatan pun dipanjangkan dan bila minit ke 8,kitorang mula conclusion bahawa mentor mentee adalah solution yang terbaik,dan mmg cukup2 10minit sebab bila kitorang benti cakap tgk examiner pun baru tekan jam dia,whew,lega~
tp ape2 pun,alhamdulillah,aku rasa lega sebab semua berjalan lancar dan lega kitorang dapat examiner yang friendly:)





video time awal2 training,time ni semua belum biasa lagi dengan format muet ni

peperiksaan!




Assalamualaikum!
kita bertemu kembali!
hmm,sekarang ni,tak asing lagi kalau kita akan tengok papan tanda kat atas ni kan?
maklumlah,musim peperiksaan sekarang,tak kira la untuk UPSR,PMR,SPM,STPM,matrik,poly,universiti,dan macam2 lagi la
alhamdulillah,aku baru je abes exam final sem1 dalam program satu tahun
terasa lega sangat,whew~
habis awal dari campus2 lain,hehe
memang terasa gak time minggu2 dekat exam tu
sampaikan ada stay up sampai pkl 4pagi>_>"
ternyata preparation selama 1month x cukup nak cover semua esp fizik,16chapter semuanya!@_@
sekarang ni dah usaha,doa dan tawakal
ternyata semester ni beri pengajaran kat aku kena prepare dari mula semester lagi
inshaallah semester2 ni aku x nak ulang kesilapan sama~.~

study study gak,hubungan dengan allah jangan dilupekan:)

cakap pasal exam ni,aku nak ajak korang semua dan diri aku untuk reflek diri sendiri jap
sebagai peringatan ktia sama2~
agak2nye la
ape agaknye tujuan kita menuntut ilmu ni?

dari kecik kita diajar supaya belajar rajin2,bila pandai boleh dapat kerja yang bagus,bila kerja bagus gaji pun lumayan dan orang akan respek tinggi,dan bila nak berumahtangga pun senang
tapi kalau sebaliknya pula,kalau malas belajar,kita akan hidup susah kat dunia ni

tapi,cube tengok balik,teliti balik,betul ke tu tujuan kita hidup semata2 nak dapat kerja bagus?
aku tak cakap tak bagus nak taget kerja yang bagus
tapi ade tak kita pk nak bangunkan ummah,menuntut ilmu untuk tegakkn daulah islam kembali kat muka dunia ni?
atau adekah kita lebih pentingkan diri sendiri?
kalau kita lebih pentingkan diri dari orang sekeliling kita
kita sendiri yang rugi
bila kita kerja kelak,sibuk mengerja harta dan pangkat,pada satu ketika kita akan terfikir
itu sahaja ke??begitu banyak harta dan pangkat yang kita sibuk kerja dan akhirnya setiap orang akan menemui mati,dan akan masuk ke liang lahad di dalam tanah
jadi ape yang kita dapat kalau kita utamakan harta daripada berjasa kepada ummah?
perlu diingatkan menuntut ilmu tu sebagai ibadah






kenape aku tanya semua ni?
sebab benda ni sangat penting kalau kita nak ubah keadaan dunia yang kita tinggal ni
bila kita tengok keadaan kat muka dunia ni,parah sekali
contoh terbaru yang aku terbaca pasal Islamic fashion show yang dianjurkan oleh malaysia sendiri
tengok je la fashion yang digandingkan kat stage dia,terang2 tertulis "ISLAMIC"
tapi,sampaikan ada model free hair,then pakaian dia siap nampak lengan tangan,apekah islamic itu namanya?
apekah penganjur tu nak jadi macam kamal antartuk yang menentang islam kat turki dulu?
cuma ni menentang islam dalam diam?wallahualam
aku bukan nak mengaibkan orang atau ape,cuma aku rasa GERAM dengan tindakan penganjur tu sendiri yang guna nama "ISLAM" tapi bukan cara islam langsung!sigh..
semoga allah selamatkan kita dari tipu daya syaitan..



kita dah lihat
negara kita maju tapi kenape remaja2 zaman sekarang kebanyakkan akhlak runtuh
sedih rasanya,kerana generasi sekarang generasi celik ilmu,tapi masih mempunyai akhlak yang buruk
dan remaja adalah umpama bijian benih yang kita tanam
dan apebila membesar ia akan menghasilkan buahnya
dan buahnya?ape yang kita lihat sekarang...
jadi dimana silapnya?masih kekurang bajakah?
apekah belum cukup usaha pemerintah untuk memajukan negara ini dengan pelbagai cara atau pemerintah yang salah?


tidak,bagi aku bukan salah pemerintah,
aku tak nak menuding jari sape salah
tapi bagi aku semua orang memainkan peranan
kalau kita nak ubah keadaan sekarang ni,setiap insan tersebut mesti memainkan peranan untuk sebarkan nilai2 positif kepada masyarakat
sebab?
kita sendiri yang telah membentuk ape masyarakat kita jadi sekarang ni
sebab tu pentingnya kita kena fikir menuntut ilmu untuk berjasa kepada masyarakat dan ummah
ingat,menuntut ilmu tu dakwah pelajaran!

Muaz pernah berkata
mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah tanda takut kepadanya
menuntutnya adalah ibadah
menalaahnya adalah tasbih
mencarinya adalah jihad
mengajar kepada yang belum tahu adalah sedekah
dan memberi adalah kebaktian
dialah kawan dalam sepi,teman kala sunyi,pentunjuk jalan dan kesempatan

jadi ingatlah,ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana allah
semoga apabila kita kerja kelak,profession yang kita pegang akan dapat jadi asbab hidayah kepada orang untuk kembali ke jalan yang benar,inshaallah

jadi ayuh wahai remaja!
bangun dan bangkitlah untuk ubah keadaan kita!
kerana allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri!
mula ubah diri kita
hidupkan suasanan ajaran islam sepenuhnya di persekitaran kamu tak kira di campus atau dirumah!
kaitkan ilmu yang dipelajari dengan islam,kerana islam itu adalah syumul(menyeluruh)
jangan pisahkan islam dan ilmu yang pelajari kerana ibarat kita setuju dengan islam liberlisme,yang memisahkan hal dunia dan agama

ingatlah firman allah

kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah oran-orang fasik.
(surah Ali Imran,ayat 110)

jadi untuk menjadi umat yang terbaik semua orang perlu berdakwah dan pelajar pun tak terlepas dari tanggungjawab dakwah
paling utama ialah dakwah pelajaran
kebiasaannya orang non-muslim menuntut ilmu dengan hanya satu daya untuk cemerlang dalam bidang tersebut iaitu keperluan hidup
tetapi jadikan dorangan agama dan keperluan hidup sebagai daya kita untuk maju didalam bidang ilmu dan bidang2 lain
semoga ia dapat menjadi asbab hidayah kepada semua manusia
di akhirat kelak lelaki dan perempuan akan dipersoalkan ape yang mereka buat ketika usia mereka muda
jadi ayuh bangun dan bangkitlah!
mari kita mencipta sejarah!bukan terus melihat sejarah berlalu begitu sahaja!

inshaallah,cahaya islam akan kembali bersinar di seluruh pelusuk bumi
adakah kita termasuk dikalangan mereka yang berjuang menegakkan Islam?

The arrival

Assalamualaikum~!

uuu dah hari raya dah
cepat je abes ramadhan eh?
rindu suasana time puasa dulu
habis ramadhan ahlan wasahlan ya syawal~
bulan syawal ni banyak jenis makanan aku dapat rasa
duit raya pun banyak gak dpt,heheh(dah besar pun dapat:P)
mm ok kali ni aku x de mood nak cerita ape aku buat raya ni
memandangkan da lama aku x post blog ni,jd aku nak up to date sket mengenai "research" yang aku buat baru2 ni,next post ye baru aku cerita pasal raya~
haha,research eh?cam dasat je bunyinye,heheh
x de la mane pun,aku buat kajian pasal pasukan freemason ni
actually aku dah lama nak kongsi pasal topic ni,tapi bile type2 je,mula la sangkut nak type,then tangguh2 sampai la sekarang ni,ish3
ok balik topic asal,ha ape freemason ni?
jadi kat sini aku nak terangkan serba sedikit dari ape yang aku tau,mungkin tak seberapa accuarate,tapi harap ni dapat membantu

freemason ni merupakan satu organisasi dimana ahli2 freemason ni dorang sembah setan dan dorang ni lah yang sedang mempersiapkan tempat dunia ni untuk dajjal untuk memerintah dunia ni
pertubuhan freemason ni gak diasaskan oleh orang2 yahudi,jew,tapi jangan salah anggap ye!
bukan semua orang yahudi adalah freemason!
orang2 yahudi yang buat freemason ni adalah orang2 yahudi yang dah sesat!(atau x silap digelar sebagai zionis)
dan ahli2 freemason ni bukan untuk zionis je,kat seluruh dunia dah ade,bahkan kan malaysia dah ade dah sejak penjajahan belanda kat melaka dulu
bahaya freemason ni adalah dorang banyak skali tipu muslihat yang dorang guna untuk melemahkan negara dan bangsa2 lain,sementara dorang mempersiapkan tempat bagi dajjal(nabi palsu) mereka bila tiba masanya


mm tu sikit pengenalan pasal freemason ni
berdasarkan soal selidik yang bersahaja bersama orang yang aku jumpe,ramai gak orang yang x tau lagi pasal freemason ni
bukan nak kata ape la,aku pun baru je tau pasal ni(ignorant betul aku ni huh)
mula tergerak hati bile tgk video dokumentari
"devine book" directed by noreaga,video ni mula2 dipost kat facebook oleh kawan membe aku kat fb,jd aku pun tgk,baru tgk 1 part je,terus tgk sambungan dia sampai la abes(semua skali 10 part,1 part 10min)
then lepas tu aku tgk siri
"the arrival" oleh noreaga gak
kepada sesiape yang lom tgk documentari ni,kalau ada masa sila tgk
nak ikutkan siri ni dah lama dah ade kat internet,aku je lambat tau,heh
walaupun semua skali ade 51part,tapi sangat berbaloi untuk abeskan sebab padat dengan info yang kita x sangka2
kat bawah ni antara highlight video dari siri the arrival sendiri
terlalu banyak budaya dan tipumuslihat freemason ni dah masuk dalam kehidupan seharian kita,sigh
lagu2 yang biasa kita dengar pun muslihat dorang
kadang2 kita dengar lagu kita akan fikir "oh,lagu ni untuk pakwe dan makwe je"
tapi certain lagu,lagu tu sebenarnya dedicate untuk tuhan2 freemason ni,iaitu dajjal itu sendiri,sigh,korang akan perasan dalam video kat bawah ni
sampaikan senibina pun ada maksud tersendiri,licik sungguh huh organisasi ni
kat bawah ni ade beberapa highlight video dari siri the arrival yang aku rasa antara isi2 penting dalam siri the arrival
ni baru sikit sudutan dari the arrival,aku boleh jamin,banyak yang kita tak tau pasal gerakan freemason ni,jadi pentingnye untuk kita tau siape musuh kita sebenarnya
the arrival merupakan salah satu siri yang dibuat oleh noreaga dan team wakeupproject untuk sedarkan masyarakat











kadang2 bile fikir balik ade gak terasa takut
bukan takut ape,tapi bila tgk balik
bile tibe masanya,adekah kita dah bersedia dan kuat untuk buat pilihan yang betul?
sebab berdasarkan hadis,mungkin zaman pemerintahan dajjal time zaman kita ni
lebih kurang tahun 2020+ gitu
iya,aku tau ni cuma kajian dari noreaga
tapi tak mustahilkan?

dan sebelum aku akhiri post aku kalini
bagi sesape yang tgh free2 tu,bole la tgk documentari2 ni untuk tau lebih lanjut mengenai sistem capitalism dan kesan gerakan freemason ni dalam kehidupan seharian kita ni

"devine book"
"the arrival"
"phase 3"
"call for khilafah"

dan untuk yang ada subtitle boleh dapat kat sini


sekian saja dari ku
assalamualaikum!

Diri ku yang sebenar sebagai remaja Islam

assalamualaikum!
alhamdulillah!
syukran,akhirnya hajat aku untuk beli buku fadhilat amal tercapai gak
sebelum ni hanya dapat tatap buku fadhilat amal ni kat surau kolej je,dan dapat dengar hadis-hadis rasulullah s.a.w siap dengan keterangan lanjut kat kolej je
(kat luar kolej sangat2 lah kurang dapat dengar hadis dengan keterangan kan?)
sekarang dah ade kat rumah,senang nak baca fahamkan lebih mendalam
"tapi kenape buku fadhilat amal?ape keistimewaan buku ni?"mesti ramai yang tertanya2 kan?
ok,jadi kat sini aku terangkan sikit pasal buku fadhilat amal ni

memanglah ramai yang cakap,banyak buku yang ada terangkan pasal hadis2 dan kenape x pakai kitab sahih al-bukhari je?
tapi kebanyakan buku hanya beri hadis tu je dan kurang keterangan
buku fadhilat amal ni dah diulaskan oleh ulama dari india(atau pakistan) x silap aku
banyak ulama2 ni terangkan hadis-hadis rasulullah dengan panjang lebar
jadi buku fadhilat amal ni sesuai untuk orang awam macam kita ni
sape la kita nak ulaskan hadis-hadis
hanya ustaz-ustaz dan ulama yang mempunyai ilmu tinggi je yang boleh tafsir hadis
bukan ape,takut2 salah tafsir,dosa dah tu!
jadi untuk permudahkan orang awam,gune lah fadhilat amal ni untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai hadis-hadis rasulullah s.a.w
dan untuk lebih memudahkan orang awam,setiap hadis dah di kategorikan dah dalam bab fadhilat zikir,solat,puasa,dan lain2
memang ade orang pertikaikan buku ni ade hadis dhaif(hadis lemah)
tapi ape salahnya diguna pakai?
lagipun kat buku ni guna hadis dhaif tak termasuk hukum hakam,jadi dibenarkan(setau aku la)
mengatakan hadis dhaif sebagai hadis palsu boleh jadi dosa besar kerana menidakan kata nabi muhammad s.a.w,cuma hadis dhaif ni berlaku akibat kelemahan perawi
sebab tu ulama kategorikan kepada 3 jenis hadis(tak silap aku)
hadis sahih,hadis dhaif dan hadis palsu
ulama sendiri tak berani mengatakan hadis palsu ke tak,sebab dengan menidakan sesuatu hadis yang sebenarnya betul adalah dosa besar,sebab tu ade kategori hadis ni
selagi hadis dhaif tu tak melibatkan hukum hakam,hanya dijadikan iktibar dan nasihat,hadis dhaif masih boleh diguna pakai
nak ikutkan,buku fadhilat amal ni memang digunakan oleh jemaah2 tablikh
dan aku pun dapat pengaruh ni dari kawan aku,aziz(sama tuition dulu)kat kolej tahun lepas
tak sangka aku rupanya dia orang kuat tablikh ni
banyak yang aku belajar dari kawan aku ni,sebelum ni aku x tau sangat pasal jemaah tablikh ni,hehe
dari situ la aku ada minat untuk bace buku fadhilat amal ni

antara member aku yang buat aku tersedar:) syukran ya sahabat!

cakap pasal pengaruh kawan ni
mula dari pengaruh kawan aku kat plkn dulu,aku rasa banyak dah berubahkan aku menjadi orang yang "baru"
sebab bila direnungkan balik
memang banyak berbeza aku yang dulu dan sekarang
boleh kata aku yang dulu agak jahil bab islam ni,bukan jahil ape,lebih kurang cam takat cukup2 makan je
dan boleh kata aku yang dulu agak emo dan banyak pk sangat
(tak percaya baca posting lama aku tahun 2008,meremang gak bulu roma aku=.=)
betul lah orang cakap,remaja linkungan umur 14tahun-17tahun adelah tahun yang kritikal,kepada parent,sila ambil perhatian yang lebih kepada anak-anak anda pada lingkungan umur ni!
dimana remaja2 sedang mencari2 identiti masing2,same gak aku time tu
time ni gak remaja akan rasa lebih sensitif dan agresif mengenai sesuatu perkara
dan jujur aku cakap,minat untuk mendalami islam tu sangat2 la kurang
yang aku minat time tu,aku banyak perhatikan gaya dak shuffle dan lain2
aku rasa benda ni tak berlaku pada aku sorang je,banyak lagi berlaku kat remaja-remaja lain
dan sebab tu kalau kita tengok
remaja islam sekarang kurang menonjol
90%dunia,10%islamik
aktif sukan,koko,dan lain2 tu dah bagus dah tu
sekarang ni kena banyakkan dalam bidang islam lak
kena balance sepatutnya dua-dua
bukan ke kita nak bahagia didunia dan akhirat?

perbanyakan lah datang ke majlis ilmu
(abu zhar tengah bagi bayan,cakap mengenai iman,hehe)


jadi ape usaha kita yang dah buat untuk capai matlamat tu?
untuk mendalami ilmu islam,selalulah datang ke majlis ilmu,datang usrah,kalau kat surau mane2 ade nampak ade orang buat bulatan perbincangan join skali,jangan segan2 sebab dorang tak makan orang pun:) dan usaha lain2
kalau segan,sampai bila?tak kan nak tunggu tua baru nak datang?
sebab2 remaja kurang ingat akhirat sekarang sebab kurang didedahkan mengenai islam dengan mendalam,hanya setakat di sekolah je,cukup kah?
salah satu sebab gak time aku terleka dengan dunia dalam lingkungan umur tu
dan aku memang bersyukur yang amat2 lepas abes sekolah,masuk plkn dah buat aku
keluar dari kepompong yang lama(camtu eh peribahasa dia?)
ternyata allah tak biarkan aku terumbang ambing dan beri aku petunjuk,syukran ya allah!!
aku tak cakap plkn tu 100% baik,ade environment baik dan x baik,sendiri tentukan
boleh jadi aku terpengaruh dengan budaya lain,tapi alhamdulillah allah telah tunjukan jalan yang benar
then abes plkn aku teruskan usaha aku mendalami islam dan mendampingi orang yang soleh

peranan kita sebagai remaja islam adalah amat penting
antara sebabnya?
cube kita tengok,nape surau2,masjid2 dekat area kita bila azan dilaungkan,hanya satu dua saf je?
dan yang datang 90% pakcik2 yang dah tua je,sangat sedih kalau lihat keadaan tu
jadi mane pergi nye remaja2?
dari sini la pentingnya peranan sebagai remaja islam
untuk pengaruh member2 kita yang lain,sebab kalau bukan dari pengaruh kawan,macam mane kita nak gerakan remaja2 yang lain?memang bergantung kepada kuasa allah untuk beri hidayah,tapi tu salah satu "asbab" gak
kita kena bergaul dengan semua orang,dan dalam masa yang sama perlu dampingi orang yang soleh untuk tarbiah diri kita:)
lagipun kalau letak
1 hati yang bersih,dan letakan 10hati yang kotor dalam balang yang sama,maka 10hati yang kotor tu akan jadi bersih gak,begitu besar pengaruh hati orang yang bersih ni

aku tak cakap aku ni baik,biasanya bila azan aku buat "x tau" gak,iman lom kuat terleka dengan perkara dunia,sigh
tapi inshaallah sedang azam dan usaha kearah lebih baik
agaknye la,sape la kita yang tak nak sahut seruan allah tu?
cube pk kan,

tubuh badan muazzin milik siape?
siape yang bagi ilham kat muazzin untuk azan?
siapa yang benarkan muazzin untuk melaungkan azan?
dan paling penting,suara muazzin milik siapa?

jawapan:semua tu milik allah


jadi nampak sangat sebenarnya bile azan dilaungkan,allah yang memanggil kita menggunakan perantaraan muazzin
agaknye la,kalau mak kita panggil kita kat dapur,kita x jawab,ataupun kita hanya sahut panggilan mak kita tu kat bilik kita je,macam mane agaknye?
macam tu la lebih kurang perumpamaannya,tu baru dengan makhluk,dengan pencipta pula macam mane?
besar sangat ke kita tak nak sahut laungan
"allahuakhbar allahuakhbar"(allah maha besar allah maha besar)
tak nak sahut sama-sama solat jemaah di masjid?
walaupun kita solat kat bilik sendiri,tapi seelok-eloknye solat la di masjid
sebab jemaah yang besar pahala dia lebih banyak
ataupun kita boleh anngap camni
bile kita solat kat masjid,secara tak langsung kita tunjuk demonstrasi kat israel laknatullah!
kenape aku cakap macam tu?
sebab,kalau solat fardhu pun dah semakin ramai orang solat kat masjid,baru la israel akan tak senang duduk,sebab dia?

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

jadi nampak tak?
dengan solat berjemaah di masjid,walaupun kita student lagi,tapi hari-hari kita boleh buat demonstrasi dengan solat berjemaah,hari-hari lagi tu boleh buat demostrasi!
perhimpunan demonstrasi tu tak salah,ada keperluan gak buat camtu
tapi keperluan yang lebih penting adalah solat jemaah dulu
tu lah paling kurang kita dapat sumbang untuk membantu saudara kita di GAZA
kita nak boikot barangan yahudi ni pun terasa berat,tak kan dengan perkara atas ni pun terasa berat?
jadi dimana peranan kita?
bile kita sayangkan seseorang tu,tak kira family,kawan,isteri/suami(ops!dah ade ke?haha)
kita sanggup bersusah payah untuk tolong dia
tapi ape yang kita dah buat untuk bersusah payah untuk agama allah?
fikir-fikir kan lah
cube tengok video dibawah ni sampai ke part 4 bila lapang
tersentak aku tengok video ni..
belajarlah dari kejatuhan khilafah,selepas kejatuhan khilafah semua sistem pemerintahan ikut telunjuk orang yahudi(termasuk sistem demokrasi tak silap,sigh)



aku rasa,walaupun ade beberapa tahun sebelum ni kehidupan aku agak terumbang-ambing
tapi aku rasa banyak hikmahnye
sebab sekarang ni kalau aku tengok ramai gak orang-orang yang tengah mencari identiti dorang terutamanya remaja lingkungan umur 14-17tahun tu
antara sebab aku nak kongsi cerita ni sebab aku tertarik dengan kata2 classmate aku tahun ni yang dia cakap dia tak tau sape diri dia lagi
jadi aku faham perasaan remaja yang tengah mencari identiti masing2 ni
carilah jawapan dalam islam,sesungguhnya walaupun ade 1001 persoalan dalam diri korang dalam al-quran ade jawapan dia,inshaallah
jangan sampai tersilap langkah orait?hehe
ingatlah jangan sia-siakan "golden age" remaja kita dengan hanya perkara dunia je
bak kata omputih

"we have islam we have the energy we have the creativity the sahabah in our age has done it and inshaallah we also can do it!"
(tertarik dengan kata2 video muslim youth)

remaja,2nd trip kali ni aku x de,peh sedihT_T

sesungguhnya ape yang aku tulis sebagai peringatan untuk diri aku
sekian saja dari aku,
assalamualaikum~!

(ps:best kan lagu kat blog ni?aku suka dengan lagu ni)

Roomate

assalamualaikum!
hmm,cuti tinggal beberapa hari je
dan aku x cover letcture yang aku tertinggal lagi,sigh=.=
anyway,kali ni aku nak cakap sket pasal roomate aku
macam kebiasaan kolej yang lain2,1bilik 4 orang
walaupun tahun ni aku dapat bilik tingkat 4,tp aku mmg bersyukur yang amat2 dapat bilik ni
kenapa?
ok,firstly,sebab dapat blok C5,which is blok paling tgh2
nak pegi mane2 senang,sebab semua dekat,tempat paling stratergik!
cafe sebelah kiri,surau kat kanan,library pun dekat,dan pegi kelas pun x jauh,hehe
ade gak dak pst lepas cakap blok c5 ni blok para ulama,sebab dekat dengan surau,eheh
amin,perkara baik,harap betul la tu
time daftar debar2 gak,dapat bilik kat mane ek?
jangan dpt blok hujung2 sudah sebab daftar pun time hujung2 pendaftaran,hehe
nasib baik dpt C5
dpt tingkat 4 pun,kipas dia special,dia x letak satu je kat tengah2,tapi ade 2 kipas(kiri kanan)
tu yang rasa sejuk je bile malam,cewah!xD
ada rasa mcm suasana bilik kat rumah kat bilik tu:)
anyway ni sikit gambar cemana bilik aku




hehe,kemas x?
kenape?x percaye?
baru tau yang dak lelaki ni mmg rajin,muhahaha!(boleh percaye ke?)
lepas tgk gambar atas mesti korang perasan satu benda kan
mesti cakap "mak aih,season gak bilik ni"(tengok dinding dia pun da tau)
biase la,dulu time buat kolej ni 10tahun yang lepas,tak silap x sampai setahun dah siap dibina
kiranya "express" la,pasang siap,sebab tu dinding pun tgk lain macam je
tapi,walaupun nampak season,kalau nak compare keluasan bilik sini dengan matrik johor,bilik kat sini lebih luas,nampak gak beza dia
sebab time abang aku masuk matrik johor da tgk da bilik dia,mmg kecik
jd x kesa la dpt bilik yang da season pun,yang penting selesa,hehe



dan oh,atas ni gamba roomate aku,azwa dengan rahman
azwa ni orang melaka(dekat je,hehe),dia ni mmg tere kawad rupanya
dari luaran x nampak sangat dia ni dak kawad,bila time pemilihan utk kakom aritu baru la tau yang dia ni pernah masuk peringkat kebangsaan wei,ish3,tabik2!
rahman lak orang selangor(pun dekat,sejam gitu x silap)
petah bercakap dan suka buat lawak

bila tgk dia aku tgk ada gaya mcm kawan ayah aku
aku mmg suka roomate aku ni
memang sporting abes dorang,haha
termasuk aku tinggal 3orang je satu bilik,faiz dah pindah da,kalau x asik berdebat jexD
mmg aku sorang je la yang amik fizikal kat bilik tu,lagi 3 orang amik hayat
time blaja mmg dorang je la ckp pasal cell2
aku terpaksa blaja sorang2 kat bilik,wuuT_T
hahaha
sebernanya x kesa pun blaja sorang ataupun ramai
kadang2 je blaja kat bilik mmb(time rajin je,hehX) )



ni sotong kering yang aku cakap kat post sblm ni, ishk,salah timing la bawak,aku tgh pantang=.=


kami budak hiphop!xD

hehe,sekian saje dari aku takat ni
x de idea dah
salam!

Hurrah!cuti mid sem!!

assalamualaikum!
akhirnya dapat gak aku update blog aku ni
heheh
terasa rindu menaip blog ni(heh,ape aku merepek ni>_>)
anyway,seperti yang dikatakan dlm tajuk atas,aku baru start cuti mid sem untuk seminggu!
horray!!memang best!!
ade la dalam 3hari baru cuti
tapi sebernanya aku dah start cuti awal dah,minggu lepas hari selasa dah balik rumah,aku sorang je dapat balik,dak2 lain kena pegi kelas
fufufu~
kenape?
sebab.......aku kena chickenpox!huagh!

mula2 aku memang tak perasan pun kena chickenpox,tapi rasa macam pening2+demam tu dah rasa dah dari hari sabtu ahad
isnin lepas zohor tu baru perasan bile ade membe aku tegur aku cakap asal jerawat aku naik banyak sangat harini,lagipun aku rasa macam gatal semacam je satu badan,especially kat rambut!
malam tu lepas pergi klinik dpt mc balik 7hari,sebab tu la dapat balik untuk seminggu
da tu timing kena chickenpox seminggu nak exam mid sem lak tu,erk>_>
tapi x pe,ada hikmah di sebalik setiap kejadian:)
mungkin dengan tu aku dapat lebih focus study kat rumah
serious,sebabkan kena quarentine lah aku boleh focus blaja kat rmh,sebab x keluar bilik sangat,adik ade kat rumah,takut jangkit lak@_@ kalau tak quarentine..erm,maybe tv,pc,internet,dan..erm,tdo kot,haha

time balik rumah tu,berat gak beg aku,buku2 semua aku bawak balik,nak exam weh!
then,bile ahad,bertolak balik college balik sebab isnin nak exam dah
boleh kata dah sembuh gak la,kurang dah tompok2 dia
sampai2 kat college yang tak tau citer aku pg mana seminggu ni tny mcm2,lol
rindu gak aku kat roomate aku,haha
oh ya,sampai2 je kat bilik,roomate aku ckp ada dpt banyak makanan(x silap family dia datang bawak makanan)
cuma silap timing la=.=
semua ala2 seafood dan aku masih dalam pantang makanan time tu
antaranya ikan kering dan sotong kering
huah,sedih tu x dpt makan!T_T
lepas solat asar,terus tny classmate aku tny dia ada jawapan untuk semua set ups kimia tak
(latihan kimia biasa x de jawapan kat belakang,tu yang pening sket=.=)
sebabkan membe dia nak pakai lagi,ape lagi,guna technology yang ada untuk copy jawapan tu
jeng3,nak tau ape dia?
dengan snap gamba pakai phone!
dah desperate punya pasal nak check jawapan,snap gamba pun jadi la,muhahaha!
then malam tu pg tanya fello en.farid which is yang handle bahagian peperiksaan ni sama ada kena quarentine atau x,dan nasib baik x kena,mmg sporting la encik farid!
agaknya kalau kena quarentine mesti rasa janggal jawab paper sorang2>_>
heh



exam!exam!exam!


first day time periksa tu,nampak gak classmate aku nampak aku agak terkejut tetiba muncul,sebab time aku kena chickenpox tu aku balik tetibe je,selasa tu terus je balik
except dak2 laki2 la yang aku da inform aku balik dulu,maaf ya
pagi tu first exam english,then petang pkl 2.30 kimia
selasa pagi math
dan rabu pagi fizik
dan dipendekan cerita,time exam alhamdulillah,berjalan lancar semuanya,rasanya boleh jawab,inshaallah
target kali ni x nak bawah 3.0
dan abes je exam maksudnya....balik!!!!
hahaha
ada membe aku cakap,

"wah,bestnye ko,balik cuti,pastu datang balik nak amik exam je,pastu sambung cuti balik,2minggu tu cuti!"

haha
rezeki,hehe
xpe la,aku cuti lagipun quarentine je,tak pg mane2 pun,walaupun cuti tapi still sihat lagi banyak nikmat dia:)
cuti ni nak kena cover kuliah2 selama 4hari yang aku tak hadir..er,banyak tu>_>
hm,tapi ade gak yang tak balik cuti,antaranya budak-budak kakom(budak sukan) dengan dak dua tahun sesi 2010/2011,yang masuk kakom sekarang ni dorang stay kat college training,lepas perlawanan antara matrikulasi 1 malaysia hari rabu ni baru la dorang balik,maknanya dorang cuti 3 hari je la..
ishk,tak sanggup aku kalau macam tu>_>
3hari dan 1minggu lebih cuti,jauh tu beza
ramai gak kawan aku masuk kakom tu
ape2 pun,good luck orait!
semoga dapat bawa pingat2 emas dari matrikulasi johor nanti!xD

hehe
aku rasa setakat tu je dulu
dah pukul satu pun
rasanya aku kurang cakap pasal aktiviti aku kat sane tahun ni,xpe,cuti ni rasa semangat lak,inshaallah esok aku sambung
sekian dari ku setakat ni
assalamualaukum!

assalamualaikum!
Hari ni agak penat aku rasa
kerja bertimbun-timbun,dgn 2report fizik nak kena submit,english,math,heh
tu la,balik rumah x nak buat keje lg,kan da kena,ahad tu bru la nak buatT.T
boleh kata dlm sebulan ni hari ni yang ak rasa paling exhausted skali,ikutkan hati macam nak tdo pun ade,adeh
hm,anyway,dlm sebulan ni ramai btl yg pindah,lg la terasa thn ni,sorang2 yang keluar,haiz,kwan baik ak,nazrul pun bru keluar sabtu lepas,terasa gak hilang mmb rapat,byk jasa dia kat sini,xpe2,inshaallah ada rezeki jumpa lg,bertemu dan berpisah kerana allah,heheh
hm,ok takat tu je dulu
actually ni nak testing update via hp,heheh
sekian saja dari ak,salam!

Remaja=Cinta?


Assalamualaikum semua!

ape khabar?

agak lama aku x update blog aku nih,heh

ye la,mana x nye,kat tmpt aku skrg x da broadband,time2 balik rumah camni la baru dpt update blog,heheh

anyway,inshaallah kali ni aku nak kongsi sket ape yang aku terbaca td mengenai cinta remaja

ape yang aku kongsi ni sebagai peringatan untuk diriku dan sama2 kita renungkan

agak obvious isu cinta remaja ni,kat mane2 je kalau sebut pasal remaja,mostly akan kaitkan remaja= cinta

kenapa?

sebab time remaja ni la orang kata kita diibaratkan di kemuncak eh?bak kata lagu OAG,

"segalanya dalam genggaman,walau apa pun x kan jadi halangan~ hidup ini sedia menanti,generasiku bersinar bagai mentari~"

time remaja ni gak la orang kata kita berdarah panas gitu,bersemangat nak cube semua benda

dan sehinggakan nabi muhammad s.a.w sendiri sangat sayangkan remaja2

ada satu hadis nabi bersabda yang bermaksud


”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


bukankah pemuda2 dah dpt jaminan daripada allah?bukan senang2 allah nak bagi naungan kat akhirat kelak

kita dapat tgk,sebagai remaja,kalau kita minat kat satu benda tu kita akan focus ataupun tumpukan minat kita 100% kan?

contoh paling senang minat bola sepak,sanggup bangun pagi2 untuk tgk match perlawanan ataupun minat kat fashion,x kisah duit gaji abes kat fashion sebab memang dah minat,heheh

x salah minat,asalkan x bercanggah dengan islam

tp bayangkan kalau pemuda tu mmg btl2 minat kat islam,hebat impak nya!

sebab tu dapat lihat zaman nabi dulu,kebanyakkan sahabat2 nabi semuanya pemuda,abu bakar,saidina ali,dan lain2

tokoh2 islam yang lain,Tariq baru berumur belasan tahun(18 x silap) dah pimpin tentera bebas kan spanyol(x silap)

Sultan Muhammad al-fateh,baru berumur 21-22 tahun,bebaskan constatinapole

dan tokoh2 lain

tp sayang,sering kali remaja zaman sekarang dikaitkan dengan cinta=.=

dan dah jadi perkara common cinta2 remaja ni,tgk kat iklan berlambak yang mengaitkan remaja+cinta,sigh

aku x cakap yang aku x pernah terjebak dalam alam cinta remaja ni

pernah,memang pernah

banyak yang aku belajar daripada pengalaman lepas

ada hikmah rupanya

perasaan minat-minat tu memang fitrah manusia,tapi biarlah perasaan tu dikawal agar tak terjebak dalam lembah maksiat

kian masa berlalu,aku sedar yang cinta remaja ni x perlu buat masa sekarang ni

mmg susah nak lawan arus air yang deras yang mengalir,tp inshaallah,aku cube sedaya upaya yang termampu

memang susah nak lawan perasaan kita kalau kita dah suka seseorang tu

tp ingatlah sabda nabi muhammad rasulullah s.a.w yang bermaksud


“Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.”


nak ke kalau orang yang kita "sayang" tu jadi fitnah kat muka dunia ni?

sayang ke namanya kalau diakhirat kelak wanita yang kita "sayang" tu dipersoal di akhirat kelak mengapa dia benarkan dirinya menjadi fitnah di muka dunia ini?

walaupun kita x berpegang-pegangan tangan,x keluar dating,hanya sms sahaja,tp kalau hati seorang lelaki tersebut dah terlalai mengingatkan wanita tersebut melebihi mengingati allah dah cukup untuk menjadi fitnah di dunia ni

atau paling kurang pun orang non-muslim akan cakap"agama u cakap x benarkan lelaki dan perempuan couple2,tp kenapa mereka boleh?"

dah jadi satu fitnah dah kat agama

Peringatan ALLAH SWT :

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ 17:32)


kalau dah terjatuh cinta,jgn ikut je perasaan tu

memang kita x minta untuk jatuh cinta kat seseorang tu,tp ingat!

"cinta itu bukan tuhan"

kita nak dengar cakap cinta ataupun alllah?

pilihan di tangan anda

bawah ni ade sikit tips camne nak menepis cinta remaja ni


TIPS MENEPIS CINTA REMAJA :

- Tegas dengan prinsip diri

- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup

- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh

- Mengekang hawa nafsu

- Mendekati majlis-majlis ilmu

- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah

- Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan


dan untuk memantapkan pendirian diri untuk menolak cinta remaja ni,berpegang teguhlah pada hadis :

“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

bukan senang2 nak dapat gelaran syahid ni,orang yang syahid ni inshaallah masuk syurga allah,dan Janji ALLAH SWT terakam dalam surah al-Nur :

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).” (Surah al-Nur 24:26)

Rasulullah SAW berpesan:

“Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah.” (Riwayat Suyuti)

ingatlah,usaha yang dimaksudkan untuk mendapat jodoh masing2 yang baik bukanlah terletak kat usaha kenal atau tackle orang yang kita minat,tapi usaha yang dimaksudkan adalah usaha menahan nafsu daripada terjebak ke maksiat

jd teguhkan pendirian,jgn kecudang walaupun ade lelaki atau perempuan yang dianggap "mahal" datang kepada kita(melainkan untuk menikah),kerana jika seseorang tu sanggup menahan keinginannya,inshaallah allah akan beri yang lebih baik daripada yang kita inginkan

sekian saja dari ku,assalamualaikum~!