Archive

Archive for 2011

Holiday to indonesia~♫


assalamualaikum!
bulan lepas,aku dan family aku ade pegi bercuti ke medan,indonesia
trip ni kitorang pergi selama seminggu
terus terang aku cakap,ni first time aku ke luar negara
walaupun duduk kat johor bahru,tapi ni la first time pegi luar negara,singapore pun aku tak pernah jejak lagi

parent aku dah 2-3kali gak pergi medan sebab nak melawat abang aku belajar kat sana
memandangkan tahun ni dia tahun akhir,jadi kitorang pg bercuti sana untuk seminggu

first day kitorang sampai kat medan pukul 10pagi tak silap
amik flight dari senai>klia>medan
sampai je kat lapangan terbang medan,ade orang agensi pelancongan dari sana sambut kitorang(abang aku dah uruskan awal2)
memandangkan kitorang dah lapar,jadi abang tu bawak kitorang pg makan

ni la makanan dia,aku tak beberapa ingat nama dia=.=
tapi ade gak kat malaysia,cuma rasa dia lain,ni baru masakan indonsia ori
abes makan kitorang terus round bandar medan,time ni abang aku kat tempat praktikal dia lagi
lom abes shift


sampai kat pasar ikan,aku difahamkan pasar ikan ni dulu ramai orang jual ikan
tapi sekarang ni dah x de da
yang ade banyak baju2+souvenir



mak abah beli baju batik
1st day kitorang tak beli banyak sangat(kot..)
baju batik,kain pelekat,dan souveneir sket
habis "window shopping",kitorang pun pg amik abang aku kat hospital dia praktikal,pastu terus bertolak ke beras tagi,perjalanan dari medan ke beras tagi amik masa 1jam+
mendaki bukit..jalan je lebih kurang mcm ke cameroon highland,pening..

tengah on the way ke beras tagi kitorang singgah makan tengah hari
kat resotran terang bulan
aku tertarik dengan signboard restoran ni,somehow aku rasa unik
kat sini,kalau nak makan kat restoran,kena ada sign "rumah makan muslim" baru boleh makan
tak kira la kawasan bandar @ kampung,mane2 restorang muslim mesti ade sign ni
tak boleh main terjah je makan kat restoran mane2
sebab kat sini ramai beragama islam,kristian,dan lain2
rupa melayu,tapi tak semestinya islam,ade gak yang beragama kristian,tu yang boleh confius tu
kat malaysia,keadaan dia cam kurang ketara,nak makan kat restoran mane2 pun boleh kata 100%halal(except tmpt2 tertentu)
jadi aku memang bersyukur sebab tinggal kat malaysia
sebab senang nak dapat makanan☺


cara serve makanan pun agak unik
dorang kurang makanan goreng2 ni
lebih kepada makanan berlauk
jd nt kalau ada customer,dorang letak makanan dalam pinggan2 cam atas ni pastu pilih la nak makan mane
habis makan nt dia kira2 yang mane kita makan
sebab dah penat,jadi kitorang terus ke hotel dekat2 kawasan ni gak,on the way ke arah berastagi(aku tak ingat name ape)
tempat kitorang menginap nama dia Hill hotel
serious cantik tempat dia!
kalau dari luar,masuk ke kawasan hotel ni,macam ade kat tempat lain
macam kat luar negara(er..memang kat luar negara pun sekarang)
sejuk+cantik tempat dia,sesuai la kalau nak bercuti dengan family
atau sape2 yang nak honeymoon,boleh datang sini,haha

pemandang hill hotel,serious cantik weh!


ada swan lagi

burung ostrich eh nama dia,jarang bole jumpe dekat2 camni

pemandangan kat hill hotel lagi



dengan family

gaya budak2 tak matang~♫

teruja jumpa burung ostrich

hill hotel~

bola sakti dalam citer dragon ball

oke,setakat tu je untuk hari pertama kitorang kat indonesia☺
ape2 aku akan citer kat next post,hehe
salam!

Go Universiti!

assalamualaikum

alhamdulillah,syukur kepada allah subhanahu wa ta'ala

debaran yang melanda kami semua akhirnya berakhir

semalam akhirnya result yang ditunggu2 diumumkan kepada orang ramai

result bukan sebarang result

lebih dasyat daripada result anugerah planet muzik 2011

ape dia tu?

dah tentu aku cakap result upu bagi lepasan stpm dan setaraf tahun 2011



alhamdulillah,aku dapat tawaran kos idaman aku di UTHM,kos Jurutera awam
menunggu tarikh pendaftaran pun kadang2 rasa tersiksa gak,sebab jarak tarikh kemasukan universiti lebih kurang 4 bulan cuti,september baru masuk
namun,inilah hakikatnya,nikmat waktu lapang ni la orang selalu lupakan

dimana dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda dimana 2 nikmat yang manusia sering lupa
1)masa lapang
2)masa sihat

waktu cuti ni la biasanya orang tak menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya dan waktu sihat camni la kalau nak buat 2-3 perkara dalam satu masa boleh selesai dalam masa yang singkat,namun,kita sering alpa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan ini,ini tak terkecuali dari aku yang sering kali lupa dengan nikmat2 yang allah dah bagi kepada kita

seorang sahabat aku pernah menyoal aku,"ape impian ko 10 tahun akan datang?",aku beritahu bahawa kalau boleh aku nak bangunkan bidang yang masih kurang kat dalam malaysia ni,kawan aku cakap untuk merialisasikan impian 10tahun kita akan datang,kita perlu bermula dari sekarang,kerana setiap tindak tanduk kita pada hari ini akan mempengaruhi kita akan datang
contohnya,dalam cuti 4 bulan ni,kalau kita asah skill membantu ibubapa(memasak,etc),belajar bahasa asing,skill komunikasi,skill leadership dan lain2,inshaallah,paling dekat kesan yang kita nampak waktu dalam universiti nanti,tu belum kesan 10tahun akan datang!woha!

setengah orang yang baru nak masuk alam universiti,dimana sebelum ni mereka dari matrikulasi/sekolah,senior aku pernah beritahu bahawa kehidupan kat universiti lagi bebas

dulu kat matrik,tak silap aku jumlah jam kredit hour matrik adalah 20-21jam kredit
sekarang kat universiti,maksimum 18jam kredit

tidak "pack" macam kat matrik dulu,kalau kat matrik,orang lepak @berdating kebanyakan mereka masih terikat dengan pembelajaran kat sana


bila kat universiti,rasa terikat dengan pembelajaran kurang berbanding matrik dulu,akibatnya untuk terlibat dalam gejala sosial yang melampau adalah tinggi..sedara aku pernah bagi tau,ada satu sem tu,kelas dia hanya pada hari isnin-rabu,khamis-ahad "no class",lihatlah banyaknya waktu lapang nanti

Syeikh Abdullah Azam,seorang pejuan Palestine pernah berkata:

"Andai kata tak diisi masa lapang dengan kebaikan,maka masa tersebut akan terisi dengan kebatilan."

jadi pentingnya untuk mengurus masa dengan betul supaya tak terkena jarum2 syaitan yang sentiasa membisik menyuruh kita membuat perkara maksiat.
untuk mengelakkan daripada terjebak gejala sosial yang melampau,sibukan diri dengan aktiviti berfaedah,bersukan,join group dakwah,dan lain2
sedar tak sedar,effort yang kita lakukan untuk menjauhkan diri dari gejala sosial yang melampau merupakan antara persiapan bekalan kita di akhirat kelak

seperti didalam surah (Al-zalzalah 99:7-8),allah berfirman:
"Maka sesiapa mengerjalan kebajikan seberat zarrah,nescaya akan dilihatnya(dalam amalannya),Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah,nescaya akan dilihatkannya(dalam amalannya)"

ingatlah,setiap amalan yang kita buat besar atau kecil,akan dipersoalkan,walaupun kita berada di dalam kelompok2 yang soleh/solehah,amalan kita akan dihisab secara individu





jadi sebelum aku mengakhirkan "teks" aku pada hari ini,sama2 kita renungkan perkara dibawah

rata2nya kita sebagai mahasiswa/mahasiswi kat universiti,semuanya dalam umur 18 tahun ke atas,umur aku pun dah dekat 20tahun,orang sering kata,"pemuda ni pelapis masyarakat",namun,persoalannya,dalam waktu kita muda ni

"apekah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar sejarah umat Islam?"

sebagai contoh,3 orang tokoh kat bawah ni

1)Sultan Muhammad Al-Fateh: menawan kota konstatinopel
2)Usamah B.Zaid:Menjadi Panglima perang ketika Rasulullah hampir wafat
3)Khalid Al-Waled: banyak menyertai peperangan,dan mendapat gelaran
Saifullah(pedang Allah),merupakan general terhebat di dunia
yang tak pernah tewas di dalam peperangan

persoalannya,apekah persamaan antara ketiga-tiga tokoh ini?


JAWAPAN:
ketiga-tiga tokoh ini telah memberi sumbangan sejak dari muda lagi

1)Sultan Muhammad Al-Fateh:berumur18-20 tahun dah jadi sultan,tawan kostantinopel
2)Usamah :sangat muda ketika dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah
walaupun ada yang lebih tua didalam pasukannya
3)Khalid Al-Waled:terlibat dalam peperangan sejak muda,bercita2 syahid di
medanperang namun meninggal kerana sakit

mereka ini dah beri sumbangan dan melakar sejarah umat islam semasa mereka muda2 lagi,pada waktu itu mereka sebaya dengan kita,jadi kita pula bila?
jadi sama2 kita renungkan ya geng:)
assalamualaikum!




"telinga orang yang bercakap adalah paling dekat,orang pertama yang saya nasihatkan ialah orang yang telinganya paling dekat"

test drive




harap2 tak kan jadi camni time ujian memandu,ahaks!

assalamualaikum
alhamdulillah,aku dah lulus ujian komputer tu,47/50
nasib baik tak sesusah yang aku sangkakan
nervous gak,mane la tau tibe2 dah jawab kurang dari 43
lepas ni amali kereta(ujian 2) dah boleh buat hari sabtu@ ahad ni
cukup 6jam uji kenderaan kat jalan raya lak
lepas dapat lesen "P" atau dikenali sebagai "PDL",mudah la lepas ni pergerakan aku nak pergi ke mana2
sangat memerlukan,agak susah kalau x de "lesen" nak bawak kereta ni=.="

anyway,sekarang ni orang banyak cakap pasal anonymous yang hack laman sesawang goverment kan..
jadi kat sini dengan suka citanya aku nak memaklumkan sesuatu
dalam masa terdekat ni aku akan buat blog lagi satu untuk tunjuan dakwah dan berkongsi ilmu
sebab aku rasa blog aku ni dah ramai sangat anonymous yang promote kat blog aku=.=
orang luar baca aku tak kisah,tapi..kalau letak link itu ini rimas gak
tu la dulu nak sangat traffic,sekarang boleh kata sederhana dah pening,aiyo
blog ni aku akan kekalkan dab lebih kepada cerita kehidupan aku yang tak ramai nak tau,haha,cuma akan ditukar nama alamat url:)
boleh kata macam buku log(diary macam tak best bunyi dia,hehe)

buku log ni jangan bawak memain wo!
kekadang memang kita nampak macam tak penting je benda ni
tapi bagi aku,buku log ni agak penting
tengok orang2 dulu,
kalau atuk2 atau nenek2 kita ada simpan buku log kehidupan dia,kemudian dibaca oleh cucu2nya,kan best!anak2 dengan cucu2 kita boleh tau perjalanan hidup atuk kita ni,woha!
cuma sekarang dah modern,jadi guna la blogspot ni,haha
ok tu je dulu setakat ni:)
assalamualaikum!




buku diary antique yang mungkin dimiliki oleh atuk2 atau nenek2 kita:)


Lesen L

assalamualaikum

hmm,perasan tak ape yang lain?

yep,aku baru tukar layout blog

aku rasa aku dah jemu dengan layout blog lama aku

tu yang malas nak update,hehe

jadi disebabkan "baru",banyak la benda yang belum sempat letak kat blog ni


esok,ujian komputer untuk mendapat lesen "L"
tgh pk,agak2 bahagian undang2 susah tak?
dengar2 part tu la orang susah nak lepas
ape2 pun,doakan aku berjaya lulus exam niT_T




(tengah berangan nak bawak kereta inspira ku~ ade sesape yang nak hadiahkan?wahaha)

First post

assalamualaikum!
akhirnya setelah sekian lama aku x update blog aku..pade hari ini,saat ini,aku berjaya untuk mengupdate blog aku yang dah berhabuk ni(yeah,setelah memaksa diri untuk menaip)
jadi..ehem,minta maaf la ye kepada pembaca2 setia blog aku sebab aku menyepikan diri sekian lama,hehe(perasan)
okey..
jadi..
ape benda nya aku nak tulis td...
hmm...
sebenarnya,aku dah lama dah tamatkan pengajian aku kat matrikulasi...
lebih kurang 3 minggu dah..eheh>_<
sedang menunggu result final,dan menunggu panggilan masuk universiti pada bulan 9
jadi maksudnya ape tu?
maknanya...cuti sokmo la ye,heheh
ade lagi...
maksudnya...
puasa kat rumah la tahun ni
ade lagi maksud tersirat..
maksudnya
kalau puasa kat rumah...dapat la aku pegi kat gerai2 bulan ramadhan nanti,hehe
lagipun kat depan giant area rumah aku ade bukak tapak gerai baru,bazaar kilat eh,kalau kat bandar tu bazaar karat,ni kat area aku bazaar kilat...memang berkilat!haha..(aku x tgk lagi ade ape kat sana)
maksudnya
tahun ni aku dapat raya kat rumah gak selama 1bulan,hehe
maksudnya...
dapat kumpul duit raya laa tahun ni,duit raya sokmo,hehe
kan aku ni masih student lagi..uhuk uhuk..jadi kalau aku datang raya jangan buat2 x paham..heheh
nah gurau je,x de la tebal muka sangat nak duit raya..tapi kalau orang bagi ape salahnya kan?:)
lagipun,orang yang belum kerja dan kahwin boleh dapat lagi kan?
okey..tu saja maksud2 yang aku boleh bagi
oh..kalau ade yang tanya2 cuti ni aku buat ape..
setakat ni,kat rumah je...melayan karenah kucing dengan anak2 kucing kat rumah aku,comel2 semua,nanti aku upload gambar kucing2 tu
nape x cari keje part time?ohho...jawapan dia.....x tau........
bukan ape,cuti ni aku pk,nak belajar ilmu dan skill2 baru kot,contoh..berenang,komputer,fotografi ke..atau lain2...
sebab time sedara aku kawen kat kl aritu pun...ade sedara aku g tau mara ade buat free course training(skill2 yang aku nak tu,macam..komputer,fotografi..etc)
kat jb ade,cuma aku tgh consider lagi..
selain tu aku ingat nak habis kan bace buku2 yang aku ade beli kat matrik dulu..dengan kalau boleh aku nak baca buku2 kat rumah aku ni...macam ulat buku lak ye bunyi dia...tapi...tu la hakikat dia...ayah aku ade beli buku2 bagus gak..cuma aku x baca je..mcm rugi lak kalau x baca..kan?cuma rajin x rajin je la=.=
sekarang ni walaupun dah 3 minggu,baru berapa kerat je yang aku baca..puncanya?
aku sendiri yang x berdisiplin dengan mind set yang aku dah tetapkan...
selain tu aku nak recheck balik ilmu2 agama yang dah belajar dulu...ilmu2 fardhu ain dulu kat sekolah agama belajar,kekadang bnyk gak benda yang aku dah x igt
nampak basic,tapi benda basic ni la yang penting..asas tu!
jadi sebab2 kat atas tu la kenape aku x cari part time..
orang kata,time kita student ni la kita kena banyak timba ilmu
sebab bila da keje dah x sempat dah..mentaliti orang dah keje pun lain dengan student..
jadi sebab tu aku agak keberatan sket nak cari part time..tapi kekadang aku fikir gak..ade kalanya masuk akal..tapi ade kalanya aku fikir...agaknya mungkin aku cari alasan je kot x nak keje part time..ntah la...
sebab bagi aku sekarang waktu kritikal kot..
lepas ni akan langkah ke alam dewasa,bergaul dengan masyarakat,ade tanggungjawab kat masyarakat..
nanti universiti dah sibuk dah aku rasa..x sempat..kurang masa dah nak belajar2 benda baru ni..ntah la..
walaubagaimanapun...jiran aku arif ade cakap ade offer keje jadi office boy kat tempat insurance..tinggi gak gaji dia walaupun part time...
hmm..
ape2 pun..aku tgh reconsider balik cemana ek...
selain tu ape yang aku buat..aku tgh baca post blog membe2 aku yang banyak aku x sempat baca..
ok la
setakat ni sahaja dulu
sekian,assalamualaikum:)

business business business~~

salam
kk,aku rasa kali ni aku akan buat quick post
bulan 4 ni,lepas abes study kat melaka,ada balance 5 bulan sebelum masuk u(bulan 9)
jadi aku ingat nak buat part time bisness la
cuma sekarang masalahnya aku x tau nak buat bisness ape
setakat ni aku ada 2 option

1.jual nutrimetics,tolong mak aku,tapi....banyak produk perempuan=.= yang ak plan,kalau ak tolong mak aku,aku tolong jual produk cam pencuci muka,etc2,yang tak berkaitan perempuan sangat=.=

2.jual produk herbalife,budak bilik sebelah aku ada jual produk ni,aku memang tertarik dengan produk ni,cuma.....yang buat aku musykil nak jual sebab produk ni..produk amerika=.=
aku agak was2 sket produk amerika ni,mane la tau,tngah jual2,jap lagi dalam diam income yang kita tolong jual tu disalur kepada tempat yang tak sepatutnya(eg israel,ketenteraan amerika,etc)
er..aku cuma amik langkah berjaga-jaga je,lagipun kalau boleh nak jual produk tempatan

3.prduk HPA(harap pada allah)..agaknya lah...

4.tak pun,radix..aku tak abes survey lagi,tak pasti radix dengan HPA sama company atau tak

tu antaranya yang aku terpk produk ape aku nak jual nt
aku jadi minat kat bab bisness2 ni sebab aku tengok budak bilik sebelah aku tu la
sangat matang dan berdikari bila libatkan diri dalam bisness ni
lagipun,banyak advantage dia kalau buat bisness ni,tak kisah la part time atau full time
antaranya

1.pengalaman berniaga,kira2 perbelanjaan,deal dengan customer yang berbagai karenah,dan paling pnting,latih diri untuk punctual dngan masa!

2.ada source income sendiri,paling2 kurang pun,boleh meminima kan pinjaman PTPTN,sebab bunga dia tinggi=.= dan certain orang kata ada riba dalam PTPTN ni,kawan aku pernah cerita ada kawan dia ni,sanggup jual nasi lemak kat campus dia semata2 nak menimima kan jumlah duit PTPTN tu,wallahualam,aku tak tau macam mana status sebenar..tapi kalau ada side income,boleh kurang kan beban parent untuk tanggung kos pembelajran/kperluan harian

3.cepat kaya,hoho,bunyi dia macam tamak,tapi jangan pk camtu,bak kata kawan aku
"kita nak cepat kaya,bukan tamak,tapi bila kaya,dengan kaya tu la kita dapat tolong orang yang susah(eg,derma,sponsor rumah anak yatim,buat bangunan untuk masyarakat,etc)
tapi kawan aku cakap,bila dah buat bisness ni,cabaran paling besar ko akan rase bila ko dah dapat duit,bila nak sedekah atau bagi duit kat orang yang memerlukan tu rasa berat sket tangan,tu kena elakan!

4.dan yang last skali,aku tau semua suka benda ni,hehe,dah tentu bila bisnes di waktu muda,boleh cepat kahwin!!ahahah,bagus kan?hehe,ok,first jangan lebel kata aku dah menggatal nak kahwin,fitrah manusia nak ada pasangan betul?kih3
kawan aku ada cerita sorang kawan dia,habis degree,around umur 24-26 dah kahwin(dua2 pasangan umur lbih kurang sama),memang aku respect kat dorang ni,sebab kahwin waktu muda2,tak ramai kita tgk orang nak kahwin muda2 ni,esp yang lelaki,bukan ape,kadang2 yang lelaki ni lambat kahwin(biasa 30tahun+) sebab nak kumpul income,bila steady baru nak kahwin,ade gak yang nak relax2 dulu diwaktu muda ni
ditambah lagi dengan pandangan masyarakt,kalau kahwin muda,ada orang akan pk kena tangkap basah,dan lain2
tapi bagi aku,kahwin muda la bagus,semua orang nak kahwin,jd kenape nak dilambat2kan betul?hehe,sebab tu,kalau ada libat bisness,paling kurang kita dah ada income untuk tanggung perkahwinan tu,mungkin habis study je terus nak kahwin kot,woha!xD
aku takut kalau dilambat-lambatkan,agak bahaya,ye lah tengok je la sosial masyarakat kita sekarang ni,agak gerun,jadi bila kahwin awal,pegang2 tangan pun tak pe,pahala lagi dapat!ahah
senang kata,banyak kesan positif nya kahwin muda ni,kih3(cuma make sure income dan ilmu kekeluargaan di dada dah cukup!)
satu contoh yang tepat aku boleh bagi kalau korang tak caye kahwin muda ni bagus adalah korang tengok cerita adamaya,tu antara contoh pasangan muda(dalam cerita tu la)

ahoho,tu dia,antara kelebihan bisness diwaktu muda2 ni
lagipun nabi sendiri galakan buat perniagaan ni kan?
tapi aku bisness untuk part time je,course utama inshaallah civil engineer aku tetap keje macam biasa bila abes study

oh sebelum habis kan post,sebenarnya aku nak mintak pendapat korang(recomendation)
produk ape yang patut aku jual?
kalau ada produk lain pun ok gak,tapi bagi detail sket pasal ape,nt ada masa aku survey2
hehe
ok aku nak makan sarapan dulu
assalamualaikum!

kenapa x nak couple

salam
quick post
sekadar nak kongsi post yang aku terbaca td,ak suka point2 orang ni bagi:))


Why fazli??orang lain semua couple la fazlii..chill la.wtfish =.=
errrr..aku jeles la jugak tengok orang couple kan,but LIKE I CARE?!
then nak tau sebab apa aku xnak couple??jom bace jap :
BERDOSA
Sebab apa berdosa??sebab time couple tu macam2 boleh jadi,disebabkan nak membuktikan "KASIH SAYANG" tu sanggop buat ape jerk untuk membuktikannya,dekat fb aku tu ha,ramai gilo budak2 yang social amek2 gambar dengan gf,pelok sane,pegang sinun.mak ai,..xrase bersalah ke?aku dulu time pergi date dengan awek pon aku asik terfikir mak aku je tahu,ye aku anak mak,xkan anak berok pulak.aku xnak la cakap bende ape yang korang buat sampai berdose tu,just fikir leklok la eyh :)


HILANG KEBEBASAN
Couple pun boleh hilang kebebasan??macam tawanan perang pulak.huhu..but memang betol pon kan,apa2 nak buat semuanya terbatas,i mean "DIKONGKONG"..apa kau nak buat semua kene bagitau die kan,then tiap2 hari kena mesej die,kalau x mesej nanti die fikir "macam xde bf jerk" see2??!!nahh..then kau nak spent time dengan kawan semua pun susah,rapat dengan awek tu xbleh,itu xboleh,ini xboleh.deyy
minachi!,mana hidop aku kalau semua benda aku buat nak tumpu dekat kau jerk?.then masa kau mesti kena lebih dengan die ok,watefak.kalau xreply mesej boleh jadik kes "merajuk" pulak.aiyoo..awak2,kite ada banyak benda lain lagi la yg lebih penting selain daripada nak pujuk awak disebabkan benda temeh remeh nie...then kene explain bagai..nak jage hati punye pasal kann..ya rabbi..macam tuan puteri pulak yerk.can u see that meyh?!memang x bebas,aku tau ade dalam fikiran korang,"hala kau pergi pilih awek yang suke mengongkong memang la" nope!sama sekali tidak,semua awek mengongkong,walaupun kadar "kongkongangannye" rendah,(cewah ayt)..

DUIT LICEEINN!!



Time couple,anniversary kau??ade ssetengah orang celebrate n ade sstgah orang x,pastu birthday die??hang out date saje2??then xkan kau nak buat bodoh jerk??hadiah mane awak?kek xde awak?belanje makan awak??semua tu gune ape awak?duit kan awak?untuk apa semua tu awak??untuk membuktikan "cinta sejati" eyh awak?untuk membuktikan yang awak sanggup buat apa saja eyh awak?untuk membuktikan betapa ikhlas,suci, dan murni nya cinta awak dekat dia eyh awak?waklu,awak2 semua...semua bende dekat atas nie bukan sekarang masanya la awak,mase depan awak2 nie semua belum cerah lagi,kabur2 je nie hah,awak beli semua tu gune duit siapa awak?duit mak awak eyh?ee malunye awak..hha(bagi yang still bawah tanggungan mak bapak la)
kalau untuk diri sendiri tu xpe la jugak awak,kenapa saya maen "awak2" nie heh?!then duit awak untuk beli topup2 tu hah,setiap hari awak kena mesej dia kan awak?awak gune ape untuk beli topup tu awak ?gune duit kan awak?kalau dah sehari beratus mesej dalam inbox tu,xsampai seminggu dah topup lagi,adeyhh! beli roti banyak2 buat taik gigi lagi bagus la awak.hee..

KAWAN KAU KEMANA?
bile kau dah couple tu,mesti kene spent ur time lebih dekat awek kau kan..

man : keluar jom lepak2.
kita : xboleh la,aku kena teman awek aku pergi shopping.
man : yela..semnejak dah ade awek nie dah xnak lepak same dah en dengan member2.
kita : blablablablabla.........(sesi memujuk bermula)

wan : jom celebrate birthday aku dekat luar,makan2 siket dengan member2 lame..
kita : xboleh la..awek aku suruh aku diet..(diet heh!)
wan : alasan la kau,blablabla......

heh!ape nak buat?kawan2 kau semua dah merajuk sebab bile ajak keluar ada jerk alasan.kawan memang beribu,memang boleh ajak member2 lain,tapi setiap member tu ade keistimewaan & kelainan sendiri,ade orang xsuke kawan dengan die,die ini la,itu la..cube kau bayangkan kalau time member kau ajak keluar kau asik menolaaaaak jerk,xke fedup kawan kau?rasenye lepas nie die ada ajak kau join lagi x?kalau member x ajak kang kau merajuk pulak kan? nnt cakap lupe member semua kan?fikir2 la.seyesly,bile kau couple everything changed! rase macam dah kawin pulak kan.

Can u imagine bile kau CLASH! tibe2 ape yang terjadik??
  1. Duit mak bapak yang kau spent untok die hangus gitu jerk
  2. Sia-sia Dose kau bertambah akibat perbuatan kau time kau couple.
  3. Kawan kau semua lesap sebab time kau susah,susah nak carik kawan yang betul2 boleh membantu.
  4. Perasaan kau tersiksa.
  5. fikiran kau bercelaru.
  6. pandai2 la kau fikir bende ape lagi yang akan jadik.

THE conclusion is : aku buat entry pasal nie bukan pasal aku nak tunjok "eyh!bagusnye aku nie!!" tidak same sekali! ini semua just untok mengingatkan diri masing2 & diri aku jugak,bile aku bace balik entry nie,maybe aku akan tersedar,xsalah kamu2 nak couple,tapi rasenye belom sampai mase lagi kot,nasihat yang selalu aku dapat la kan : "belajar betol2 dulu,dah kerja,gaji besar,duit dah banyak,perangai dah betol2 matang & bile dah rase bersedia baru cari pasangan"..baru la stabil relationship kau..then kau boleh la nak romantik or be a gentleman time2 gitu.tapi ade batas2nya lah kan.Then time kau dah besar & otak kau dah boleh berfikiran secara matang & rasional,aku yakin yang kau boleh atasi segala masalah kalau kau kuat.Rasenye kau xpayah la nak jeles2 tengok orang lain ade pasangan,xperlu la..baik fikirkan diri sendiri lagi bagus kan,memang xde life kalau couple nie,kasih sayang & perhatian parents kau xcukop lagi ke?aku bukan xpenah couple,penah wokeyh,and aku dah rasa semua yang kat atas nie.thats why la aku saje nak share2 ape yang ade dalam hati & fikiran aku nie. suke hati korang la nak couple ke tidak,hak masing2 kan??pandai2 la hidup :)
rilek r en,xyah couple2 nie,enjoy ur life dulu ngn member2 & family..awek x kemane,bersepah ok :)

My reason : aku boleh menghabiskan perasaan aku,masa dan wang2 aku pada hal2 yang betol2 lebihpenting,kawan2 dan keluarga aku.Then, now aku x perlu girlfriend sebab aku dahjatuh cinta sekarang, dan cinta yangtelah membawa dan akan membawa aku lebih dekat kepada Allah & itulah hanya cinta yang aku perlukan,cewahH! ;D

Ok Piece geng! chilex wokeyh,jom bace :

Soal Jawab Mengenai COUPLE nie,spent ur time dekat bende2 gini,penuhkan ilmu didada kau tu ha! daripada bukak bende2 yang merepek dalam tenet nie :D


"You won't feel the beauty of love if you don't feel love towards the One"

Ready to launch sir!

assalamualaikum!
yosh!cuti mid sem2 dah mula!!
setelah berhempas pulas study untuk exam mid sem,akhirnya cuti gak
dah lama ku nanti2kan saat ni,haha
tapi secara jujurnya..aku tak ready sangat untuk exam mid sem ni
terlalu lalai....
sigh,harap2 pointer tak jatuh-__-"
sheshh,ape2 pun,ape yang dah lepas biar lepas,tawakal..ape yang aku usahakan sebanyak tu la yang allah akan bagi ganjaran..
"berapa lama cuti?"
hm,cuti ye,macam biasa,seminggu 3hari je
eh tapi jangan main2,seminggu tu dah kira paling lama tu
kat sini tak de nye nak dapat cuti 1bulan>_>
sebenarnya dah dekat 4 hari aku balik rumah,cuma tak sempat update
idea je banyak mencurah2 datang,tapi bila nak type tangan ni je yang kaku,heh..

ok,ape2 pun,kali ni aku nak cerita sket pasal pertandingan roket aku..

dari kiri,afiq,hilman,nazrin,hakim


ha,ni la roket kitorang,yang kanan tu untuk parachut dan yang kiri tu untuk long range target
range target 40%,parachut lak 60%
buat roket ni tak complicated(bagi yang dah berpengalaman)
satu group ada 4 orang,dan group aku boleh kata setiap orang ada specialist dia

nazrin:specialist buat parachut
hilman:roket aerodynamic
afiq:pembuat roket
hakim:...inteligence?(cari info)muhahaha

kk,aku tau bunyi dia macam agak perasan sket-_-
saje je,haha,sebab aku ni first timer dalam competition ni,sebelum ni tengok time launching je
aku banyak gak cari info pasal roket ni,sebelum dorang buat,aku download dulu video2 mane2 yang senang buat
dan part ada membantu time buat parachut(paling complicated nak buat)
(nak buat parachut satu hal,nak pk camne dia boleh terbukak kat atas lagi satu hal lagi,hmm)
yang lain2 tu semua senang je buat,banyak belajar dari dorang neh
untuk range target,tak kena sasaran pun,boleh lak pg jauh kebelakang dari target asal=.="
tapi tak pe,puas hati gak sebab steady je dia fire pegi jauh
(paling jauh dalam pertandingan ni,heh)
untuk parachut..first try mmg lawa
lepas fire ke atas,botol roket tu jatuh,tapi parachut steady je turun(ikat kat botol)
mula2 kitorang gamkan penutup botol tu kat atas,pastu ikat dengan parachut
bila launch cuma ada parachut dengan penutup tu,mmg lama la amik masa turunxD
ada cikgu kata boleh,asalkan ada konsep parachut(dah rasa konfident boleh menang)
tapi ada cikgu yang kata tak boleh,jadi kena buat 2nd try
lepas modified balik roket tu tak bagi tercabut penutup tu,pg launch lagi skali
kali ni kejap sangat,rasanya tak lebih 15saat=__="
adess
dan the result competition ni.........
group kitorang tak menang ape2 pun,haha
dan yang menang tempat pertama tak silap group aiman,dia ni baru first try masuk tapi menang dah,haha,dia pun x sangka
ni sebab kat parachut 60% markah,memandangkan parachut dia paling lama(ke sebab parachut dia tersangkut kat atap bumbung,jadi terus dikira paling lama)
2nd place pun tere gak
tgk gaya dorang mmg profesional
sipi2 nak menang no.1
target pun accuarate kena
dan yang lain2 aku tak ingat sape menang,haha

-have a break at kfc-

(aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada orang yang sudi tolong bawakan perspek kitorang yang tertinggal kat family store,kalau tak,aku rasa tak jadi roket kitorang time tu,sebab esoknya pertandingan,last minit ubah..
tak de perspek tu tak bole modified roket prototype kitorang tu,tapi alhamdulillah
tak sangka zaman sekarang ni masih ada orang baik
sudi bawak balik perspek tu
ye la,kalau difikir balik,benda tu "perspek" je,baru rm.3.00+
dah tu besar lak,certain orang akan cakap "tak de keje aku nak bawak benda ni kesana sini,bukan kenal pun"
(bukan dekat jarak family store dengan kfc,ade lah lebih 100meter kot)
then benda yang tak disangka2,lepas habis beli bahan2,jalan kaki pegi makan kat kfc jap
kat sini la dorang bagi balik perspek tu
time tu kalau tak bagi,sampai kat matrik baru perasan kot,haha
aku tak kenal dan tak cam siape yang bagi tu
tapi time competition tu,nazrin dengan hilman cakap dorang budak2 kelab astronomi yang handle competition tu
ape2 pun,semoga allah membalas jasa baik korang
ni la orang kata,walaupun perbuatan baik kecil macam mane pun,kesannya kita tak kan tau samaada besar atau kecil
lebih2 lagi di pandangan allah,walaupun perbuatan tu nampak kecik,tapi mane tau perbuatan yang kecik tu tinggi dipandangan allah
same gak untuk perbuatan jahat
walaupun kita fikir cuma dosa kecik je,tapi kita tak tau impak dia,jadi sama2 renung2 kan ya!
sedikit quot dari bilal(lebih kurang macam ni..)
"never think how small the sin is,but think who did you have disobeyed"