Archive

Archive for 2009

sedih...

assalamualaikum

bertemu kita kembali
minggu ni,aku rasa amat2 sedih..
aku rasa sedih sebab ramai kawan aku yang nak keluar dari matrik ni sebab ada dpt tawaran lain
(SPA,UITM,etc)
kelas aku je sorang dah keluar,ejan bakal daftar di UITM perak,dan skrg ni lagi 2 orang bakal keluar matrik ni..iaitu ainin sofia dan yana
3hari+ berturut2 aku menangis dlm minggu ni..
entah kenapa aku rasa sebak sangat..
x pernah selama tempoh aku belajar aku rasa sedih sebegini..
sampaikan aku telefon mintak nasihat kat makayah aku..
mmg rasa berat hati dan susah aku nak lepaskan..
bila tgk slide showkhas untuk mereka bertiga time perjumpaan kelas m2p2 malam rabu tu,terasa sebak je aku tgk..
bila tgk balik dekat 3orang dah nak tinggalkan kelas m2p2 ni..sigh......
ejan,seorang sahabat yang sangat baik,suka buat kelakar,aku rindu dengan loghat terengganu dia yang pekat dan lawak dia yang biasa ceriakan kelas kitorang..
ainin sofia,seorang yang sopan santun dan ayu?haha,sejuk mata memandang,seorang yang pemurah dengan senyuman,aku rasa aku akan rindu dengan senyuman dia nt:) ahahaha
yana montanna,kecik comel orangnya,aku rasa dia ni seorang yang ceria,loghat dia x sepekat mcm ejan,haha,tp hilang dah 2orang dari terengganu..dah x de da kat m2p2 orang ganu...sigh..
tu baru kat dlm kelas,x kira lagi budak2 lelaki pdt yang hanya ada 47orang daripada 300+ orang
dekat 4-5orang x silap aku yang pindah
skrg ni agak ok la,cuma rasa sedih tu ada lagi
anyway ape2 pun,bila kat luar nt jgn lupa kat kitorang ya!
sekian saja dari ku,salam

akhirnya dapat juga ku tonton!



salam!
antum antumna khaifahaluka?(tuan2 dan puan2 sihat?)
ana bikhairi(saya sihat)
haha,itu je lah beberapa perkataan arab yang basic yang aku tahu
ana harap antum antumna semua sihat2 belaka
bukan ape,tadi akhirnya aku dah abes tgk citer "ketika cinta bertasbih"
terasa gak nak cakap arab(walaupun x pandai ckp arab,haha)
actually,hari selasa lepas aku dah tgk dah kat campus aku,tp aku kurang puas hati sbb tgk kat laptop dan bilik kawan aku tu ada bising2 buat aku x puas tgk
td tgh hari baru je abes tgk untuk 2nd time dgn family kat tv pas sambung wayar cabel dari laptop ke tv,ha baru mcm wayang tgk!
ternyata,cerita tu sememangnya best,jalan citer dia,begitu "solid" sekali dengan message yang ingin disampaikan,percayalah,cerita ni bukan seperti cerita2 lain
1 family aku puas hati tgk,ni pun skrg ni mak dan ayah aku tgk balik citer tu kat bawah skrg ni
cerita ini begitu islamik dari awal sampai akhir
korang ssh nak jangka apa akan jadi dalam citer tu,erm,at least tu ape yang aku rasa
hinggakan kat satu part citer tu,aku menangis tgk citer tu
mmg sedih tgk sahabt Mala tu,btl aku x tipu,aku x kan spoil ape2 kat sini,korang tgk la sendiri
sungguh sedih
hinggakan kalau aku tgk balik sudutan video kat part citer tu,mata aku akan berkaca2 tgk
selain tu citer ni gak banyak guna bahasa arab dan tempat lakonan dorang mmg kat egypt mesir,antaranya alexenderia dan cairo,pemandangan bumi mesir sememangnya indah
cara pengambaran citer ni gak mmg bagus,ade gak ala2 cam kat citer nur kasih tu(aku x ingat nama dia,"cinematography"eh?)
satu lagi yang aku tabik kat citer ni ialah,semua pelakon2 dia x silap aku semua "actor" dan "actress" baru yang dipilih melalui uji bakat untuk citer ketika cinta bertasbih ni
semasa credit citer ni,dorang tunjukan sesi pemilihan pelakon citer2 ni
mmg detail dorang test,dari cara jalan,gaya cakap,gaya sujud(solat) dan mungkin skali kefasihan bercakap bahasa arab
sedangkan aku ingat semua tu pelakon2 terkenal indon,tp ternyata semua tu pelakon baru
mmg kagum kerana semuanya seperti pelakon lama yang dah berpengalaman


untuk cerita nur kasih lak,hari jumaat(semalam) pun akhirnya siri tu baru habes ditayangkan di tv3
aku puas hati dgn ending dia,tp mungkin ada kurang phm sbb last week nye episode aku terlepas sebab keluar dgn classmate kat bandar melaka,x smpt nak tgk last week nye episode kat internet
kesamaan citer nur kasih ni dengan ketika cinta bertasbih ialah kedua2 citer ni islamik,dan berunsurkan kekeluargaan,tapi kalau nak dibandingkan dengan jalan cerita,sememangnya lain dan berbeza,sangat berbeza!
percayalah
tetapi kedua2nya tetap best,dan x ada kurangnya untuk kedua2 citer ni sbb masing2 ada jalan cerita dan message yang ingin disampaikan,moga2 message itu dapat disampaikan kepada semua penonton

anyway,ape2 pun,aku "look forward" untuk tgk sambungan movie ini iaitu ketika cinta bertasbih2,kat indon dah ditayangkan september lepas,jadi aku rasa x lama lg keluar la tu ruang download dia,kalau mau tunggu dvd nya sampai di malaysia,mungkin lama lagi,kalau dah sampai sini baru dibelinya,huhu
ape2 pun,kalau ada yang tgh bosan2 cuti ni x tau nak buat ape,ape kata antum antumna pg la tgk citer tu,ada kat youtube dah skrg ni,search je keyword ketika "cinta bertasbih"
sekurang-kurangnya,hilang la jugak rasa bosan anda betul?hahaha,promote2=))
tapi pas tgk kat youtube tu,belilah dvd original dia okey bila da sampai kat malaysia,wahaha
walaupun x de subtitle,tp percayalah,70% perbualan dlm citer tu mudah difahami hehe,ok,itu saja dahulu dari ku
esok dah nak balik campus
selasa(1 december 09) result ujian semester kuar,uwaaa!!
doakan aku dapat result yang cemerlang ya!T_T
sekian dan semoga kita bertemu lagi
assalamualaikum~!





Trailer cerita Ketika Cinta Bertasbih buat sesiapa yang belum tahu lagi kisah mengenai apa movie ini,harap anda semua terhibur ya!:)

Overnight at Melaka~

assalamualaikum semua!

bertemu kita kembali

hehe,aku rasa x terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji!

kampus aku cuti selama 4 hari je

untuk semester 2 ni,dah 1minggu 3hari dah mula,tp x tau laa

aku rasa semester 2 ni aku mcm x bersemangat sangat untuk blaja,x tau la kenapa

mungkin sebab awal2 minggu sem baru x banyak sangat keje?ataupun topic awal sem2 agak pening sikit,ataupun sbb banyak movie,hiburan atau lain2 yang buat aku x focus,tah aku pun x tau=.=

aku harap benda ni sementara je,naik cuti raya haji ni aku nak focus btl2 untuk target pointer ku untuk final,dan kalau ada rezeki insyaallah 4flat,amin!

anyway

ni aku nak kongsi sikit ape dak2 kelas aku buat masa overnight jumaat lepas

tarikh 20/11/09 aku x kan lupakan:)

mcm ni ceritanya




Jumaat,20/11/09




selesai solat jumaat,ptg tu kitorang ada mentor mentee ikut group masing2

x lama pun,dlm sejam mentor mentee tu dah abes
kitorang kumpul dekat dpn dewan kuliah,around pkl 5ptg camtu baru la bertolak
ramai gak yang join,dekat separuh kelas ikut,7lelaki,8perempuan,yang lain x dpt ikut sbb ada hal
mula2 ingat nak pg ke pekalan balak,tepi pantai,tp x jadi sbb musim hujan kan,kalau hujan dah x boleh buat ape2 aktiviti dah,so tuka plan pg overnight kat bandar melaka
actually kitorang overnight ni nak celebrate ejan(terengganu) sbb dia nak pindah ke uitm kat perak naik cuti raya haji ni
mula2,aku rasa was2 gak,sbb ada plan nak jalan2 time mlm2,aku x pna keluar mlm2 ni
bukan takut,tp biasanya kat rmh waktu mlm lah waktu aku nak luangkan masa dengan keluarga aku,jd bila benda x biasa kita buat,kita akan rasa x selesa untuk buat
tp untuk kawan yang nak pindah,x pe la,aku ikut,aku yakin dengan sahabat2 kelas





ye je la tu tdo kat mahkota hotel=))



pg ke bandar naik teksi

sampai bandar mula2 kitorang pg mahkota hotel

hesh,dlm hati aku ckp confirm2 la x cukup,mahal sini

1bilik rm377,x mau kitorang ddk sana,kalau bahagi 1 bilik 7orang pun still mahal gak

so tuka tmpt

akhirnya kitorang decide tinggal kat hotel rumah tumpangan(mcm kat kedai2 tu)

1 bilik baru rm100,kongsi 4orang berbaloi gak,so kitorang amik 5 bilik x silap aku agar x mcm sardin sgt bilik tu,haha

lagipun da plan da,x tdo sgt kat hotel sbb kitorang nak jejalan je,ada kemungkinan jalan2 sampai subuh terus

laki2 ddk kat tingkat 2,dan ppuan lak kat tingkat 3



kami kachak!kat tangga tmpt hotel kitorang


lepas maghrib tu baru la kitorang kuar jalan2

kat bawah tu ada pasar malam,rasa mcm nak tgk2 je

tp kitorang lalu je,sbb sama jalan nak pg ke mahkota parade(seberang jalan)

best gak tgk pemandangan bandar melaka malam2 ni




antara gelagat kitorang jejalan time on the way pg mahkota parade=))






jemput makan ya pak!





(menara kfc=)) )


sampai mahkota parade,first,benda kitorang cari "makanan!"

dah lapa da time tu

so kitorang decide makan kat kfc


makan besarlah kitorang kat sana,hehe


semua makan dengan lahapnya sebab laparxD


mukmin,hasif,ika dan hasmira bersama tiket


hehe,panjang tiket kitorang



abes makan kitorang beli tiket citer 2012,kitorang amik time 12.15tgh mlm

tgk tiket kitorang,panjang x panjang tiket tu>.<

1line 10seat kitorang amik,dengan 5seat lagi kat depan,huhu

kira2 ada 2jam lagi untuk karaoke dengan main bowling

best gak berkaraoke ni,da lama aku x nyanyi,hehe

plg aku suka lagu wali band-cari jodoh,mmg best nyanyi lagu tu,huahaha

abes karaoke,bowling lak

aku sememangnya x pandai men bowling ni,aku co-op dengan seha,teruk kitorang kena belasah

dah tentu2 kids yang mng,bape kali strike tah,aku lak x de,tu pun seha ada dpt strike skali nasib2,huahaha,tp nasib baik laa bukan last,2nd last,ok la tu,hehe

habis bowling 1 round kitorang pg tgk cinema lak memandangkan jam da dekat pkl 12tgh mlm

yg x best time tu kat area2 tu dia tgh renovate,jd time tgk wayang tu rasa gak la gegar2 gerudi tu,hesh

ape yang aku bole kata psl citer 2012 ni,ok la,grafik je best bagi aku

storyline,x best sgt,sebab dia ada amik sket dari citer nabi Nuh

oh well,at least berbaloi gak tgk citer tu selama 3 jam



kat tepi sungai




habes tgk wayang,x silap aku pkl 3.15pagi


kitorang x mengantuk lagi,so decide pusing2 bandar melaka dahulu

best mmg best jalan mlm2 ni,tp keselamatan kena jaga,lebih2 lagi untuk perempuan

tgh2 mlm camni mcm2 orang ada,jd yang main peranan jaga dak2 laki

kitorang jalan 1 group,2laki jalan depan,tgh,dengan belakang

kitorang dari mahkota parade,pergi jalan ke dataran pahlawan kat tingkat atas

kat situ ada padang,kitorang smpt ddk2 jap sana,amik gamba

pastu jalan lagi,sambil jalan nikmati keindahan bandar melaka dengan lampu2 yang sinari bandarnya,kitorang teruskan perjalanan ke tepi sungai melaka dan bahtera kapal portugis?

sejuk yg amat jalan tgh2 mlm ya,terasa mcm kat luar negara lak



Bergaya x kitorang?


habis jalan2 ade la dekat 2jam gak

dari pkl 3 sampai pkl 5 pagi

sblm balik hotel smpt singgah 7eleven beli air dengan snack

pastu baru semua balik bilik masing2 untuk tido




Mahkota Parade


Smile!

Bersarapan Pagi



Ejan Don dan Aku,akan ku rindui mu wahai sahabat



yong tau fu ku:)



x cukup rasanya masa tido kitorang time tu

ye la,pas solat subuh,tdo balik,pastu bgn pkl 9pagi

9.30pagi dah bertolak ke mahkota parade lagi untuk sarapan pagi kat food court sana

aku tgk semua mata muka mengantuk,mata panda je semua,hehe

pagi tu aku makan yong tau fu

tah napa pagi tu aku x da selera makan nasi

tp yong tau fu dia mmg sedap!sampaikan bila balik campus aku pg cafe b beli yong tau fu
haha


habis makan kitorang pg kat tmpt arcade lagi

smpt karaoke kat karaoke box lagi dengan racing day tonna eh nama dia?

gelak2 aku tgk dorang karaoke,"best" suara dorang,hahahaxD

lepas abes karaoke dgn racing topeq dengan ejan pg tgk lagi skali movie 2012,sbb semalam topeq x tgk movie tu sbb ada hal



seha(kat dalam k-box),mukmin dan ejan,haha aneh2 je korang lepak lagi,ish3

so sementara tunggu dorang abes tgk movie 3jam tu,kitorang pusing2 MP
dak ppuan la banyak shopping barang,kitorang laki biasa2 je
aku smpt gak pg singgah mph sana
aku ternampak novel "ombak rindu",novel pertama yang aku baca time form 2 atau form 3 aku x igt sbb jiran aku recommend
agak bagus buku tu,da lama aku cari2 nak beli tp x jumpe,maybe sbb buku lama kot
so aku decide beli skali

tu je la barang yang aku beli,hehe
berjimat la katakan,cewah!




kenyang dah makan burger king

duduk berehat~




dah penat berjalan kat MP kitorang pun ddk berehat jap kat satu sudut MP ni
da hilang penat,ingat nak pg kat a'famosa,tp hujan lak time tu,so kitorang sambung lagi berjalan ke dataran pahlawan
pg kat tmpt craft tangan dia
pastu pusing lagi kat sana,x lama pastu topeq dgn ejan pun datang kat DP pas da abes tgk movie,time tu semua da lapa,pg makan tgh hari kat nasi lemak antarabangsa
agak mahal makanan sana=.=
masa order x nampak harga dia,aduyai,nak nyesal pun nasi da jadi buburT_T
haiz,x pe la
pas mkan kitorang amik teksi kat depan DP untuk balik ke campus
mmg penat,sampai campus dlm pkl 6ptg
banyak gak abes,untuk aku hampir2 rm200 termasuk tambang pegi balik,tambang pegi je da rm40(tp kongsi 4-3orang la),tu pun aku berjimat lagi,orang lain aku x tau la bape banyak abes>.<
walaupun penat,kitorang tetap enjoy keluar sama2
ejan,pas ko pindah ni,kitorang harap ko x lupekan kitorang kat sini ya!
sekian saja dari ku takat ini
assalamualaikum~!

Semester 2

assalamualaikum semua
huahh,cuti dah nak abes,tu bermakna semester 2 pun dah nak mula
agaknya ape la akan jadi di semester 2 ye,hm
aku dengar2 kelas x kan dirombakkan balik,cuma pensyarah je yang ditukar2 kan
lega dengar berita tu,whew~!
sebab dah ngam dengan budak2 kelas,kalau kena tukar lagi sem2 ni,ssh la jawapanya
semalam aku sempat "call" sahabat aku yang berada di kelantan
katanya x sabar untuk naik sem2 ni,huish,berkobar2 btl semangat
terasa kagum dengan semangat dia,kerana aku x de la semangat mana pun naik sem2 ni
dah lama ddk rmh kot,berat hati nak balik sana
aduhai,ape nak jd,ish3
ada gak mmb aku yang balik lambat sikit,mungkin sbb banjir kot sana,aritu tny ada sesetengah ada yang banjir ada yang tak
ape2 pun,aku rasa untuk sem2 ni pun aku kena tanam azam baru dan semangat baru
sebab sem kali ni x kan ada "play2" lagi ar,lepas 4bulan+ terus final
insyaallah akan ku genggam target "4flat" akhir sem2 ni,amin!
cuma yang aku risau,cikgu ict aku cikgu rahim dengan cikgu sukor expect aku agak tinggi=.=
sebab markah ict aku antara tertinggi kat sana dlm batch aku,buat aku rasa gugup sikit dengan harapan dorang>.>
bukan x bagus,cuma jarang orang letakn harapan tinggi kat aku,gugup sikit rasa kalau2 x dpt sampai harapan dorang
ye la,aku kat sekolah menengah dah 2 tahun amik ict,time kat skola dulu ict aku selalu dpt D,C,B dan untuk SPM tu mmg rezeki kot dpt A,sebab blaja pun last minit 2-3jam sblm pekse,syukran2!
then bile masuk sini topic dia lebih kurang dengan kat skola dulu,mesti la boleh bawak
cuma naik sem2 ni,kitorang akan belajar ict untuk programming C++,kata cikgu rahim programming ni susah,dia punya belit2 ada lebe kurang mcm add math,dan antara salah satu faktor asal ramai fail ict tahun lepas,
banyak kod2 programming kena hafal(siapa yang biasa pna tuka layout blog,friendster,myspace atau ape2 dorang mesti tau sikit2)
waduh,gawat camni=.=
harap2 aku boleh bawak programming tu>.>
hmm,aku rasa tu je dulu
aku nak pg sarapan dulu,hehe
ape2 pun,good luck untuk semua dan selamat bercuti untuk yang baru cuti semester!(adeh,mejoriti kampus lain cuti 1bulan>.> xpe2T.T)
hahahaa
sekian dari ku,assalamualaikum~!

(*off topic*ni la design baju ada budak buat untuk budak2 pdt,lawa x?hehe)

Ketenangan


*~KETENANGAN~*




ya,itulah apa yang semua manusia carikan dan inginkan

x kiralah siapa,kanak-kanak,remaja,dewasa,orang tua

semuanya mencari ketenangan dalam hidupnya didunia mahupun diakhirat

kerana ketenangan itu memberikan mereka mereka perasaan tenang dan hati mereka juga tenang,tidak berserabut

terdapat banyak perkara yang membuatkan manusia itu rasa tidak tenteram

dan ini termasuklah diri hambamu ini

kerana hati insan ini juga mencarikan ketenangan
ketenangan yang dpt memberikan ketenteraman kepada hati ini
yang sering kali leka dan lalai
hamba ini sering kali kesali atas kelemahan iman dan hati yang dimiliki olehnya
kerana sering kali teringat-ingatkan akan seseorang yang belum halal baginya

hati ini seringkali tumpas dan tewas akan bisikan ini
namun hambamu ini segera meminta ampun dan beristghfar jika tersedar akan kesilapan ini
kerana hambamu ini tahu bahawa tuhan yang menciptanya maha pengampun lagi maha mengasihani

hambamu ini sedar akan kelemahan dirinya,sepatutnya tidak boleh difikir2kan pekara ini berlebihan
oleh kerana itulah hambanya ini sering kali cuba meningkatkan tahap keimanan dirinya agar tidak terjerumus kedalam cinta nafsu

hambamu ini ingin berkongsi ilmu sedikit ilmu yang diketahui olehnya kepada anda semua

diriku sedar siapa diri hamba ini,namun diharap agar semua ini sama2 kita dapat ambil iktibar dan memperbaiki diri kita,insyaallah!

kita mulakan dengan soal jodoh,kerana persoalan diri ini bermula dari sini

jodoh itu telah ditentukan oleh allah

x kan kemana jika jodoh kamu itu sudah tertulis dengan orang tersebut

manusia hanya perlu berusaha,berikhtiar dan bertawakkalah kepadanya

nasihat hamba ini kepada semua muslimah dan muslimin diluar sana

untuk perempuan muslimah

jadilah anda perempuan muslimah yang soleha,yang sukar untuk disentuh oleh orang yang bukan halal baginya,dan hanya boleh disentuh oleh orang yang mahram dan juga oleh suami yang tercinta

untuk lelaki muslimin

jadilah anda muslim yang soleh,yang menjaga kesucian dirinya,yang menghormati muslimah lain,dan hanya boleh disentuh oleh orang yang mahram dan juga oleh isterinya yang tercinta

anggaplah ianya hadiah untuk bakal suami dan isteri anda yang baik2,bahawasanya mereka sangat menjaga kehormatan dan kesucian diri mereka

sesungguhnya apa yang diatur oleh allah itu adalah yang terbaik untuk kita kerana dialah tahu yang terbaik untuk setiap hambanya

dan jika sesuatu keadaan musibah,kesempitan atau perkara yang tidak diingini berlaku

maka bersabarlah dan anggaplah ianya sebagai ujian

allah mencintai kesabaran dan tidak pernah menarik sesuatu daripada hambanya,tetapi allah memberi sesuatu yang lebih baik kepada hambanya jika hambanya bersabar

(contoh:jika kamu dicaci oleh seseorang dan kamu diam dan tidak membalasnya,maka kamu akan dapat pahala dan kemuliaan)

sesuatu yang dikehendaki oleh allah pasti akan berlaku,maka terimalah qadha dan qadar tersebut dengan redha

dan bagaimana pula jika terasa sedih?

maka janganlah kita merasa sedih,kerana kesenangan pasti akan tiba

allah sangat melarang hambanya berasa sedih(kecuali jika bersedih kerana tidak dpt membuat kebaikan)kerana kesedihan itu mampu membunuh jiwa seseorang dan mampu menggelapkan hati seseorang

apabila kita bersedih,sebaik2nya kita patut berdoa dan murahkan dengan senyuman kerana senyuman itu pasti membuatkan anda rasa ceria

letakkanlah allah sebagai yang pertama didalam hidup kita kerana allah sentiasa berada dekat dengan kita,bahkan lebih dekat dari setiap urat saraf hambanya

oleh itu ingatlah bahawa kita tidak bersendirian

banyakanlah berzikir supaya hati anda sentiasa berasa tenang

jika melakukan kesilapan,beristighfarlah

mohon ampunlah kepada dirinya!sesungguhnya allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani hambanya

berdoalah,kerana senjata mukmin yang paling kuat adalah doa,agar dijauhkan segala perkara musibah dan bencana daripada diri

sesungguhnya allah mendengar setiap doa yang hambanya doakan

begitulah sedikit cara yang hambamu ini tahu bagaimana ingin mendapatkan ketenangan tersebut

ada juga,satu nasheed ini sering kali diri ini mendengarnya apabila berada dalam keadaan sedih,marah,geram,rindu,dan lain2 untuk meredakan hati ini

bagiku,nasheed ini amatlah menenangkan walaupun diulang2 banyak kali

terdapat banyak "version" lagu ini,tapi "version" ini lah paling menenangkan,begitu merdu sekali

tak silap,asalnya nasheed ini sebuah "poem" oleh penyair arab mengenai nabi muhammad(S.A.W)
sila perbetulkan diriku sekiranya diriku ini silap,kerana tidak beberapa pasti dengan maklumat yang ku terima

ape2 pun,harap nasheed ini sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan kepada anda semua x kira sedang senang atau susah

Muhammad al-Husayn - Mawla ya salli wa sallim





ENGLISH TRANSLATION


“O my Lord send peace and blessings upon your beloved (PBUH), the Best of All Creations” [Chorus x2]
“Muhammad (PBUH) is the Prince of this World and the Hereafter”
“And of men and Jinn, Arabs and Non-Arabs”
[Chorus x2]

Nothing deterred you, No defeat no loss!
Until this community of Islam was set among the stars!
[Chorus x2]

“Oh beloved of God, Messenger of God, Imam of the Prophets”
“You journeyed from one sanctuary by night to another sanctuary”
“As the full Moon travels through intense darkness”
“You journeyed from one sanctuary by night to another sanctuary”
“As the full Moon travels through intense darkness”
“And you kept ascending until you reached a position, at a distance of two cubits”
“As had never been attained, nor has been sought”
[Chorus x6]

ARABIC lyric


Mawlaya Salli Wassalim da-Iman AbadanAla Habi Bika Khairil Khalqi Kullimi
[x2 (WHOLE VERSE)]

Muhammadun Sayyidul Kawnayni Wa-Thaqalain
[x2]

Wal-Fareeqaini Min Urbin Wa Min-Ajami
Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan
Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kullimi
[x2 (WHOLE VERSE)]
Huzita Fil Lahilam Tuhzam Wa-Lam Tahimi [x2]

Hataa Ghuwadad Ummatal Islami Finujoomi
Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan
Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kullimi
[x2 (WHOLE VERSE)]
Habibullah Rasoolullah Imam-al Mursaleen
[x2]Saraytan Haramin Laylan Ila Haramin
Kama Saral Badru Fitajin Minazulamin
[x2 (WHOLE VERSE)]
Wa-bitatan Qaila Anil Taminzilatan [x2]
Min Qamiqaw Sayinal Tudrak Wa-lam Turami
Mawlaya Salli Wassalim da-Iman Abadan
Ala Habi Bika Khairil Khalqi Kullimi

Bercuti ke Melaka~



assalamualaikum!
apa khabar anda semua?
aku harap,anda semua sihat2 saja ok:)
hm,kali ni,aku nak kongsi sikit ape yang aku buat cuti semester 2minggu ni
1family aku ikut ayah aku pg meeting kat melaka negeri bersejarah,tmpt aku blaja sana,hehe
kitorang pg sana pada hari selasa sampai rabu je,kejap je
sampai sana pun dah malam
tp dalam masa 2hari tu la smpt gak mak,adik,dan aku pg merayau tgk bandar melaka bersejarah ni time abah ada meeting kat melaka malam selasa tu dan kat kl rabu pagi tu


(pemandangan dari bilik hotel aku,x jauh rupanya dari melaka central,yang kuning tu la jusco baru)
melaka dengan jb x jauh mana,3jam je dah sampai
dah biasa pergi sana pun,tp aku masih x tau lg bandar2 dia ada apa
pagi2 tu kitorang bangun,siap2 terus pg makan kat tmpt makan hotel
mula2 tgk mmg pelik gak,ramai semacam je orang,ramai melayu tu,tp pk2 cuti skolah lom mula lg
jap lg pas abes makan,kitorang round hotel tu rupa2nya ada seminar,ada 5-6syarikat yang buat sort of mcm seminar kat situ,no wonder ramai orang,huahaha

(ni la ceiling kat lobby tu,nampak mcm kubah kan?bile tgk mmg rasa tenang je:) suka dengan design dia )

(mcm x pna jumpa beca,huahaha)

lepas abes pusing 1hotel tu,kitorang pun balik bilik
kemas2 beg untuk check out,pkl 1 tgh hari kitorang solat jamak zohor dgn asar pastu baru keluar check out
time tu abah lom abes meeting lg,pkl 6ptg baru abes
jd kitorang letak beg luggage kitorang kat tmpt beg dia,pastu kitorang amik teksi pg bandar dia,hehe
x pg mana pun,pg dataran pahlawan dengan afamosa je(sbb sebelah bangunan dataran pahlawan tu je)
sampai sana aku tgk ramai budak2 sekolah
ye lah,dah pkl 1+,byk skola baru abes
zaman sekolah aku dah lepas,tgk dorang semua teringat kembali zaman persekolahan aku dulu
tergelak gak aku tgk gelagat budak2 sekolah,haha,biarlah mereka
asalkan mereka jangan biarkan zaman persekolahan mereka dgn sia2 sudah:)
dekat dataran pahlawan sana,aku terpaksa ikut mak dan adik aku pg beli shopping barang2
kalau perempuan dah shopping,paham2 je la mcm mana,terpaksa la ikut je,hehe

(lama seh x rasa,dekat 2abad kot)
pkl 3 ptg baru la kitorang makan lunch
mmg lapa time tu,time tgh jalan2 nak cari tmpt makan,aku ternampak kedai "A&W"
sesuatu yang mengejutkan,dulu time aku kecik2 parent aku selalu bawak pg makan sana
aku ingat lg ada skali dapat free tape citer kartun chipmunk time mkn sana,haha
tp skrg kat jb dari aku umur darjah 3 kot dah x de langsung kat jb ni,dgr2 muflis ke ape gitu
jd sbb nak ingat mcm mana rasa makanan dia,aku rasa x salah makan skali skala,so aku ajak mak aku mkn sana,haha
agak rindu aku dgn "A&W" ni,huhu

(berehat sebentar~)

habis makan kitorang round lagi
besar rupanya dataran pahlawan ni,banyak tmpt yang kitorang x lalu lg sblm ni
aku tgk banyak gak budak2 sekolah dari negeri lain yang buat lawatan kat sana
ada budak sekolah menengah dan juga budak sekolah rendah
jauh2 semuanya datang,negeri sembilan,dan lain2
habis pusing aku ternampak bangunan "a'famosa" kat salah satu pintu masuk dataran pahlawan ni
baru aku tau kat situ rupanya,sblm2 ni aku x pna pg dan x tau kat mana,ahahaha,kasihan aku=.=
or aku rasa dulu time aku kecik2 pnah kot pg sini,cuma x sure je
jd kitorang pun pg la sana
amik gamba sana sini,hehe
pelancong2 luar negara pun x kurang ramainya,omputih ada,taiwan ada,semua ada la!ahaha
ada sorang tourist taiwan ni dia tlg amik gamba kitorang bertiga kat sana
mula2 aku x tau lak dia dari taiwan,ingat orang cina malaysia je,eheh,sala rupanyaxD


(segak x aku?ahaha)
(ni la gamba yang orang taiwan tu amikan)
abes pusing afamosa dlm pkl 6ptg+ kitorang pun balik ke lobby hotel dgn teksi
huhu,kat sana time kitorang tgh ddk2 kat lobby tunggu ayah aku balik
tetibe 1group tourist datang masuk kat hotel tu,ramai gak la,dari lenggang je keadaan lobby tu terus riuh semacam je,hehe
dlm ramai2 tu,mak aku ada perasan ada tourist taiwan yg tlg amik gamba kat afamosa tu ada skali kat situ
kitorang pun borak2 sana,hehe
mmg x jangka jumpa balik,kawan2 dia lagi la,pelik mcm mana kitorang boleh kenal diaXD
ahaha
habis borak dia pun check in hotel pastu ikut group dia naik atas
x lama pastu ayah aku pun sampai,terus angkat beg masuk van pastu terus balik sbb dah maghrib pun time tu
sampai rmh around pkl 11mlm mmg ayah aku lepak btl,ye la,straight balik meeting kat kl terus drive balik jb
huah,mmg penat>.<
nak tuka orang bawak kereta lom ada lesen lagi,tgu thn depan la,hehe
begitula alkisahnya cerita mengenai cuti ku sempena semester ni,x de la ddk rmh je,cuti semester pun dah nak abes,isnin ni dah mula kelas,huhu
sekian saja dari ku takat ini:)
moga kita jumpa lagi di lain post
assalamualaikum~!

(mak dengan abah:) sempat gak amik gamba,hehe,romantik?XD)

Harimau yang beriman

Harimau Yang Beriman~(roarr~!)
"Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan
untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia
berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan...KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.
HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini...Ampunilah aku ya Allah... makbulkan hajat ku ini... jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman... tolong la ya Allah! Aminnn..
"Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.Tiba-tiba....Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin..
(hehe,pengajaran:jangan ponteng solat jumaat!sumber dari Matricity forum)

Tips Belajar Dari Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(part 2)

Tips Belajar Oleh Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(Part 2)
sambungan dari yang pertama:)




Tip 41

Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental

Tip 42

Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam

Tip 43

Pelajar dapat mengingat sehingga 90% bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan membaca

Tip 44

Cari tempat tenang untuk belajar.Elakan muzik semasa belajar

Tip 45

Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu

Tip 46

Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran

Tip 47

Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda.Tetapi cuma 20% pelajar yang belajar menggunakan peta minda

Tip 48

Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat

Tip 49

Orang yang bergembira tidak semestinya tersenyum.Tapi orang tersenyum pasti gembira

Tip 50

Apabila anda sudah biasa membuat silap,apa yang betul terasa silap dan silap terasa betul

Tip 51

Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk jadi cemerlang

Tip 52

Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan,justeru carilah kawan yang positif dan cemerlang

Tip 53

Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki

Tip 54

Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikir positif

Tip 55

Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif

Tip 56

Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan postif walaupun kecil,hari ini juga

Tip 57

Dengan mendidik orang lain,kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat

Tip 58

Semua penyakit ada ubatnya.Ubatnya ada dalam diri kita

Tip 59

Buatlah kebaikan atau peubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin kita yang terakhir di dunia

Tip 60

orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan

Tip 61

Apabila anda berani mengaku salah,itu tanda anda semakin bijaksana

hehe,semoga tips2 ni dapat membantu anda menjadi pelajar yang cemerlang dan good luck kepada yang akan amik peperiksaan SPM x lama lagi:)






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Potong!

(ta-da!dah hijau balik dah!:) potong-potong-potong!)
salam semua!
huah,finally modem p1max ku dah kembali normal
dekat 3-4hari modem ku rosak secara tetiba je=.=
patut la x dpt signal ape2 pun
lepas tukar baru lah okey kembali,hehe
dan pc ku sekarang baru ok dari "black screen" aritu
nasib baik boleh restore desktop,kalau x kena hantar kedai la jawapannya,syukran2>.<"
anyway,hari sabtu lepas mmb aku dak Kids(firdaus) dari melaka dengan dak mukmin dari negeri sembilan datang jb lawat kitorang
sabtu tu dorang tdo rumah dak syaliman,and then ahad lak tdo rmh aku


sementara tunggu dorang sampai kat jusco tebrau,aku join skali tgk disney fashion show?ahahaha

saje2 je tgk gelagat budak2 kecik,hehe

and then x lama pastu baru lah dorang sampai

kitorang pusing2 je,x beli barang sangat,sbb..paham2 je la,jusco tebrau sana harga dia pun lawa2 sana,dekat rm100+ semua,ishk,nangis tgkT_T

jd kat sana kitorang pun pg la kat tmpt arcade


(dak mukmin tgh racing)
abes arcade kitorang pg tgk wayang lak
x banyak citer best,agak blur gak kitorang nak tgk citer ape time tu,ahaha
last2 pilih citer "ninja" eh,kata mukmin mmb dia ckp best
tp pas tgk aku rasa,ok la kot,action dia agak ok,lain2 byk gak kalau diikutkan x logic cter tu,tp biasa la tu movie,gelak2 kitorang tgk,huahaha




sebelum balik singgah kedai buku harris dengan kedai roti untuk makan ramai2 kat rmh

akhirnya dpt gak aku beli buku ni,ketika cinta bertasbih volume 1

baru baca sket je,sampai bab 3,tp mmg best,citer dia teratur je,dgn bahasa yang dia guna,best untuk dibaca,terasa nak sambung je baca jap lg,hehe

malam tu kids dengan mukmin tdo rmh aku kitorang borak2 dan tgk movie

esok petangnya ayah aku hantar dorang ke bus stop larkin sbb dorang nak pg ke pasir gudang rmh mukmin lak

huih,mekasih ya sebab sudi datang rmh aku!

lain kali aku lak datang rmh korang,ahaha

Tips Belajar Dari Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(part 1)

Tips Belajar Oleh Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(Part 1)
sama2 kita amik iktibar okey?:)

Tip 1
Tuhan Mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.Bertindaklah dengan cemerlang
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar.Kita sekadar tahu apa yang kita lihat.Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikan
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau mengajar orang lain,kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif
Tip 7
Di dalam dunia ini,cuma kita berupaya mengubah diri sendiri
Tip 8
Apabila kita berubah,semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada kita sendiri.Kita yang patut menyelesaikannya
Tip 10
Segala Kehebatan sudah ada dalam diri kita.Sekadar menanti untuk diserlahkan
Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan yang luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa
Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang
Tip 13
Kejayaan=Hidayah+ilmu+Amal+ikhlas+istiqamah+berterusan secara positif
Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan
Tip 15
Kegagalan adalah melakukan sesuatu ataupun dua kesalahan berulang kali
Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayangi kepadanya
Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya
Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu
Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapatkan keberkatan ilmu
Tip 20
Sayangi,bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan pembelajaran
Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda
Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya,cerdas otaknya,sihat badannya,cun wajahnya dan ramai kawannya
Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kita untuk menjadi pelajar terbilang
Tip 24
Jadikan diri anda sebagai "besi berani" yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda
Tip 25

Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda

Tip 26

Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah
Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah

Tip 28

Orang cemerlang menunjukkan hasil.Orang gagal memberi alasan

Tip 29

Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda
Tip 30

Tuhan bertindak seperti mana yang difikarkan oleh hambanya
Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia
Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini.Justeru,jadilan insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi
Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak,adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung
Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan.Dirikan Sembahyang lima waktu dengan istiqamah

Tip 35

Pelajar yang ingar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang

Tip 36

Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu

Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan senstiasa ceria dan bersemangat Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas,hebat dan dapat membakar semangatnya
Tip 39

Pelajar yang cemerlang mahir dengan stratergi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar

Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri