akhirnya dapat juga ku tonton!



salam!
antum antumna khaifahaluka?(tuan2 dan puan2 sihat?)
ana bikhairi(saya sihat)
haha,itu je lah beberapa perkataan arab yang basic yang aku tahu
ana harap antum antumna semua sihat2 belaka
bukan ape,tadi akhirnya aku dah abes tgk citer "ketika cinta bertasbih"
terasa gak nak cakap arab(walaupun x pandai ckp arab,haha)
actually,hari selasa lepas aku dah tgk dah kat campus aku,tp aku kurang puas hati sbb tgk kat laptop dan bilik kawan aku tu ada bising2 buat aku x puas tgk
td tgh hari baru je abes tgk untuk 2nd time dgn family kat tv pas sambung wayar cabel dari laptop ke tv,ha baru mcm wayang tgk!
ternyata,cerita tu sememangnya best,jalan citer dia,begitu "solid" sekali dengan message yang ingin disampaikan,percayalah,cerita ni bukan seperti cerita2 lain
1 family aku puas hati tgk,ni pun skrg ni mak dan ayah aku tgk balik citer tu kat bawah skrg ni
cerita ini begitu islamik dari awal sampai akhir
korang ssh nak jangka apa akan jadi dalam citer tu,erm,at least tu ape yang aku rasa
hinggakan kat satu part citer tu,aku menangis tgk citer tu
mmg sedih tgk sahabt Mala tu,btl aku x tipu,aku x kan spoil ape2 kat sini,korang tgk la sendiri
sungguh sedih
hinggakan kalau aku tgk balik sudutan video kat part citer tu,mata aku akan berkaca2 tgk
selain tu citer ni gak banyak guna bahasa arab dan tempat lakonan dorang mmg kat egypt mesir,antaranya alexenderia dan cairo,pemandangan bumi mesir sememangnya indah
cara pengambaran citer ni gak mmg bagus,ade gak ala2 cam kat citer nur kasih tu(aku x ingat nama dia,"cinematography"eh?)
satu lagi yang aku tabik kat citer ni ialah,semua pelakon2 dia x silap aku semua "actor" dan "actress" baru yang dipilih melalui uji bakat untuk citer ketika cinta bertasbih ni
semasa credit citer ni,dorang tunjukan sesi pemilihan pelakon citer2 ni
mmg detail dorang test,dari cara jalan,gaya cakap,gaya sujud(solat) dan mungkin skali kefasihan bercakap bahasa arab
sedangkan aku ingat semua tu pelakon2 terkenal indon,tp ternyata semua tu pelakon baru
mmg kagum kerana semuanya seperti pelakon lama yang dah berpengalaman


untuk cerita nur kasih lak,hari jumaat(semalam) pun akhirnya siri tu baru habes ditayangkan di tv3
aku puas hati dgn ending dia,tp mungkin ada kurang phm sbb last week nye episode aku terlepas sebab keluar dgn classmate kat bandar melaka,x smpt nak tgk last week nye episode kat internet
kesamaan citer nur kasih ni dengan ketika cinta bertasbih ialah kedua2 citer ni islamik,dan berunsurkan kekeluargaan,tapi kalau nak dibandingkan dengan jalan cerita,sememangnya lain dan berbeza,sangat berbeza!
percayalah
tetapi kedua2nya tetap best,dan x ada kurangnya untuk kedua2 citer ni sbb masing2 ada jalan cerita dan message yang ingin disampaikan,moga2 message itu dapat disampaikan kepada semua penonton

anyway,ape2 pun,aku "look forward" untuk tgk sambungan movie ini iaitu ketika cinta bertasbih2,kat indon dah ditayangkan september lepas,jadi aku rasa x lama lg keluar la tu ruang download dia,kalau mau tunggu dvd nya sampai di malaysia,mungkin lama lagi,kalau dah sampai sini baru dibelinya,huhu
ape2 pun,kalau ada yang tgh bosan2 cuti ni x tau nak buat ape,ape kata antum antumna pg la tgk citer tu,ada kat youtube dah skrg ni,search je keyword ketika "cinta bertasbih"
sekurang-kurangnya,hilang la jugak rasa bosan anda betul?hahaha,promote2=))
tapi pas tgk kat youtube tu,belilah dvd original dia okey bila da sampai kat malaysia,wahaha
walaupun x de subtitle,tp percayalah,70% perbualan dlm citer tu mudah difahami hehe,ok,itu saja dahulu dari ku
esok dah nak balik campus
selasa(1 december 09) result ujian semester kuar,uwaaa!!
doakan aku dapat result yang cemerlang ya!T_T
sekian dan semoga kita bertemu lagi
assalamualaikum~!





Trailer cerita Ketika Cinta Bertasbih buat sesiapa yang belum tahu lagi kisah mengenai apa movie ini,harap anda semua terhibur ya!:)