Archive

Archive for January 2012

1 Litre of Tears..Appreciate your life...

Assalamualaikum

real Kitou Aya at highschool

"im only 15years old,why did this disease choose me?"
"what is my purpose in life?"

itulah kata-kata yang selalu disebut oleh Kitou Aya,dalam 1 Litre of Tears..

kisah ni merupakan kisah benar yang menceritakan perjalanan hidup Kitou Aya berdasarkan diari yang ditulis oleh dirinya sebdiri bagaimana dia mengharungi cabaran hidup yang dilaluinya..
bayangkan,semenjak kecil hingga berumur 15 tahun,kelihatan semua sangat normal,berjalan pergi ke sekolah,berlari-lari dengan kawan di gelanggang basketball,dan rutin harian yang lain seperti mana pelajar sihat akan lakukan..
namun semuanya berubah dalam sekelip mata apabila disahkan mendapat penyakit
"spinocerebellar Degeneration"

spinocerebellar Degenearation ni berkait rapat dengan urat spinal cord kat kepala kita ni,rosak spinal cord ni boleh jadi lumpuh sebab kat sini la signal-signal segala aktiviti badan kita akan disampaikan kat otak..

dari pelajar yang sihat,dalam sekelip mata bergelar sebagai orang kurang upaya(OKU)..bagaimana agaknya perasaannya?
diari ini pada asalnya ditulis bertujuan untuk menulis segala kesukaran yang dihadapi dirinya ketika penyakit ini "develop" dalam dirinya,untuk dianalisis oleh doktor untuk mencari penawar,namun hari demi hari,tulisan didalam diari bukan sekadar menulis mengenai penyakit dirinya,kitou aya berkongsi kisah hidup suka duka didalam diari tersebut...

cheerfull real Kitou Aya -18years old-


sejujurnya,aku rasa kagum dan pada masa yang sama rasa malu dengan semangat kekuatan yang dimiliki oleh diri ku ini..

sebagai orang Islam,kalau kita baca kembali persoalan yang selalu tertanya-tanya oleh Kitou Aya iaitu

"im only 15years old,why did this disease choose me?"
"what is my purpose in life?"

kita sudah tahu bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya,namun,apakah yang kita lakukan didalam rutin harian kita?

"kita" yang aku maksudkan adalah orang-orang yang bernasib baik yang diberikan nikmat kesihatan untuk bergerak bebas kemana kita kehendaki..namun,sejauh manakah kita manfaatkan nikmat kesihatan yang dipinjamkan ini?sedangkan,jika kita mensia-siakan nikmat kesihatan yang diberi ini,masih ramai lagi yang lebih layak daripada kita untuk merasai nikmat ini,masih ramai yang kurang bernasib baik,hanya mampu melihat dari jauh nikmat kesihatan yang dimiliki oleh orang lain..

keluarga Kitou Aya dalam drama 1Litre of Tears


seperti aku yang telah hidup hampir 21tahun..jika dilihat kembali kebelakang,apa yang sebenarnya yang telah kita telah lakukan sepanjang 21tahun ini?
adakah kita hanya sibuk berhibur,keluar dengan kawan-kawan untuk shopping dan tengok wayang,check facebook kita untuk tahu ape yang dilakukan oleh kawan kita walaupun kita baru bersembang di telefon sebentar tadi?
berbanding dengan sumbangan yang kita berikan,adakah kita lebih banyak menymbang kepada masyarakat perkara-perkara positif atau kita lebih kepada tidak mengendahkan keadaan di sekeliling?


Nabi S.A.W telah mengingatkan kita mengenai perkara "5 before 5"..iaitu
"muda sebelum tua"
"sihat sebelum sakit"
"kaya sebelum miskin"
"lapang sebelum sempit"
"hidup sebelum mati"


benarlah seperti peringatan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad S.A.W...

Sesuatu untuk direnung untuk semua..
Kitou Aya,walaupun dihadapi penyakit yang tiada penawar..dimana kebolehan dia untuk berjalan,bercakap,dan melakukan rutin harian semakin hari semakin sukar untuk dilakukan..
walaupun begitu,dia masih tanamkan cita-cita untuk membantu orang lain..dan hasilnya,kisah kehidupannya yang penuh dengan kata-kata postif walaupun ada penyakit yang tidak ada penawarnya,tersebar ke seluruh dunia dan menjadi inspirasi kepada ramai orang yang membacanya..

Kitou Aya(tengah)dan keluarga,gambar sebenar


peganglah erat-erat ingatan yang telah diberi oleh Nabi kita,supaya kita tidak terus terleka..mungkin sekarang ini kita beruntung dan sihat,namun paling tidak,umur kita semakin meningkat,dan keupayaan yang biasanya kita boleh buat sekarang ini akan ditarik sedikit demi sedikit..
sumbanglah sebanyak yang mungkin untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat sekeliling kita,paling tidak pun,kata-kata positif kepada orang lain..
seandainya semua orang berfikiran begitu,dunia ini akan lebih indah dengan kehadiran insan-insan seperti ini..

ingatlah Allah S.W.T telah mengingatkan kita dimana hari demi hari kematian itu semakin dekat,namun manusia tetap leka dan terus lalai tidak menghiraukan hari penghitungan yang akan dihadapi oleh mereka kelak..

penyakit Spinocerebellar ni akan menyebabkan pesakit semakin lama semakin hilang keupayaan untuk berjalan,bercakap,makan,dan akhirnya akan terlantar di atas katil..


janganlah kita jadi golongan orang yang rugi..

sayangilah diri sendiri,jangan cuba membenci ape yang telah dicipta oleh Allah pada diri kita,setiap orang ada keunikan masing-masing..Kitou Aya,walaupun beliau menghidapi penyakit kronik dimana kelebihan untuk melakukan rutin harian ditarik sedikit demi sedikit,namun beliau boleh terima hakikat dan sayangi diri sendiri,apetah lagi kita yang sihat sejahtera ini,tiada alasan untuk kita tidak sayangi diri kita,jangan terlalu banyak komplen mengenai kehidupan kita ini sedangkan masih ada yang lebih tidak bernasib baik berbanding kita,anggaplah apabila kita melakukan kesilapan,bukan bermakna ia merupakan hari kiamat buat kita,ia menunjukan kita ini manusia yang normal apabila kita melakukan kesilapan,jadi tidak perlu kita untuk membenci diri sendiri kerana kekurangan atau kelemahan yang dimiliki,sesetengah perkara mungkin kita boleh perbaiki,namun perkara yang tidak boleh diperbaiki,terimalah dengan seadanya..dengan ini kita akan lihat dunia ini di sudut yang lebih positif dan lebih cerah lagi,ibarat matahari yang bersinar-sinar

sepekara lagi yang aku suka mengenai cerita ini adalah,cerita ini tidak menyelitkan unsur-unsur pervert atau eye candy dalam cerita ini,kamu akan dapat rasai bertapa ikhlas krew-krew ni nak menyampaikan message yang ditulis oleh Kitou Aya ini..

aku berdoa supaya sebelum Aya meninggal beliau dapat hidayah disaat-saat sebelum beliau meninggal..kerana banyak sumbangan inspirasi yang telah diberi oleh Kitou Aya
kepada sesiapa yang kurang bernasib baik.."keep on living and never give up"

setiap kejadian ada hikmahnya,Allah meletakkan kita di sesuatu tempat bukan kerana tidak bersebab,cuba renungkan dan perhatikan betul-betul,mengapa Allah letak kita dalam keadaan kondisi sedemikian,inshaallah pasti ada sebab dan tujuan yang perlu kita lakukakan,seperti Kitou Aya,walaupun beliau tahu peluang baginya untuk terus hidup sangat tipis dan seolah-olah tiada harapan,namun beliau tetap sumbang dengan membantu dengan menyedarkan orang lain bahawa mereka yang menghidapi penyakit yang kronik tidak bersendirian,masih ramai lagi orang di luar sana yang menghidapi penyakit yang sama,bahkan lebih teruk lagi..

setiap orang pasti ada message yang bermakna untuk dikongsikan,jadi teruskan usaha dan jangan putus asa dalam kehidupan ini!



"perkara yang aku sangat kagum mengenai orang yang sakit adalah orang yang sakit boleh melihat perkara yang tidak boleh dilihat oleh orang yang diberi nikmat kesihatan"
-me-

diari 1Litre of tears..