Archive

Archive for May 2010

8 dan 9 mei

assalamualaikum!

ada apa dengan 8 dan 9 mei 2010 kali ni?
aku rasa weekend kali ni banyak sekali event yang berlaku
nak tau ape dia?
antaranya.....

of course,hari ahad ni,sape tak lupe kan?
dah tentu Mother's day!
hari yang disambut untuk mengenang jasa ibu-ibu diseluruh dunia~~
kena ingat jasa pengorbanan ibu kita
jadi jangan lupe tunjukn rasa terima kasih kepada ibu korang
sekadar ucap "terima kasih" dah memadai,certain things are better to said right?"(gak nya la gitu ayat dia,heheh)
dan dah tentu family aku tak terlepas nak sambut hari ibu ni gak
ahad ni kitorang akan sambut kan belakang kawasan rumah nenek yang kitorang bersihkan tu
dah banyak lain dah,hehe
nak tengok?stay tune untuk hari esok ya~~

okay next
perkara yang berlaku dalam weekend ni
dah tentu,untuk peminat2 formula1,dorang tak kan lupa tarikh esok(9mei2010)
ada race formula1!yeah!
tak silap aku,somewhere...kat,,,europe gitu,aku tak ingat
tapi seingat aku memang tarikh race dia 9mei,sehari sebelum balik matrik,haha

dan seterusnya
karnival sua ria tv9 tu,kebetulan ada kat johor bahru hari minggu ni kat angsana
aku tak minat karnival2 ni,cuma tertarik je ada satu karnival anjuran tv9 yang ada kat kelantan
tak pasti karnival ape,tapi bukan karnival sua ria ni aku rasa..

next
8mei2010
aku dapat rasa gak tolong jaga kedai ddk kat gerai luar seminar
dah lama aku tak rasa jaga kedai2 ni jual barang
last sebelum ni time form4 tahun 2008 kat msab dulu,2tahun gitu

dan lastly~~~
jeng3
hehe,ape gaknye eh?
okk,aku tak nak buat suspend2 kat sini
straight forward aku cakap...
jangan terkejut.....
8 dan 9 mei...............
~~~~~
aku tengok citer my name is khan buat kali ke tiga pada hari 8mei,lol
cant help it,minus the kontroversi
aku suka dengan jalan cerita,emosi,character,dan semuanya lah!
infact,gamba dan sound dalam cerita tu memang sangat terang
dan watak shahrukh khan dengan kajol agak romantik gitu
cinta seorang wanita biasa terhadap seorang lelaki yang agak luar biasa(sebab asperger sindrom)
cerita ni buat aku "fall in love" kepada cerita bollywood,lol
luar jangkaan,heh
next bollywood movie aku nak tengok maybe citer 3idiots

dan bila dikirakan kesemua yang aku sebut,ada 5 benda yang jadi time weekend ni,lol
agak menarik:)
hmm,ok,aku rasa takat tu je dulu
insyaallah,ape2 aku akan update esok sebelum bertolak pergi ke matrik
assalamualaikum!

Matahari Terbit Di Barat


Assalamualaikum!
kat sini aku nak kongsi sket bersama korang mengenai petikan akhbar ni
petikan akhbar ni aku terjumpa semasa baca blogger2 kat sini
tarikh akhbar dibawah ni ialah 9 April 2010

-click gambar untuk gambar lebih jelas-


Matahari terbit dari barat
tidak asing lagi perkataan tersebut
kerana itulah tanda2 besar kiamat
apabila terjadinya kejadian tersebut,maka segala pintu taubat akan tertutup
tanda2 kecil telah pun banyak berlaku
persoalannya
bersediakah kita?
cukupkah bekalan kita untuk menghadapi alam seterusnya?
terselamatkah kita daripada azab siksa api neraka?
fikir2 kan lah
sama-samalah kita muhasabah diri kita sebelum terlambat...


My name is Khan


assalamualaikum~!
apa khabar korang semua?
harap korang sihat2 je selalu:)
semalam aku baru je tengok citer "My name is Khan"
memang menarik citer ni!
agak sedih kat jb tak tayangkan cerita ni
yes aku tau cerita ni dah kuar sejak bulan febuari,semalam baru kesempatan tengok
entah kenapa susah betul cari cd ni
dah lama aku nantikan citer ni,akhirnya dapat gak tgk!
citer ni pasal sorang ni nama rizvan khan
dia ni berbeza dengan orang lain,sebab dia ada sindrom...sindrom ape aku tak ingat=.=
senang kata dia ni tak boleh faham ekspressi orang kalau orang tu tak ekspress
walau macam tu pun,mak dia percaya yang dia ni ada "talent" yang orang lain tak ada
dan ternyata,si rizvan khan ni memang bijak orangnya,senang ingat sesuatu benda,kalah orang biasa,fuh memang tabik!
aite,okk tu sedikit cerita pasal watak utama dia
pasal storyline lak citer ni pasal kehidupan orang islam sebelum september 11,dan selepas kejadian tu
banyak dugaan dorang hadapi
ohh,of course aku tak kan letak ape spoiler ape jadi,nak tau ape jadi pegi tengok!:)
bagi aku,cerita ni memang ada strong message yang nak disampaikan
terharu aku tengok citer ni,bwahaha
bukan ape,kalau korang tak tersentuh tengok usaha rizvan khan tu aku tak tau la
dah la cerita tu hampir 3jam,around 2jam 40minit boleh sampai aku rasa
sebab aku tengok dari pkl 11.35malam,abes pkl berapa nak tau?
pukul 2.15baru abes,lama tak cerita ni?
dan dalam 2jam 40minit tu,takde part yang bosan gitu,flow storyline dia sangatlah smooth gitu~
selain tu acting shahrukh khan dengan kajol memang best!
watak dorang nampak sangat hidup
nampak romantic pun ada,cewah!xD
hehe
tapi,aku rasa still ada kelemahan kat cerita ni
beberapa isu yang aku tak beberapa faham........

actor shahrukh "khan",ada slang sket,"khan"xD

salah satu isu dia,pasal rizvan khan ni kahwin dengan orang hindu?
erm,ok wait,rizvan khan tu islam,dan Mandira tu pula orang hindu?
dan dorang kahwin tanpa mandira masuk islam?
okay........
anak mandira tu agama ape?aku tak jelas sangat dalam movie ni........
agak kontroversi sket kat sini
tapi bagi aku,aku try anggap yang si rizvan khan tu tak tau pasal ni sebab penyakit dia sindrom ape tah,dan lagipun mak dia ajar yang dalam dunia ni tak kira agama ape, ada dua jenis manusia je,manusia baik dan manusia jahat
mungkin director dia tak tau benda ni tak boleh dalam islam,tapi..kat india,aku terbaca ramai kat india yang kahwin macam ni,contoh suami islam,isteri hindu?
erm,wallahualam
aku tetap dengan pegangan aku yang kalau nak kahwin dengan non-muslim kena convert masuk islam dulu,untuk kebaikan satu keluarga,anak pun tak de la half agama lain half agama lain
selain tu,ada isu lain gak
isu isteri abang rizvan khan kena tarik tudung dia,pastu suami dia suruh jangan pakai dulu benda ni buat sementara waktu?dia cakap "allah will understand this"
ni aku tak tau,boleh ke tak,sebab dorang anggap macam darurat?nyawa dorang pun terancam
boleh ke tanggalkan?=.=
aku rasa tak boleh right?kena siksa macam mane pun,kena tetap dengan ajaran dan suruhan agama islam
tapi dalam movie ni nanti dia ada terangkan la,agama ni tak ikut condition,orang dan tempat(lebih kurang gitu)
oh well


actress kajol

selain daripada tu movie ni sangat lah bagus!
korang akan perasaan ada "deep message" yang nak disampaikan dalam movie "my name is khan"
keseluruhan cerita ni boleh diterima oleh logik akal dan sedarkan orang yang "terrorist" ni tak da kena mengena dengan agama islam
terrorist ni ade gak yang beragama chrstian,hindu,buddha,islam dan lain2
bergantung kepada orang tu sendiri jadi orang baik ataupun jahat
ade gak orang islam yang baik,ade gak orang islam yang jahat,ada gak orang christian baik,ade gak yang jahat,dan lain2
jadi jangan senang2 lebel sesuatu kaum atau agama sebagai "terrorist"
aku harap sedikit sebanyak filem ni dapat sedarkan pemikiran orang yang ignorant,insyaallah!
bagi sesiapa yang lom tengok,aku cadangkan korang belilah cd ni kat kedai cd berhampiran
mengenai isu yang aku bincangkan tadi,masing2 sekarang dah boleh fikir mana baik,mana salah
jadi aku yakin korang boleh fikir dah
cuma untuk kanak2 yang belum baligh,aku syor ada bimbingan orang dewasa takut tersalah faham lak
ape2 pun,harap korang enjoy tengok trailer kat bawah ni
antara trailer yang "excellent",hua3


sebelum aku akhiri post aku,bagi sape2 yang nak bagi comment pasal cerita ni dialu-alukan:)
tak kisah la pasal character,storyline,isu dan lain2
hehe,sebelum aku akhiri aku nak cakap

"my name is hakim,and i am not a terrorist"

sekian saja dari ku
assalamualaikum!