Archive

Archive for July 2011

Holiday to indonesia~♫


assalamualaikum!
bulan lepas,aku dan family aku ade pegi bercuti ke medan,indonesia
trip ni kitorang pergi selama seminggu
terus terang aku cakap,ni first time aku ke luar negara
walaupun duduk kat johor bahru,tapi ni la first time pegi luar negara,singapore pun aku tak pernah jejak lagi

parent aku dah 2-3kali gak pergi medan sebab nak melawat abang aku belajar kat sana
memandangkan tahun ni dia tahun akhir,jadi kitorang pg bercuti sana untuk seminggu

first day kitorang sampai kat medan pukul 10pagi tak silap
amik flight dari senai>klia>medan
sampai je kat lapangan terbang medan,ade orang agensi pelancongan dari sana sambut kitorang(abang aku dah uruskan awal2)
memandangkan kitorang dah lapar,jadi abang tu bawak kitorang pg makan

ni la makanan dia,aku tak beberapa ingat nama dia=.=
tapi ade gak kat malaysia,cuma rasa dia lain,ni baru masakan indonsia ori
abes makan kitorang terus round bandar medan,time ni abang aku kat tempat praktikal dia lagi
lom abes shift


sampai kat pasar ikan,aku difahamkan pasar ikan ni dulu ramai orang jual ikan
tapi sekarang ni dah x de da
yang ade banyak baju2+souvenir



mak abah beli baju batik
1st day kitorang tak beli banyak sangat(kot..)
baju batik,kain pelekat,dan souveneir sket
habis "window shopping",kitorang pun pg amik abang aku kat hospital dia praktikal,pastu terus bertolak ke beras tagi,perjalanan dari medan ke beras tagi amik masa 1jam+
mendaki bukit..jalan je lebih kurang mcm ke cameroon highland,pening..

tengah on the way ke beras tagi kitorang singgah makan tengah hari
kat resotran terang bulan
aku tertarik dengan signboard restoran ni,somehow aku rasa unik
kat sini,kalau nak makan kat restoran,kena ada sign "rumah makan muslim" baru boleh makan
tak kira la kawasan bandar @ kampung,mane2 restorang muslim mesti ade sign ni
tak boleh main terjah je makan kat restoran mane2
sebab kat sini ramai beragama islam,kristian,dan lain2
rupa melayu,tapi tak semestinya islam,ade gak yang beragama kristian,tu yang boleh confius tu
kat malaysia,keadaan dia cam kurang ketara,nak makan kat restoran mane2 pun boleh kata 100%halal(except tmpt2 tertentu)
jadi aku memang bersyukur sebab tinggal kat malaysia
sebab senang nak dapat makanan☺


cara serve makanan pun agak unik
dorang kurang makanan goreng2 ni
lebih kepada makanan berlauk
jd nt kalau ada customer,dorang letak makanan dalam pinggan2 cam atas ni pastu pilih la nak makan mane
habis makan nt dia kira2 yang mane kita makan
sebab dah penat,jadi kitorang terus ke hotel dekat2 kawasan ni gak,on the way ke arah berastagi(aku tak ingat name ape)
tempat kitorang menginap nama dia Hill hotel
serious cantik tempat dia!
kalau dari luar,masuk ke kawasan hotel ni,macam ade kat tempat lain
macam kat luar negara(er..memang kat luar negara pun sekarang)
sejuk+cantik tempat dia,sesuai la kalau nak bercuti dengan family
atau sape2 yang nak honeymoon,boleh datang sini,haha

pemandang hill hotel,serious cantik weh!


ada swan lagi

burung ostrich eh nama dia,jarang bole jumpe dekat2 camni

pemandangan kat hill hotel lagi



dengan family

gaya budak2 tak matang~♫

teruja jumpa burung ostrich

hill hotel~

bola sakti dalam citer dragon ball

oke,setakat tu je untuk hari pertama kitorang kat indonesia☺
ape2 aku akan citer kat next post,hehe
salam!

Go Universiti!

assalamualaikum

alhamdulillah,syukur kepada allah subhanahu wa ta'ala

debaran yang melanda kami semua akhirnya berakhir

semalam akhirnya result yang ditunggu2 diumumkan kepada orang ramai

result bukan sebarang result

lebih dasyat daripada result anugerah planet muzik 2011

ape dia tu?

dah tentu aku cakap result upu bagi lepasan stpm dan setaraf tahun 2011



alhamdulillah,aku dapat tawaran kos idaman aku di UTHM,kos Jurutera awam
menunggu tarikh pendaftaran pun kadang2 rasa tersiksa gak,sebab jarak tarikh kemasukan universiti lebih kurang 4 bulan cuti,september baru masuk
namun,inilah hakikatnya,nikmat waktu lapang ni la orang selalu lupakan

dimana dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda dimana 2 nikmat yang manusia sering lupa
1)masa lapang
2)masa sihat

waktu cuti ni la biasanya orang tak menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya dan waktu sihat camni la kalau nak buat 2-3 perkara dalam satu masa boleh selesai dalam masa yang singkat,namun,kita sering alpa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan ini,ini tak terkecuali dari aku yang sering kali lupa dengan nikmat2 yang allah dah bagi kepada kita

seorang sahabat aku pernah menyoal aku,"ape impian ko 10 tahun akan datang?",aku beritahu bahawa kalau boleh aku nak bangunkan bidang yang masih kurang kat dalam malaysia ni,kawan aku cakap untuk merialisasikan impian 10tahun kita akan datang,kita perlu bermula dari sekarang,kerana setiap tindak tanduk kita pada hari ini akan mempengaruhi kita akan datang
contohnya,dalam cuti 4 bulan ni,kalau kita asah skill membantu ibubapa(memasak,etc),belajar bahasa asing,skill komunikasi,skill leadership dan lain2,inshaallah,paling dekat kesan yang kita nampak waktu dalam universiti nanti,tu belum kesan 10tahun akan datang!woha!

setengah orang yang baru nak masuk alam universiti,dimana sebelum ni mereka dari matrikulasi/sekolah,senior aku pernah beritahu bahawa kehidupan kat universiti lagi bebas

dulu kat matrik,tak silap aku jumlah jam kredit hour matrik adalah 20-21jam kredit
sekarang kat universiti,maksimum 18jam kredit

tidak "pack" macam kat matrik dulu,kalau kat matrik,orang lepak @berdating kebanyakan mereka masih terikat dengan pembelajaran kat sana


bila kat universiti,rasa terikat dengan pembelajaran kurang berbanding matrik dulu,akibatnya untuk terlibat dalam gejala sosial yang melampau adalah tinggi..sedara aku pernah bagi tau,ada satu sem tu,kelas dia hanya pada hari isnin-rabu,khamis-ahad "no class",lihatlah banyaknya waktu lapang nanti

Syeikh Abdullah Azam,seorang pejuan Palestine pernah berkata:

"Andai kata tak diisi masa lapang dengan kebaikan,maka masa tersebut akan terisi dengan kebatilan."

jadi pentingnya untuk mengurus masa dengan betul supaya tak terkena jarum2 syaitan yang sentiasa membisik menyuruh kita membuat perkara maksiat.
untuk mengelakkan daripada terjebak gejala sosial yang melampau,sibukan diri dengan aktiviti berfaedah,bersukan,join group dakwah,dan lain2
sedar tak sedar,effort yang kita lakukan untuk menjauhkan diri dari gejala sosial yang melampau merupakan antara persiapan bekalan kita di akhirat kelak

seperti didalam surah (Al-zalzalah 99:7-8),allah berfirman:
"Maka sesiapa mengerjalan kebajikan seberat zarrah,nescaya akan dilihatnya(dalam amalannya),Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah,nescaya akan dilihatkannya(dalam amalannya)"

ingatlah,setiap amalan yang kita buat besar atau kecil,akan dipersoalkan,walaupun kita berada di dalam kelompok2 yang soleh/solehah,amalan kita akan dihisab secara individu





jadi sebelum aku mengakhirkan "teks" aku pada hari ini,sama2 kita renungkan perkara dibawah

rata2nya kita sebagai mahasiswa/mahasiswi kat universiti,semuanya dalam umur 18 tahun ke atas,umur aku pun dah dekat 20tahun,orang sering kata,"pemuda ni pelapis masyarakat",namun,persoalannya,dalam waktu kita muda ni

"apekah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar sejarah umat Islam?"

sebagai contoh,3 orang tokoh kat bawah ni

1)Sultan Muhammad Al-Fateh: menawan kota konstatinopel
2)Usamah B.Zaid:Menjadi Panglima perang ketika Rasulullah hampir wafat
3)Khalid Al-Waled: banyak menyertai peperangan,dan mendapat gelaran
Saifullah(pedang Allah),merupakan general terhebat di dunia
yang tak pernah tewas di dalam peperangan

persoalannya,apekah persamaan antara ketiga-tiga tokoh ini?


JAWAPAN:
ketiga-tiga tokoh ini telah memberi sumbangan sejak dari muda lagi

1)Sultan Muhammad Al-Fateh:berumur18-20 tahun dah jadi sultan,tawan kostantinopel
2)Usamah :sangat muda ketika dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah
walaupun ada yang lebih tua didalam pasukannya
3)Khalid Al-Waled:terlibat dalam peperangan sejak muda,bercita2 syahid di
medanperang namun meninggal kerana sakit

mereka ini dah beri sumbangan dan melakar sejarah umat islam semasa mereka muda2 lagi,pada waktu itu mereka sebaya dengan kita,jadi kita pula bila?
jadi sama2 kita renungkan ya geng:)
assalamualaikum!




"telinga orang yang bercakap adalah paling dekat,orang pertama yang saya nasihatkan ialah orang yang telinganya paling dekat"