Archive

Archive for April 2010

ape yang penting?kerjasama~

assalamualaikum!
ni ada sikit gamba time gotong royong kat rmh nenek dengan sedara2
semua turun padang skali,pak long,mak long,cucu,cicit,semua ada~
lama gak kitorang gotong royong ni
dekat 1 bulan,mula awal april,hehe
tiap2 hari minggu sabtu ahad ramai ada,tp isnin-jumaat biasa pagi2 pak long dgn mak long aku yang rajin datang buat,tauke kita la katakan,hehehe
project ni mula dengan mencangkul area tepi rumah untuk letak "tiles"
next siap je mencangkul,mula lak bancuh simen,then baru la letak tiles
best gak,handmade buat simen
oh x lupa,arif ada gak datang tolong time tiles ni,lol
skali skala cari pengalaman:)
lepas abes tiles lom abes lg project ni,ade lagi
disambung lak dengan project menebas2 pokok
mmg syok abes menebas2 pokok time ni,bukan selalu bole menebas sesuka hati jexD
kat belakang tu da agak sempit,banyak sangat pokok2
nak tebas pokok kena tgk gak,ada certain nenek nak simpan lagi
yang dah dapat "lesen" je baru la boleh dipotong
potong-potong-potong!
(bukan suka2 tebang weh,hua3)
sekarang ni da "clear" sket baru laa lapang,hehe
terkenang gak zaman kitorang kanak2 dulu
biasa ddk memain kat kawasan belakang ni

sekarang ni giliran generasi baru lak yang bakal ddk memain kat tanah ni
bila cucu cicit nenek datang nt berlari2 kat kawasan belakang tu
nenek pun boleh la tanam pokok2 baru kat kawasan tu:)
(tak lupa boleh buat bbq gak,lol)
bila da lapa,makanan mmg banyak kat dalam
sebab ramai tu yang masak kat dapur,hehe,jd banyak la makanan yang disediakan:D
ada sekali tu ayam 3 ekor skali ada
yum yum!
alhamdulillah,rezeki2,hehe
penat memang penat,tp bila dah siap,fuh baru la rasa "best!"
ni baru la namanya hasil kerjasama!
ape yang penting?kersama~~
hahaha



bermulalah proses menggali untuk letak "tiles" nt


proses penebangan pokok pun bermula!


ni antara pokok yang kitorang gali nak alihkan,penat weh


"sikit lagi sikit lagi..okeh,tarik!!"


makan?dah semestinya ada,yum yum~

bila da siap:)


area belakang lepas abes menebas,hehe,can you spot the different?cewahxD

alhamdulillah..

"ya tuhan kami,segala pujian hanyalah milikmu..."

"ya tuhan kami,kau berikanlah ilham kepada kami agar kami dapat mensyukuri nikmatmu..."

subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar
subhanallah,alhamdulillah,laillahaillallah,allah huakhbar~!

"maha suci tuhan kami,segala puji bagi mu ya allah,tiada tuhan yang disembah melainkan allah,allah maha besar~!"

sesungguhnya hambamu ini memanjatkan rasa kesyukuran kepadamu atas nikmat yang telah diberikan.....semoga rakan seperjuanganku juga berjaya meneruskan perjuangan di semester hadapan....


GOAL!


"..babel mengejar bola,oh!nampaknya dia berjaya tahan dan terus memecut ke pintu gol dan meninggalkan pemain lain dibelakang!babel menyepak!!dan GOAL!!!!!!!!"-end minit ke 94)

assalamualaikum!
hehe,atas td aku amik petikan commentar goal terakhir semasa perlawanan liverpool vs burnley
(ye ke commentar dia cakap camtu?cam skema je,haha)
of course aku terjemah ke bahasa melayu,lebih kurang la tu ayat dia camtu,jangan nak argue dengan aku,pif!
haha
keputusan lepas wisel penamat ditiupkan adalah 4-0
liverpool mendahului 4 gol!
hehe
masyuk2~~!
masa first half,perlawanan dia agak bosan sikit
tengok entah kenapa slow je pace liverpool,main defence je,si burnley lak agressif semacam,asik dorang je "attack"
dan sebabkan tu,first half masih 0-0
masuk je second half,lom lagi 10minit game start,gerrard dah masukan gol pertama liverpool
sayang aku tak dapat tgk goal ni,tengah lepak kat atas jap
turun2 je dah 1-0
cis,tak pe2
then tak lama kemudian gerrard berjaya goal kan skali lagi dengan bergaya!
2-0 dah
perlawanan makin sengit
Maxi dapat bolos defender burnley dan shoot..dan GOAL!
3-0
sekarang dah minit ke 90,ada tambahan 4minit
tinggal 1minit je lagi nak abis..tak de goal lagi la
tinggal berapa saat..Babel dapat bola dan bawak bola tu dengan steady je depan goal(deffender dia semua kat belakang)
Babel shoot..dan GOAL!!
-whistle penamat pun bynyi-
hehe,nice timing
dengan 4goal semalam liverpool beza 1 mata je dengan man city untuk masuk top6
ahh geram!!
ish,tak pe2

untuk pasukan burnley
bila habis game,mmg rasa seronok sebab liverpool kalahkan burnley dengan 4mata
tp rasa sedih untuk group burnley pun ade gak
habis game,cameraman zoom kat muka menager dia
mmg nampak sangat rasa sedih,tp supporter dorang mmg sporting
bg tepukan kepada group ni,bagi semangat
terharu gak tgk
tak boleh buat ape,pasukan liverpool memang struggle untuk masuk top 6
tak pe2,jgn give up
team korang boleh maju lagi walaupun kat ranking18
pemain depan korang da power dah
fletcher,eagle dan thompson
tiga orang ni hebat gak skill dorang
cuma kena banyakn training especially kat bahagian defence
so keep up the good work!
teruskan untuk musim akan datang nt:)
dan oh tak lupa gak
congrats kepada everton yang menang lawan fullham 2-1:D
mula sokong everton sejak everton belasah teruk pasuakn ManU dengan 3-1~
hehe
sekian dari ku
saja nak lepaskan rasa teruja ku pasal bola semalam
assalamualaikum~!

Jom Mengajak!


assalamualaikum!
heshh,ape nak jadi dengan dunia sekarang ni
semalam france dengan belgium ada umum nak ban "burqa" eh?
(burqa tu tudung yang tutup sebahagian muka skali,kat sini biasa orang panggil purdah)
benda ni da lama dah dorang plan nak ban burqa ni,x silap smlm baru official kot
da buang tabiat gak nya
awatnya dicakap perempuan yang pakai burqa tu sebagai salah satu oppress terhadap wanita?
mereka sendiri yang pilih nak pakai,jd so be it la,mana ada oppress?
ni agenda dedah aurat perempuan lagi la oppress,siap menjatuhkan martabat perempuan lagi tu,x da dorang nak ban benda ni
kat berita semalam obama pun datang dengan bangga je,x dgr lak aku tgk obama bangkang pasal ni?
ish,geram2
kk,tenang kim tenang
nampak emosional kan atas ni?
tp lepas da bertenang,cuba fikir balik
..........

kalau tgk balik,benda ni jadik mungkin sebab kelemahan "dakwah" orang islam kat sana,kenapa ya aku cakap gitu?
ok,firstly nape kerajaan dia nak ban burqa?(x kan dorang senang2 tetibe nak ban kan?kalau nak ban tp rakyat dia bangkang x bole gak,bole huru hara nt,dorang gak rugi nt bila ekonomi dorang merosot)
jawapannya,sebab ramai rakyat dia yang komplen,hidup dorang "x selesa" bila nampak ada orang pakai burqa di jalanan hometown dorang
sampaikan ada orang gelar "ninja" bg orang yang pakai burqa,sigh..
dan mcm mana lak kalau dakwah orang islam kat sana diperkuatkan lagi untuk menerangkan psl islam dan psl burqa ni kepada dorang?
barulah dorang phm,sebab kebanyakkan non-muslim tgk perempuan yang pakai "tudung biasa" pun da pelik,tp dorang x nak tny kepada mereka,erm,mungkin hanya segelintir yang akan tanya direct kepada perempuan tersebut direct,tp...mejority still x nak tny,sebab segan terutamanya,dan akhirnya,pelbagai spekulasi dari diri mereka terhadap orang yang pakai tudung dan timbul kan rasa x selesa dorang
ini baru perempuan pakai "tudung biasa",apetah lagi kalau perempuan pakai "burqa"
you can imagine how many people will ask why she wear burqa compared to those who ask the one wear hijjab/tudung.
sangat sikit kan?sigh...
sekadar faham pemakaian hijjab dan burqa sebagai tuntutan agama islam x cukup,mereka kena tanya sendiri orang yang pakai,baru mereka faham,adekah dia dioppress atau sebaliknya,sebab dpt jawapan dari orang yang sendiri pakai lg memudahkan dorang utk faham
sebab tu aku mengatakan "dakwah" orang islam kat sana masih belum cukup kuat untuk menyampaikan message kepada penduduk europe
dan dakwah tu bukan terletak kepada tabligh2 disana sana juga,setiap individu sendiri perlu menyampaikan message ni kepada rakyat2 kat sana supaya dorang faham
jd nampak x bertapa pentingnya "dakwah" ni kan?



bayangkan,kalau seorang muslim tu sendiri abaikan dakwah x kira lelaki atau perempuan,paling kurang 10 orang non muslim x kan dpt message islam itu sendiri(belum termasuk untuk orang islam gak)
bayangkan kalau 10 orang x buat dakwah,bayangkan berapa ramai yang x terima peringatan dan keindahan islam?
tapi kalau sebaliknya,bagaimana kalau "seluruh" umat islam,lelaki2 dan perempuan2 buat dakwah,aku rasa semua orang non muslim dan muslim sendiri akan dapat peringatan dan keindahan islam itu(sebab dalam dunia ni,penduduk islam lebih ramai daripada non muslim)
jadi,fikir2 kan lah
apabila terjadi satu kemungkaran,jangan menyalahkan orang yang buat kemungkaran dan ibubapa,kemungkaran tersebut berlaku atas kelemahan kita gak,sebab x saling nasihat menasihati dan mengajak membuat kebaikan,dan tinggalkan perkara mungkar
"dakwah" tu sendiri kan kalau diterjemah akan jadi ayat "mengajak" kan?jadi untuk mengajak,kita x perlu ada ilmu yang tebal2,atau nak tunggu baik mcm malaikat baru nak "mengajak" kawan2 kita buat kebaikan
kalau semua memberi alasan "x nak la,x cukup ilmu lagi","x nak la,lom cukup baik lagi",maknanya,masih ada lagi ramai yang akan leka dengan kehidupan masing2 sebab kawan sendiri pun x nak bagi peringatan.
jd jangan la nak condem bila ada orang bagi nasihat atau mengajak buat kebaikan,sebab "mengajak","nasihat-menasihati" sendiri adalah perlu bagi semua umat islam
bila ada orang bagi nasihat,tgk message yang ingin disampaikan,bukan orang yang bagi nasihat
"mengajak" atau dengan kata lain "dakwah" itu sendiri adalah antara sunnah Rasulullah S.A.W kita yang paling besar,x nak ke kita contohi?
jd,ape yang dibaca ni,harap dapat diambil iktibar,dan kalau boleh jom lah kita "mengajak" kenalan kita untuk buat kebaikan:)
kerana orang kata marah kerana sayang kan?cewah!
hahaha
sebelum akhiri post kali ni
ada sedikit "komik" mengenai "dakwah sahabat yang suruh kawannya solat"
hehe,harap korang terhibur dan fikir2kan ape yang dibaca



-komik oleh Hikari-
(tekan gambar utk size clear)

kita sering kali gembira bila orang yang tersayang beri teguran atau nasihat kepada kita
tetapi kenapa bila Allah(pencipta kita)yang tegur kita sukar untuk terima?hmm.....
sekian saja dari ku
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh~!

perpustakaan

mendaki bukit,baru separuh jalan ni>_>

assalamualaikum~!
bertemu kita kembali,heheh
semalam agak seronok jejalan di sekitar convent
tujuan kitorang gi sana nak amik adik arif,tp sebab lama lagi nak kol 3,jd sempat la singgah banyak2 tempat,heheh
firsly kitorang sampai kat sana around kol 11.30 x silap,kitorang pun pegi la tadika "hilltop" tmpt lama arif keje part time dulu
tp nak sampai ke sana,fuh,jenuh gak mendaki bukit tu,hahaha
comel2 belaka budak2 ni:)
bile sampai kat tadika tu mmg ramai la bebudak kecik(dah nama pun tadika,mmg la budak2 kecik)
hahaha
rindu lak time kecik2 camni dulu
staff2 dia pun ramai gak,aku agak la,ade dalam 13kelas boleh lepas kot
mmg luas,mcm sekolah pun adaxD
bile cikgu2 dia kat sana nampak arif woha ramai la yg terkejut
lepak2 kat sana sampai la dak2 kicik ni abes tadika pkl 12.45
then kitorang turun lak utk pegi ke library


lawa la pokok bunga ni,ade sesapa tau nama dia ape?
sblm pg library singgah esso jap jumpe kenalan arif kat sana
pastu beli apam balik then singgah solat jap
kat bawah library tu kan ada cafe kan?
kitorang makan apam balik kat bawah tu
mkn punya la sedap,da abes makan pusing belakang baru pasan "makanan luar tidak dibenarkan masuk"
hua3
nasib laaa,kih3
bole tahan kosong gak sana,ye la hari keje dan sekolah kan
kalau hari minggu penuh semacam je,haha
agak lama x pg sini,teringat balik dulu2 pg sini
nak pinjam buku,,pk2 ada lagi buku x abes baca kat rmh
tp da sampai membazir lak kalau x pinjam
jd aku decide cari buku yang bagus tp nipis2 je,1 hari baca boleh abes punya!haha
dan the result,aku jumpe buku pasal tsu'n tzu eh?the art of war tu
buku dia sederhana,tp teks dia x banyak jd aku confident sempat abes baca
sebelum keluar dari library tu pinjam la buku tu
pastu baru pg skola convent amik adik arif,then baru balik naik cab
mmg lepak balik tu,petang tu hujan lebat,mmg lepak la,haha

"what i've done~!lalala~" *menyanyi*


lawa kan kasut ni?

assalamualaikum~!
huahh,semalam best jejalan dengan member dari selangor turun jb
jejalan kat cs je
nape cs?sbb situ je la plg dekat
x tgk wayang,kitorang pg arcade dgn banyak usha kedai2 sana
agak penat
tangan aku da dekat 2hari lenguh sebab x biasa dah exercise berat2 lama sangat(berat ke?heh)
ditambah lagi main basketball kat arcade letih gak tangan
hahaha
campak2 je bola dalam gelung tu
hehe,enjoy gak
tgk balik video time karaoke tah ape2 je la kitorang,lol
lawak2xD
anyway bawah ni sedikit gamba semalam


prince of persia woo!looking forward for this movie!*_*

sedap2~


aku dan mal mengatakan makanan restoran teh sarabat sememangnya terbaik!



which donut are you?hehe


dan akhirnya aku sempat beli buku ni!
mwahahaha
sebenarnya.........aku pun x tau kenapa aku beli buku ni,hmm
yang aku tau,da lama gak aku usha buku ni,dekat 2kali aku singgah kedai MPH,2kali tu gak aku akan cari buku ni
"rona-rona cinta di Damascus"
buku ni berjaya menarik perhatian aku
(maybe sbb aku suka citer kehidupan student di luar negara kot,especially kat negara arab)
jadi,
bila singgah kedai MPH semalam,aku decide untuk beli buku ni(mula2 was2 gak nak beli ke x,hahaha)
lepas isyak ingat nak baca sikit je dulu,nak tau mcm mana citer ni
sebab buku psl abu bakar pun baru separuh jalan baca
tp tgk2,bila kol 12.00 tgh mlm da sampai ke bab 7 baca,alamak!terlajak baca>.>
(semua skali ada 30bab x silap,xpe tebal lagi)
khusyuk sangat,hahaha
not bad,walaupun karya sulung,tp still best,sampai x bole benti baca,hahaha
jd lepas keluar smlm,aku tgh pokai skrg,wuuT_T
xpe2,at least aku bole focus abes baca 2 buku tu,heh
relax kim relax,abes kan satu2 buku dulu>_>
mm kk tu je dari ku takat ni,x de idea tulis ape
*edited*
subhanallah!!aku baru terbaca blog dari dr.Mahathir mengenai laporan Dr.Seri Najib baru2 ni yang mengatakan Malaysia da berhentikan penjualan gasolin kepada Iran sebenarnya x benar,syukurrrrrrr alhamdulillah!!!!
lega rasanya,rasa pelik gak,apsal malaysia tetibe nak join agenda Amerika boikot Iran tu,x kan lah mereka sanggup join boikot sedangkan Iran x pna buat ape2 kat malaysia
ape2 pun,aku rasa lega sangat,x pyh la nak join agenda amerika ni,kalau bangkang x pe,ahaha
kk sekian saja dulu
salam~!

The Power of Veil~!

Assalamualaikum~!

arini aku "ter"overslept lak,lepas subuh tdo balik sampai laa pkl 11.00pagi
woah!lama weh tu
isk3,ape nak jadi dengan aku ni
anyway ape2 pun,kali ni aku nak kongsi sket psl lagu hijjab
sebelum mula topic yang aku nak citerkan sket,aku nak ingatkan
"bile ada orang bagi nasihat,jangan tengok orang yang bagi nasihat,tp tgk message yang ingin disampaikan"
ye la,aku sendiri lom perfect lagi
tp benda ni x de paksaan
sekadar nak kongsi pendapat dan nasihat menasihati
jd jemputlah dengar dengar lagu kat bawah ni sementara aku perah otak susun ayat dulu
(of course tlg pause kan jap lagu "kebudak-budakan" kat bahagian kanan tu ^^; )



live the veil from your heart and seek the heart of purity~~
live the veil from your hear..eh,da abes
ahaha jadi amacam?
bagi aku,lagu ni ada "strong message" yang nak disampaikan
dan message yang Al Dawwud ni nak sampaikan aku rasa semua listeners dia phm message lagu ni,x kira la,sama ada muslim atau non muslim atau anti muslim,aku rasa semua dpt terima msg ni dengan baik
sebab dengan lagu ni,hijjab/tudung/veil atau ape2 yang korang pgl,baru la ramai faham yang tudung ni dipakai dan dipilih oleh wanita islam dengan pilihan sendiri,so be it,x da dioppress sepertimana yang dianggap oleh orang tertentu
sebenarnya,kalau kita perhalusi kenapa disuruh menutup anggota perempuan dengan pakaian yang labuh dan pakai tudung,banyak kelebihan dia(tu kami da tau)
ok2,aku tau ramai yang da banyak kali dengar psl ayat atas ni
jadi,jom kita tgk salah satu situasi kat sini
ada segolongan wanita yang join group2 tertentu untuk memperjuangkan hak2 wanita
ni banyak kita dapat tgk kat barat sana
persoalannya,hak ape yang dorang nak perjuangkan?
salah satu,kalau tgk budaya fashion2 perempuan skrg ni "agenda"dorang lebih kearah galak ppuan pakai seksi2,dan sampai ke tahap x ada seurat helai benang pun!(kononnya ni la seni dan fashion!)
jadi ni sah2 la baru di panggil "oppress" terhadap wanita
cube kita tgk berbalik kepada suruhan islam yang suruh tutup anggota wanita kecuali muka dan tapak tangan,kan menunjukkn ppuan tu dipelihara atau dengan kata lain "liberate"
ramai yang bangkang mengenai fashion dedah2 ni,tapi dengan masa yang sama dorang tentang gak pemakaian tudung/hijjab ni,jd hak yang mcm mana yang mereka nak?fikir2 kan lah
ada stgh pendapat lak ckp "mcm mane lak dgn ppuan yang pakai tudung tp lebih teruk dengan orang yang x pakai tudung?"
x dinafikan ada gak segelintir yang mcm tu
ni berlaku maybe kurang penghayatan dalam hati,lebih kepada "terikut-ikut" gitu
sebab tu la dlm lagu ni ada sebut "so lift the veil from your heart to see the heart of purity~"
ingat ikhlas!hehe

dik,nak berfashion boleh,tp jangan melampau sangat seperti pakai mekap tebal2,dan jangan pakai baju yang ketat2/nampak dalam
kena ingat,walaupun lelaki ni ada 1nafsu berbanding perempuan yang 9 nafsu,tp nafsu yang satu tu je la yang bernama "nafsu syahwat"(angin yang tiup sampai rambut mcm iklan syampoo tu pun kalau lelaki tgk boleh naik nafsu kitorang!jd apetah lagi lain2)
jangan ingat kalau pakai yang nak nampak kan ke "seksian" sket,walaupun dah disuruh tundukan pandangan tp confirm ke x de orang yang tgk?
nak ke kalau orang tgk pastu imagine benda yang bukan2 kat diri kita?benda2 ni la menjuruskan kearah zina,walaupun x kena kat kita,tp "menyumbang" kat masyarakat,kita x tau ia boleh pengaruh orang dan sebabkan tu orang lain yang kena,jadi fikir2 kan la~
sebab dah terang2 ada hadis dari Rasulullah(SAW)bersabda:

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita"(Hadis riwayat Bukhari)

mahukah kita tergolong dalam golongan orang yang membawa fitnah?
mahukah kita tergolong dalam golongan orang yang membawa mudarat?

atau kita ingin tergolong dalam golongan seperti hadis Rasulullah dibawah ni:

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".

ingat,permintaan wanita solehah semakin tinggi untuk lengkapkan tulang rusuk kiri atau insan yang bergelar "isteri",hehe,sape yang x nak isteri dia solehah kan?aku rasa yang perempuan pun mesti nak lelaki yang soleh,yang boleh bimbing agama islam dalam keluarga~

(aku yakin keluarga bahagia yang mcm ni la yang jadi idaman semua orang kan?lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik,jd sama2 improve diri kita semoga kita tergolong dalam golong orang yang soleh dan solehah)
-artwork freshie-

hehe jd ape yang readers sekalian da baca,samalah2(x kira la laki2 ataupun ppuan) difikir2kan
masih terdapat banyak kelemahan dalam diri kita,x rugi kalau di "up" kan sikit demi sedikit diri kita dengan penghayatan islam begini sebelum dijemput malaikat izrail
usah risau ape orang nak kata,kerana kuasa manusia itu adalah terhad
jd sebelum aku abeskan post aku kali ni
ada sikit nukilan hasil "freshie" yang aku terjumpa nak kongsi sket kat sini:


Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..

Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Kapan mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk,
Gadis itu sungguh kasihan..

all the best untuk semua:)
assalamualaikum~

vroom vroom!

assalamualaikum~!

gapo kabo korang semua?
haha loghat ape la aku ckp ni(nak tiru kelate x jd:)) )
hehe
anyway,td ptg aku smpt gak tgk siaran live f1 kat ntv7 dengan astro sport
walaupun dlm kesibukan bergotong royong kat rmh nenek,sempat je tgk f1,hehe
nasib baik laa abes awal td,around kol 2 gitu da settle menebas2 pokok kat belakang rmh nenek
ni semua hasil titik peluh ramai2,orang kata "ikram" eh(hubungan silaturrahim kan?)
ckp je semua ada,pak long?mak long?cucu?cicit?sedara?er..mara?(sedara mara?hahaha)
semua ada~~
best kumpul ramai2
orang dari selangor pun datang turun padang dari semalam,hehe
da dekat 1 bulan da operasi gotorang royong kat rmh nenek ni
ramai sedara ddk dkt2 area jb,jd hari2 minggu boleh turun padang tolong,hehe


ape2 pun,aku nak ucapkan congrats kepada J Button,Hamilton,dan err...sape nama pemandu mercedez petronas tu..aku lupa=.= bonton something?
ar,ape2 je la!
congrats untuk korang,walaupun dalam cuaca hujan2 td korang race dengan terer td(aku sokong mercedez petronaz!tp x igt nama lak,haiya)
awal2 race bila hujan banyak gak kemalangan berlaku,tayar x sesuai kot
Alonso pun tere gak race,walaupun dia buat "jump start" awal2 race dan kena penalti masa,still bila abes race dia no4 eh?tabik2!
lotus pasukan malaysia...............not bad.....no14 x slp,tp nampak sangat main selamat asalkan abes race..ada rasa x puas ati gak,tp x pe la,bg can x marah sbb baru lagi
M.Schumecer..(btl ejaan dia?)..ok la kot,da 3tahun bersara tetibe race balik maybe tu yang skill dia da down sket,lg pun racer f1 generasi baru skrg da mcm2 da,rasa2 J Button kot,banyak race dia mng(keseluruhan point dia plg tinggi gak takat ni)


dan oh x lupa gak,
aku nak luahkan rasa ketidak puashati aku sikit
berita ni smlm ataupun 2-3 hari lepas x silap aku
skrg ni tgh agak "sibuk" la gak psl ape tu..perbincangan nuclear semua negara2 kan
ada skali tu aku tgk PM kita ada umumkan psl pihak malaysia ataupun x silap petronas da x jual gasolin kepada negara Iran(sebab isu nuclear dia)
haiz,sedih aku dengar..kenapa negara sesama Islam nak boikot sesama sendiri?lagi bagus laa boikot barangan israel tu walaupun dorang dominasi mcm2 barang kat dunia ni
aku tau x boleh salahkan 100% kat kerajaan Malaysia sbb maybe kalau x ikut akan dicop sbgai negara etc etc etc oleh pihak barat?
but still aku rasa kecewa sangat
Obama dah pilih Malaysia sebagai salah satu negara yang dia bincang secara personal untuk perbincangan isu nuclear ni
aku tgk,lepas gagal desak Iran dengan kuasa negara dia sendiri,Obama ni guna taktik lain,iaitu guna negara luar ataupun sokongan negara luar untuk support dia konon2nya plan pembinaan nuclear Iran ni "bahaya"(abes Israel boleh tarik diri dari perbincangan nuclear ni sbb takut kena lupuskan senjata nuclear dia ape kes??)
haiz,sedih aku tgk,bagi aku la,kalau BETUL la nak lupus benda2 nuclear ni,jadi silalah pihak ISRAIL,Amerika Syarikat dan konco2nye(ak x pasti AS btl ada x,tp ak yakin ada nye) bersama Iran bersama2 lupuskan benda2 nuclear tu yang "konon2" nya berbahaya(abes yang AS dgn ISRAIL tu boleh simpan ape kes??)
baru la adil aku rasa camtu,inikan tidak,nak Iran je yang lupus,negara lain "terkecuali"
haiz,ntah la..rasa kecewa sangat
umat Islam sekarang kena sedar,setiap INDIVIDU umat Islam sendiri kena bangun dari "khayalan" mereka,sendiri kena sedar la bro,jgn harapkn orang lain yang akan naikkn nama Islam balik,selgai kita x hayati ape ada dlm Al-Quran dan hadis selgai tu la kita tetap sama,x sedar lagi ke yang umat Islam sekarang ditindas sampaikan sesama negara Islam nak boikot2,mungkin negara2 yang diterima penghormatan dari Obama rasa mereka diiktiraf,tp sebaliknya musuh2 sedang gelak ketawa tgk negara Islam sendiri dengar cakap dorang untuk boikot negara SAUDARA kita sendiri,
sedangkan setau aku laa yang aku tau masa perang Iran-Iraq dulu2,x silap aku pihak luar yang declare war?Iraq dpt bantuan dari mcm2 negara termasuk AS kot x slp(erm,btl kan kalau ada salah...aku x pandai sangat sejarah2 ni)
,tp Iran still standing sampai skrg,skrg ni dorang nak hapuskan Iran dgn cara camni lak?
haizz,sedih2
ape2 pun,aku rasa aku da jauh meleret berleter dan agak emotional aku rasa,heh(keluar topic asal pun>_>)
tp aku harap ape yang da dibaca lu pk la sendiri ape yang dibaca yang mana btl dan salah(kalau ak ada silap sama2 tlg tegur btlkn)
ape yang aku tulis x bermakna aku ni orang yang sempurna,tapi sekadar peringatan untuk diri dan readers sekalian.
sekian dari ku takat ni,assalamualaikum~!

fikiran melayang~~~~~~~

assalamualaikum!
peace be upon you~!
hmm,semakin hari semakin hampir
hampir ape?
firstly result,lebih kurang 10hari gitu je lagi..T__T
secondly,thats mean tarikh pendaftaran sebagai pelajar PST pun makin dekat
jiran aku da dpt da offer matrik,katanya tarikh masuk 10mei...ha,tinggal bape hari lagi tu?isk
bukan x suka,tp.............
rasa x saba pun ade gak,ye la,memandangkan kitorang jd "senior2" kat sana nak tgk gak muka2 baru,hahaha,tp rasa cemas pun ada gak,ye la,memandangkan kitorang tua setahun kat situ,that means dak2 baru akan tny mcm2 psl study ni>_>
jadi untuk tu..aku rasa aku nak get ready untuk semester baru ni
harap2 aku ada kekuatan untuk bukak buku untuk reviseT_T
*update*
btw aku ada rasa kena ubah perangai buruk aku ni
"perangai ape nya?"
yang aku maksudkan ialah aku ni agak malas nak reply msg2 mmb ni(lebih2 lagi kalau perasan msg tu da lambat reply)
biasanya kat rmh la jd camtu,faktor dia adalah sbb rasa selesa kot
kalau kat matrik x da lak sbb aku bawak g mana2 handphone aku(sbb takut orang curi,heh)
kat rumah da secure sbb tu aku bole main letak je kat mana2 kot
pk2 balik,rasa mcm x bersyukur lak,kalau nikmat tu da kena tarik baru nak terhantuk>_>
mm,moga aku bole"turn a new leaf"ke lebih yang baik


dinner pdt



assalamualaikum!

kita bertemu kembali
kali ni aku nak kongsi sket ape jadi dalam semester 2 semasa aku kat KMM nih
salah satu event yang aku rasa best dorang buat ialah event "gala night" untuk pdt
mmg x syak lagi semua mmg looking forward utk dinner ni
semua pun get ready lah untuk cari dress masing2,sebab tema dinner kali ni formal(kan semua dinner dalam formal)
x kira la lelaki ke perempuan,aku tgk masing2 excited dgn dinner ni
cuma yang perempuan cerewet sket la bila part dressing2 ni,hahahaha


ok aku forward kan situasi
akhirnya lepas 2-3minggu menunggu the wait is over
lepas maghrib x silap aku kol 8.30malam baru mula majlis tu
masing2 da bergayakan diri masing2,hehe
tp aku sampai lambat sket,gerak dgn mmb2,pg ramai2 baru best


bile sampai kitorang terlepas pembukaan kot x silap
tp x pe x kesa,hehe
masuk2 je dewan mcm2 warna ada kat situ
ckp je warna ape,merah?kuning?purple?hijau?biru?putih?
bak kata mamak(topeq?) "semua ada~!"
hahaha
mmg meriah
bacaan doa dimulakan dgn abang iqbal kita:)


gelagat padil,abul nero dengan arie

pensyarah2 semua yang ajar kitorang semua dijemput hadir
tp nasib baik la time sampai tu pengarah kmm lom start lagi bagi ucapan
kalau x naya kitorang,hehe
bile pengarah abes bagi ucapan,mulalah kitorang amik2 gamba semua
masing2 dgn gaya sendiri:))
tp yang x bestnye..
kitorang dak laki dpt seat belakang skali,waduh2,mengapa begini??
yang dpt ddk depan ade la 3-4orang je dak laki(salah sorangnya afbau dengan mat),tu pun yang terlibat dgn majlis ni(sound system,media,etc)
tp x pe la,yang penting skali MAKAN!
ni la yang kitorang tunggu2 kan,hehe,bole tahan gak makanan dia


aite2,time makan2 tu,ada la persembahan dari kitorang
ada yang jamming,ada yang nyanyi,lucky drawdan er..lain2(aku x ingat sangat persembahan ape lagi adaxD)
tp sian gak kat leman,nak buat jamming,tp drum kat bilik music x sempat pinjam,x pe la,next sem bole lagi,haha
oh,ada satu persembahan ni aku x boleh lupa
ni acai and the geng da lama pland tp kitorang x tau psl ni
tetibe dia pg depan panggil semua dak2 laki naik atas pentas untuk "joget lambak"
wahaha,mmg lawak la time tu
serious kitorang segan,lol
mundar mandir kitorang nak naik atas pentas tu,hehe
tp bile acai and the geng mula menari(aku x ingat lagu ape),kitorang ape lagi,sorok2 laxD(ade la gak kuar2 nari jap,pastu benti ddk belakang pentas,hahaha,segan weh!)
erm,nasib baik x da gamba dgn video?xD
hahaha
tp aku rasa tu ok lagi kot
paling segan aku rasa bile part slide show gamba2 pdt dorang tayangkan kat screen
nape?
sebabnye,banyak2 gamba kat slideshow tu,gamba kelas aku(bebudak lelaki) yang paling banyak!!
lol,mmg obvious nampak asek gamba kitorang je!waduh,malu2,haha>.< part mula2 ok,gamba tuka kelas lain2,da sampai tgh2,mmg nampak la asek gamba kitorang,hehe pastu part last baru ok balik,lol sebabnya time buat ni ak dgn dak2 kelas aku ada tolong gak bagi2 gamba untuk slideshow ni,dan amikkn gamba utk kelas lain gaknya sbbkan buat last minit(buat ptg tu,nak kena present malam) mmg x perasan la part tgh tu asek gamba kitorang je,ahahaha adoyai,tp x pe la,da lepas pun,marah dak2 lain asek gamba kitorang je hehe,masalah teknikal ya pak!:)


oh ya,x lupe gak untuk safwan a.k.a awe yang menang best dresser untuk lelaki time malam tu,hehe



sebelum majlis abes,kena kemas2 jap dewan tu
pastu sempat aja amik gamba dengan dak2 1 kelas,hehe

dan sebelum majlis berakhir,semua amik gamba dan ckp "kami matrikulasi londang!!"
(or sort of camtuxD "L" untuk london,eh silap,londang,hehe)


(ps:khalie,ada video slideshow pdt tu x?kalau ada tlg upload kat youtube,ak x geti download kat group ex-pdt tu)

Bingkai Kehidupan

sedikin ungkapan untuk dikongsi,
actually ni lagu group yang direka oleh sahabat kat kolej
tp ape pun,hayatilah:)


-BINGKAI KEHIDUPAN-


Mengharungi samudera kehidupan
Kita Ibarat pengembara
Hidup ini adalah Perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka,di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan..

Allah Ghoyatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fisabilillah
Asmak Amanina..

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi....

Masak-masak di Kolej??



assalamualaikum!
hahaha,yep seperti yang korang baca kat tajuk utk topic kali ni
aku nak cerita pasal "masak-masak di kolej aku"
didn't expect ada masak2 time kelas koko
bila cikgu azrin(cikgu koko kitorang) cakap ada masak2 pelik gak aku
tp actually benda ni untuk survival gitu
mmg best,bukan slalu dpt try2 survival gini
seingat aku laa,cikgu sediakan tepung,minyak,gula,uncang teh,3batang mancis dan alat2 sket
pastu,dalam masa 2jam tu,kena la masak ikut kretiviti masing2
da namanya survival,da tentu kena guna bahan2 sekeliling utk masak


pg cari2 daun2 kering dgn kayu2 utk jadik bahan api utk masak
berpeluh gak buat benda ni,agak lama utk group aku hidupkan api
bila daun2 kering da cukup,tiba masanya utk idupkan api pakai mancis
first try..x dpt,2nd try...terpadam gak!alamak!!
tinggal satu je,ades,angin asek tertiup je api mancis tu,utk mancis yang ketiga(mancis last kitorang ada)tgk bila angin da reda sket cepat2 hidupkan terus letak kat daun2 kering
dan the result......akhirnya kitorang berjaya!yesh!syukran2!
tp x lama lepas tu api kitorang terpadam lakT_T
ishk,,cemana neh,mancis da abes,rule survival ni lak x bole mintak group lain
dlm keadaan tu,ade gak try2 mintak api group sebelahxD
dapat mmg dpt,tp antara api terpadam dengan api kecik sangat lak,aisehh

(tgh masak2)
dan akhirnya cikgu azrin datang tolong sbb pasan group aku dalam "kesusahan" sbb x da api
huish,mula2 kitorang ingat mmg kitorang la paling lambat siap
sbb time kitorang cube2 idupkan api tgk group lain da ada asap2 dah
bila cikgu tolong baru la api kitorang bertahan dan proses "memasak" kitorang pun dapat diteruskan dengan lancar,hehe


(sedap kan?ada mcm jemput2 adabi x?)

tp la,bile api tu da besa,minyak tu cepat je mendidih,tgk group lain lama gak utk didihkan minyak tu
agaknya sbb api kecik da panaskan minyak tu,bila ada api besar amik masa jap je utk didihkan minyak
so untuk step seterusnya,aku serahkan kepada zati,nisah dan ezora untuk dorang handle
kenapa?sebabnya ialah aku x geti part masak2 ni,berapa nisbah gula untuk buat air teh,berapa nisbah tepung utk buat jemput2,dan lain2
nt aku buat jadi ape lak nt,hahaha
(fuhh!)
dan bila semua group da siap,ni la hasilnya
hehehe
teka mana group aku punya?
.....
dah teka?
orait2,ni aku nak g tau,aku nye group yang tengah2 tu,nampak sedap kan?lolxD
ada balance satu telur lagi x tau nak buat ape kitorang decide goreng je la,hahaha
group lain campur semua untuk buat jemput2 tu,kitorang guna satu je
paling unic,kitorang nye teh pun paling "pekat" air dia,hahahaa


ni lak time nak makan,hehe,berebut nampak,lol
teka2,mana tangan aku?hahaha

dan akhirnya,"sukses!!"

lepak~

assalamualaikum

huahh,dah 1 mgu da cuti

aku rasa benda yang aku nak buat utk cuti ni lom terlaksana lagi,adess

chill2,ada masa lagi,kena aturkan masa lagi

oh ya,btw aku baru ingat

harini bermulalah final exam untuk bebudak pst,camne gak eh dorang?

ingat2 balik time sblm final,kitorang pun da mcm ape,apetah lg mereka2 ini yang tgh amik final arini,mesti lagi pening kepala>_>

dan dlm 1bulan lebih je lagi giliran kitorang lak yang akan masuk pst,fuhh

debar2 rasanya,heh=.=

ape2 pun,aku nak ucapkan lots of thanks kepada mmber2 yang sudi tunjuk ajar ape yang aku x phm,sememangnya banyak membantu dan banyak kenangan dgn korang,hahaha


gelagat topek dengan jojiee lee



afbau tgh gila2 time ni,buat ape tu,sotong eh?hahaha


kid tgh bagi penerangan,konsep apungan ke?(buoyancy)haha