Archive

Archive for January 2010

Perhatian Kepada blogger2 sekalian!!

assalamualaikum

kalau korang seorang blogger atau bukan blogger,kat sini aku nak mintak sangat2 pertolongan korang

td aku baca post kat blog Nuraflah

kat sana dia ada bagitau ada 1 blog ni menghina islam  kat sini

yang aku terkejutnya blog hina islam tu dalam bahasa melayu,menyirap gile aku baca!!!

sedap2 je dia mengutuk agama islam

untuk report kepada wordpress suruh tutup blog tersebut korang bole tkn kat link ni

http://en.wordpress.com/report-spam/

kalau yang x de account wordpress create je kejap pastu send report kat link td

harap korang boleh sebarkan ya!

sekian,assalamualaikum

Cuti2 sem2


okay quick update
aku akan listkan ape aku buat time cuti pertengahan semester 2 ni
cuti ni x kemana-mana pun
balik2 cuti new year kan
jd 1family pg makan kat gazebo
best oo
makan mcm2,seafood arxD
hehehe



then x lama kemudian keluar dengan abang dan cousin g cs jejalan
aku suka tgk benda neh,raksasa gergasi wei
2tingkat tinggi tu,ahaha
time tu dah abes cuti sekolah jd x ramai sgt kat cs sana


boleh lak blackout malam2 tuh,hesh,dekat 2 jam gak
boleh tahan dalam 2 mgu ni banyak blackout,tp kejap2,nasib sekali je time malam
teka ape benda dlm gamba tu?
x dpt?tu la pelita!huahuahua,pandangan dari atas:))
keesokannya buat ic baru sbb ic lama cip dia rosak
kemudian,first time potong rambut kat saloon,alang2 adik gunting rambut situ,cube gak la try potong kat saloon,sebelum2 ni kat kedai mamak je,jd pas aku belek2 buku contoh style rambut ape nak potong aku x tau nak pilih mana(rambut aku x panjang mana punxD),dan aku suh brader tu potong la ikut yang dia rasa terbaik,sbb tgk muka mcm bole dipercayai,huhu,bila da siap it turn out jd mcm gamba atas tu..er..okay,same je aku tgk=.= ape2 je la

dan oh,mula2 brader gunting rambut tu tny "budak sekolah" lagi ke?
aku cakap tak,dah 18tahun,dia terkejut ckp "ini besar 18tahun??awak tipu saya ar?ini besar mcm 13tahun je,mcm budak lagi,sbb ada kawan besar ini juga"pastu dia cakap dlm bahasa cina kat mmb2 dia kedai tu,then dia translate"td saya ckp awak 18,semua terkejut,ckp awak tipu la,x kan 18tahun ini mcm"
jd sbb dorang x percaya,abes gunting sementara tunggu adik aku abes sorang2 pekerja kedai tu interview ayah aku,lol
agak2 la kalau ye pun,13tahun tu...kecik sangat wei=.=
haha tp dorang friendly gak utk bebual

then,pagi2 hari minggu jogging dengan family kat taman istana tu(kan nama dia?)
terserempak dengan keluarga pakcik jamil(jiran),tp amirul member aku baru balik ke campus uitm shah alam


then kat rumah,men Call of Duty Modern Warfare2 multiplayer dgn afbau kalau dia online
masa nak crack multiplayer code dia fuh pening aku
afbau suh bukak itu,download ini,itu,ini(sambil guna skype)
ternyata ko mmg talented bab computer2 ni afbau!tabik2!hehe
tp bile da boleh,fuhh masyuk~!
hahaha
selain tu,ade gak blaja masak sketxD ape tu,ikan masak merah dengan kacang panjang goreng?huahua,x ssh pun,"kacang" je,eceh kerek:))
boleh la,nt cuti lain kali nak try lain lak
tp keje assignment dgn tutorial x sentuh pun,huahua
minggu ke 2 baru lah buat,hesh,tu pun last minit,adik2 jgn contohi mcm aku ya:(



then buat passport aku dengan nenek
sebab 24januari ni abang konvo kat medan,indonesia sana,mak,abah,dengan nenek pg tgk
yang aku lak x ikut,sbb ade kelas,jd buat untuk standby2 je kalau ada tiket murah ke sana,huahua
2 hari kena datang,sebab first day datang nombor abes,fuah.agak menyirap gak
then terpaksa datang lagi hari khamis tu untuk buat
tp nenek aku je dpt buat lepas da tunggu dekat 4jam setengah kat sana
tu pun dpt tlg dari orang dalam sbb hari rabu tu pg naik office dia,jd orang tu tlg ari khamis tu
nasib2,hehe
siap kol 1.30tgh hari terus nek teksi hantar nenek dulu balik rmh,da sampai rumah nenek terus pg ke cs lak
mmber aku da amik tiket chipmunk 2 kol 1.50,tp aku sampai kol 2.00,jd aku masuk sendiri
x sangka selang 1tmpt duduk je dengan dorang sebab men beli je,huahua
tp abes kitorang yang laki ni kena "dera" dengan adik eza tu,baru 6tahun tp "aktif" betul
suka ketuk2 orang dan cari pasalxD bahaya2,hahaha
disebabkan aku da abes baca buku "Salahudin Ayubi" aritu
jadi kat sana aku singgah kedai MPH beli buku "Imam Shafie" lak,nak tau lebih lagi psl Imam Shafie sampaikan fahaman dia tersebar luas:)
tercari2 gak majalah "ILuVIslam" tp x jumpe,balik check website baru aku tau dorang tunda ke 31januari,aiyaya


gambar finalis KCB


pastu akhirnya,dpt gak aku tgk citer KCB2 ni,sempat2,hehe
citer ni bagus,sbb kalau perasan cerita dia islamik
banyak impak yang citer ni bagi kat aku,mau yang pertama dan gak yang kedua
lebih2 lagi dengan perwatakan Azzam tu
alim,berdikari,suka berniaga,bertanggungjawab dan matang
banyak iktibar yang boleh amik dlm citer ni
lagipun,5watak utama(dalam gamba) ni dipilih melalui audition pun
dipilih btl2 yang mana yang sesuai
dari segi berbahasa arabnya,dan lain2
jd watak2 utama dia ni baik2 belaka,bukan setakat berlakon,tp diri yang btl pun ok
mungkin pengarah dia nak jd kan "icon" la kot,kalau x asal dia susah payah buat audition,kat indon tu banyak pelakon2 lagi,huu
mak ayah aku la paling suka tgkxD
hehe,selain tu semua family,sedara,mmber2 kat matrik semua suka citer ni

tahniah kepada Habiburrahman(penulis novel ayat2 cinta dan novel KCB ni) sbb berjaya jdkan dua2 citer ni mmg bagus untuk ditonton:)
dan tahniah gak kepada pengarah citer ni sbb kurang kelihatan adegan aktor lelaki bersentuh dengan aktor perempuan dalam cerita ni,satu pencapaian bagus!
2 thumbs up!
hehehe
ok,itu sahaja update ku kali ni,
esok(ahad) aku sudah balik ke campus aku
semoga berjumpa dilain hari:)

Ketika Cinta Bertasbih 2


assalamualaikum!
wahhh
baru abes tgk citer ketika cinta bertasbih 2 ni
sememangnya best!!
x sangka sempat tgk time cuti ni walaupun tinggal 2-3hari je cuti,hehe
thanks to mat yang inform kat aku dan bagi link download citer ni,mekasih bebanyak ya mat!XD
huhu
terharu aku tgk citer tu*amik tisu lap*
banyak dugaan si azzam tu terpaksa lalui
bagi sesiapa yang x tau citer ni psl ape,citer KCB2 ni sambungan dari KCB
nak tau psl KCB boleh baca kat sini


http://slarky.blogspot.com/2009/08/ketika-cinta-bertasbih.html


ni lak sinopsis untuk KCB2,jgn risau aku x spoil ape2 kat sini,tp yang belum tgk KCB kalau boleh tgk yang pertama dulu sebelum baca sinopsis KCB 2 ya

Lulus S-1 dari sebuah perguruan tinggi yang memiliki pengaruh wibawa "kealiman", tidak menyebabkan Azzam mendapat kemudahan dalam segala urusan. Dia bahkan gamang untuk mendapatkan pekerjaan yang pas. Belum lagi cibiran tetangga yang mengira bahwa lulusan Al-Azhar University otomatis menjadi kiyahi, atau ulama besar. Itu kenapa sang ibu menjadi gelisah, bahkan menyuruh adik Azzam, Husna untuk mencarikan pekerjaan, apa saja yang penting asal kesannya bekerja, keluar dari rumah
Dengan latar belakang pengalaman berwirausaha selama di Mesir, Azzam pun tidak patah semangat untuk membangun usahanya sendiri. Tetapi bagaimana dengan menikah, hal yang selalu disinggung oleh ibunya
Wanita yang ia dambakan, Anna Althafunnisa telah dipinang sahabatnya sendiri. Sedangkan dengan Eliana yang jelas-jelas menaruh hati padanya belum bisa ia terima, karena ia masih mendambakan wanita muslimah. Azzam pun berusaha mencari tambatan hatinya, walaupun cukup banyak hambatan yang ia hadapi, yang kemudian membuatnya hampir putus asa
Bagaimanakah kelanjutan perjalanan cinta dan hidup Azzam? Lalu bagaimana nasib pernikahan Anna & Furqon, mengingat Furqon masih menyimpan rahasia besar dalam hidupnya? Akankah Eliana tergerak hatinya untuk menjadi wanita muslimah seutuhnya dan mendapatkan cinta Azzam?


hehe
aku suka cerita ni
jalan citer best,watak2 dalam citer ni semuanya hidup
semua ada,sedih,suka dan romantik?ahaha
tp KCB2 ni,baru la banyak konflik,hehe
kalau yang kat KCB dorang belakon kat mesir kan?
untuk yang ke2 ni dorang dah balik kat indonesia dah,kat Jawa
bagi sesiapa yang lom tgk,aku syorkan korang tgk citer ni
CD KCB pertama aku tgk dah ada pun kat kedai2,yang ori je lom sampai malaysia x silap aku
mesti korang puas tgk la
sebab citer ni dia buat dari novel Al Habiburrahman,ala penulis novel citer ayat2 cinta tu
citer ni berlipat2 kali ganda lagi best berbanding citer ayat2 cinta
huahuahua
kalau malas download kat youtube pun dah ada untuk KCB dan KCB2
anyway tgk jangan x tgk,rugi oo kalau x tgk!:D
hehe,okk nak sambung buat keje cuti lagi
sekian saja dahulu,salam



sedikit trailer dari KCB2:)
hehe

hurm

assalamualaikum!
dah pkl 1.50pagi
sepatutnya aku dah tdo skrg,1hari dari pagi sampai mlm berjalan
tp anehnya aku x ngantuk lagi
mungkin aku terfikir pasal sesuatu
msg yang aku nak sampaikan yang x kesampaian td
sebentar tadi
aku tertanya2,adakah setiap tindakan manusia tu tetap akan dibalas oleh allah walaupun hamba tersebut dah lama memaafkan tindakan orang tersebut?kerana allah itu maha adil
atau ni kebetulan je?tiap manusia pasti akan lalui gak masalah camni?
aku sangat terkejut bile orang tersebut cerita pada aku,dan perkara tersebut sama sangat seperti mana aku rasa zaman dulu2,sebijik>.>
sampaikan mula2 aku x tau nak cakap ape,tp buat2 biasa,speachless gitu
jika benar lah segala tindak-tanduk manusia akan dibalas walaupun dah lama dimaafkan,
maka aku harap supaya orang tersebut dpt ketenangan dlm diri dia supaya dpt bertenang dan dpt selesaikan masalah dia secepat mungkin
aku x pna menyalahkan orang tu psl perkara lama tu,dan kalau ada mungkin "ter",atau tidak sedar
lagipun x elok meratapi benda yang dah lepas kan?
aku pna rasa benda sama,mmg amik mase lah untuk ok
tp yakin la,lama2 ok tu
toksah pk ingat2 balik benda lepas
semoga diberi petunjuk:)

Narnia oh Narnia~


assalamualaikum semua!
bagaimana hari anda hari ini?
harap hari2 pembaca semua ceria2 sahaja:D
tetibe je kali ni aku nak ckp psl narnia,antara series movie kegemaran ku,huahuahua
ckp psl narnia ni,dari yang pertama punya aku dah tertarik dengan citer dia
bila keluar narnia 2 tahun 2007(x silap aku) mmg lagi excited la akuxD
hehehe
aku tgk narnia 2 ni pas abes seminar spm kat sekolah dulu,banyak sekolah luar datang
dan kebetulan yan ada kat situ,jd pas abes seminar fizik kitorang pun kuar pg banda tgk citer narnia 2 tu dgn mmb sekolah dia sekali(salah sorang kawan dia time tu,president yus sama matrik dan sama modul dgn aku skrg,terkejut kan?hahahaxD)
mcm tu lah aku punya semangat nak tgk,x saba2 dah nak g tgk kat wayangXD
aku suka jalan citer narnia2 prince caspian ni,ternyata lebih EPIC dan emotional citer dia
disebabkan best lah pastu aku ajak 1family lak pg tgk,hehehe
mmg best!
aku suka lagu dia,
"Regina spektor-The Call"
relax je~
best lagu dia dan mmg ngam la dgn citer tu
skrg ni dah dekat 3 tahun lepas citer tu kuar
dan info yang latest aku baca psl Narnia 3(Voyage of the Dawn Trader),dorang akan release around 10dec 2010(patutnya lebih awal,tp tah napa dorang push back 1year atas sebab2 tertentu)
yang aku tau,citer Narnia 3 ni hampir2 pihak disney x nak buat,sebab sambutan Narnia 2 kurang dari Narnia 1
mmg buat aku pelik ar,padehal jalan citer Narnia 2 lebih matang kalau nak dibandingkan Narnia 1 yang agak keanak-anakan sket
dan mungkin Narnia 3 ni yang last dorang buat kalau sambutan masih sama
OH TIDAK!!
mana singa Aslan ku nak pg nt kalau dorang buat yang ni untuk terakhirT_T
dan aku nak gak tgk dorang buat sampai abes,sampai THE LAST BATTLE(sebab part hujung2 ar best dlm series novel Narnia neh,mcm2 jadik weh)
aku ada novel dia(pesan beli kat fatin kikilala)
x abes baca lagi novel dia,sebab 5 series novel dia gabung jadik 1 buku,tebal dia dah jdk mcm tebal kamus=.=
jd lambat gak ar aku abeskan,hehexD
tp yang aku dah terbaca2 mmg best la,mmg sayang kalau dorang batalkan bab2 akhir tu,sigh
oh well,ape2 pun,bila citer ni kuar aku harap dapat sambutan yang baik:)






sedikit snapshot dari Narnia 3,Lucy dan Edmund je tinggal:)

Kagum,Salahudin Ayubi



Assalamualaikum
sebentar tadi,aku baru je abes baca novel citer pasal sejarah "Salahudin Ayubi"
dah lama dah aku beli,dekat 1 bulan lebih kot,cuma x da peluang je nak abeskan baca kat matrik sana,geram gak aku tgk kat meja aku kat sana
bila time cuti ni dah abes baca,rasa puas hati+kagum dengan kehidupan salahudin ni
mungkin ramai yang dah tau sejarah Salahudin ni,tp bile aku baca novel ni,lebih mendalam lagi dia cerita pasal salahudin ni,kat sini,aku nak kongsi sikit luahan hati aku mengenai apa yang aku dapat setelah baca novel tersebut,aku sedar yang aku ni bukan lah ahli sejarahwan atau tau sangat sejarah islam secara mendalam,tp aku nak kongsi sikit kat sini,diharap kalau ada salah silap,harap ditegur ya!

bila aku baca,baru aku tau yang zaman salahudin dulu keadaan islam x ubah lebih kurang sama mcm keadaan kita sekarang ni,serious begitu sama sekali!hanya mungkin keadaan zaman dan teknologi ketika itu berbeza sedikit dengan sekarang,antaranya yang sama ialah musuh bermaharaja lela,negara2 islam mementingkan diri,berpecah belah,dan ade gak yang sanggup berkerjasama dengan musuh sebab takut dengan musuh sebab tentera dorang kuat!ade gak time Salahudin jadi pemerintah,ade yang nak belot dengan kerjasama dengan musuh!ish3

salahudin sejak kecil lagi dah diajar dengan pelbagai ilmu seperti menghafal al-quran,menunggang kuda,bermain senjata dan ilmu peperangan.Salahudin ni lebih berminat bercakap mengenai Jihad atau cerita pahlawan2 rasulullah.Salahudin ni gak seorang yang rendah diri,zuhud,murah hati dan baik hati.

ni aku dpt tau bila Salahudin ni banyak ubah cara pemerintahan negara tersebut,peruntukan yang pembesar2 dia gunakan untuk hidup bermewah2 tu ditarik balik!dia guna peruntukan tu untuk orang2 yang memerlukan cam tentera yang dah pencen,dan lain2,selain tu,salahudin gak lebih gemar ddk dalam khemah bersama tentera dia berbanding duduk kat rumah bunglow mewah.

Masa perang dengan tentera salib,Salahudin berjaya tanamkan semangat jihad yang tinggi kepada tentera2 islam,dan Salahudin ni mmg sangat2 lah yakin akan ketentuan Allah dan Sunnah Rasulullah mahupun dalam peperangan,Salahudin kebanyakan caranya ikut sunnah rasulullah bila berperang,mungkin ada yang pernah berfikir sebelum ni,dalam islam,kalau musuh minta berdamai atau menyerah kalah kita x boleh bunuh atau menolak,tp cemana kalau dorang tu nak tipu je?patut ke kita terima tawaran musuh yang licik?mcm mane kalau dorang melawan balik?pastu tawanan perang kita x boleh siksa,sedangkan mereka bunuh dengan kejam tawanan islam,sebaliknya kita kena layan mereka dengan baik?time baca sejarah Salahudin ni,barulah aku faham,disebabkan Salahudin mmg yakin amat2 dengan suruhan Allah dan sunnah Rasulullah,sebab tu Allah beri bantuan kepada Salahudin,dan sebab tu Salahudin dapat kalahkan tentera salib di tanah arab.Bukti Salahudin mempunyai kepercayaan tinggi dan berserah kepada Allah ialah Salahudin berani masuk menyeludup ke kota yang dikepung oleh tentera salib untuk meninjau,time tu Salahudin diiringi oleh beberapa orang je,selain tu,Salahudin berani lawan satu dengan satu dengan panglima tentera salib,

Time perang lak,banyak kali tentera salib hampir kalah,tapi sebelum kalah dorang mintak berdamai,bila tgk masa sesuai dorang perang balik,lepastu tawanan perang salahudin x mengapa2kan kepada mereka,salahudin siap tawarkan mereka lagi,bayar tebusan(kalau x bayar 10dinar jd tawanan) atau memeluk islam kalau nak dibebaskan,ye memang lah lepas bebas dorang akan gabung balik dengan tentera lain pastu perang balik,tp Salahudin tetap bebaskan dorang walau berapa banyak tawanan yang di tawan.Kejayaan demi kejayaan berjaya menumpaskan tentera salib,Salahudin gak berjaya menyatukan kembali negara2 islam yang berpecah belah menjadi bersatu semula,bukan senang tu!Perjalanan nak menawan semula Jurusalem dari tentera salib yang dah kuasai sana selama 80tahun mmg bukan senang!banyak halangan,tp mereka berserah kepada Allah dengan berbekalkan iman dan semangat jihad yang tinggi,orang islam berjaya tawan balik Jurusalem

Pernah gak lepas Jurusalem orang islam dah tawan balik,raja2 kat sana dengan semua orang kristian dibebaskan,tp x lama pastu,1 eropah datang balik nak amik balik Jurusalem tu,dengan Raja Henry,King Richard,dan raja2 lain(termasuk raja2 yang dibebaskan oleh Salahudin sebelum ni),boleh kata keadaan mmg sangat genting la time tu,orang islam berada diibarat hujung tanduk time tu sebab x silap aku,tentera salib time tu hampir 300ribu orang(tambah dengan bantuan dari Konstantinopel),1 eropah wei dari jauh2 datang nak balas dendam,dalam hati aku baca aku ckp"mak aih,gila wei",mmg sengit pertempuran antara dorang,sampaikan Salahudin terpaksa berundur ke Jurusalem,time tu dorang mmg dah kena kepung dah dengan tentera2 salib

time tu,Salahudin,tentera2 islam,dan penghuni Jurusalem buat solat hajat,dan keesokannya,tetibe2 tentera2 salib undur diri sebab dorang dah x tahan dengan keadaan cuaca sana serta ssh dpt bekalan air lagi,uish aku baca sekali lagi aku ckp dlm diri aku "masyaallah,bergitu besar kuasa allah",dan lepas tu berdamai lah antara kedua2 pihak antara islam dan orang kristian sebab mereka dah jemu dengan peperangan ini dan ingin pulang ke tanah air masing2.

Begitulah kesudahannya,sangatlah aku kagum terhadap Salahudin Ayubi,kesimpulan yang aku dpt lepas baca ialah

1.sifat mulia yang Salahudin seperti murah hati,rendah diri,zuhud,hidup tidak bermewah-mewahan,pemaaf dan kuat keimanannya buat rakyat rasa senang dan menjadi contoh kepada umat islam time tu

2.Sifat Keyakinan yang tinggi terhadap bantuan Allah dan Ketentuannya,serta Keyakinan Salahudin terhadap Sunnah2 Rasulullah(S.A.W) merupakan faktor utama Salahudin berjaya menewaskan musuh

3.Pemimpin mcm ni yang kita perlukan untuk membebaskan umat islam daripada terus dipijak2 oleh musuh kita,keadaan di zaman Salahudin sangatlah sama dengan keadaan sekarang,cuma yang beza mungkin dari segi teknologi

4.Bahayanya kalau Baitulmaqdis jatuh ke tangan musuh,kerana musuh x pernah rela baitulmaqdis jatuh ke tangan orang islam sebagaimana kita tidak rela baitulmaqdis jatuh ke tangan musuh.Ini adalah sebab Masjid Aqsa terletak di Baitulmaqdis adalah antara salah 1 daripada 3 masjid suci orang islam,lagi dua adalah Masjid Nabi Muhammad di Madinah dan Masjid Haram di Mekah.Pernah seorang panglima tentera salib membawa 100ribu orang tentera dari Jurusalem untuk tawan Madinah dan Mekah,tp mereka berjaya dihalang apabila Salahudin bersama 10ribu tentera berkuda sahaja berjaya mengalahkan mereka.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


zaman sekarang ni,mcm2 ape yang jadi kat umat islam diseluruh dunia,musuh sekarang x takut lagi,malah dorang banyak amik kesempatan kepada umat islam,bila habis baca cerita pasal Salahudin,terasa rindu akan pemimpin seperti Salahudin,pemimpin yang akan menyatukan semula umat islam dan membebaskan Palestine daripada musuh.Aku manusia yang lemah ini agak berasa kesal kerana tidak berdaya buat apa2 dan hanya mampu berdoa sambil berusaha memantapkan iman,
semoga apa yang ditulis dapat dijadikan iktibar bersama,

terima kasih kerana baca luahan hati ini,maaf lah kalau agak meleret2 panjang>.<

main tulis je,x perasan dah panjang,boleh jadi karang ni,hehe
maaf gak kalau ada kesilapan atau kekurangan,yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk datang dari diri saya sendiri
sekian,semoga berjumpa lagi!
Assalamualaikum!

pertandingan sc comp!


(afbau,mukmin(abang long!huahaxD),dan syaliman)

2minggu lepas,time PP(Perhimpunan Pelajar) kitorang ada buat pertandingan sc comp

sebelum tu cikgu sukor ckp,untuk pertandingan ni kena ada 4 peserta dari setiap praktikum

mula2 aku dan aftar x nak la masuk pertandingan ni,tp kalau pasal sc comp ni,biasanya kitorang dua lah yang jadi targetnya,mmg x boleh lari,wuu wuu

xpe la,pasrah je terimaT_T

jd untuk lagi dua peserta,aku ada cadangkan letak ainin sofia sebab dia pun dah nak pindah,bole jd kenangan dia sebelum dia pindah

dan peserta lagi 1 khalie yang dipilih

so dah cukup 4 orang peserta,kemudian ajk2 setiap kelas pun dilantik,contoh ajk peralatan,kawalan peseta,dan lain2

satu kelas tu 90% la yang terlibat,huahuahua

jd bile hari rabu tu,semua modul 2(5kelas) je yang amik bahagian dlm pertandingan ni,kalau modul 1 bebudak biologi masuk pertandingan sc comp ni aku x tau la cemanaxD
time kitorang buat pertandingan ni dak2 modul 1 ada quiz kot x silap
cuma ainin x sempat nak join pertandingan ni,sebab dia terpaksa emergency balik awal sebab nak kena siapkan document2 untuk SPA nt
sedih gak sbb dia x dpt join skali
tp x pe2
pas ainin pindah,untuk pertandingan sc comp tu diganti oleh izzati
tibe2 teringat balik kat yana dgn ijan,kalau mereka 3 ada skali mesti lagi meriah kan?
pertandingan dia ok la,cuma time menunggu tu agak boring sikit
time bertanding je semangat bg sokongan kat kelas sendiri,time menunggu,tgk camtu je laa kelas lain buat,hahaha

(gambar yang blur)
pertandingan dia agak simple gak la
sorang kena jawab soalan(aftar a.k.a afbau principle!:D)
sorang kena pasang alat2 pc(aku,hahaha)
dan lagi 2 orang kena tutup mata,pastu kena lalu maze ni(zati dan khalie)
sorang kena tutup mata tunggu kat seberang sementara tunggu sorang lagi datang,pastu tuka lak kena pg patah balik bawak paper soalan
satu kelas amik masa 10min gitu je
agak berdebar+segan gak sebab mengadap penonton,tp cover2,control2,cewah!xD
pertandingan mula dgn khalie jalan maze tu sambil mata ditutup dgn tie yang dah diikat,confirm2 la x nampak jalan kan?aku rasa part tu la agak ssh kot,haha
pastu izzati lak jalan patah balik bawak soalan
sampai soalan afbau ape lagi,terus jawab dan aku lak kena pasang alat2 kat pc
boleh tahan,aku pna buat pasang2 alat ni skali je time skola,nasib baik dpt yang senang
pasang cable printer dgn cable disket
ohoho
abes pasang aku tlg afbau jawab soalan dia

time pertandingan

ecewah!sempat lagi posing!


lepas kelas kitorang abes,ade lagi 2 kelas lagi,jd tunggu je la abes sebab result dia bg tau aritu gak

agak bosan gak menunggu2 ni,so aku pun pinjam iphone afbau,dan bukak game ape tah,mcm hockey gitu lawan dgn ika,agak addictive game tu,hahaha

sedang focus lawan!haha

x lama pastu result dia pun keluar

dia umum dari no 5 last2 baru no 1
x silap aku no.3 m2p4,no.2 m2p1 dan no.1 m2p2
nombor 4 dan 5 aku x ingat kelas mana dpt..
tp la time umumkan no.2 kelas dimenangi oleh m2p1,kelas kitorang da bersorak dulu
sebab tu bermakna kelas kitorang no 1!!ahaha
punyalah terlompat2 bebudak ppuan kelas aku
aku yang baru nak excited tgk dorang terus x jd sbb pelik,hahahaah
bila diumumkan je no.1,kelas kitorang 1 kelas terus pg amik hamper tu
dlm pertandingan ni,semua kelas dpt hamper,kiranya semuanya pemenang,x de yang kalah


kelas m2p2 menang!:D

kelas m2p1 no.2!:)

dan kelas m2t4 no.3,syahmi wakil pg amik hamper skali

pas abes bg hamper ada jamuan makan sket,ada kek cokelat dari mana dpt aku x tau
besar2 kek tu kejap je abes,mcm pirana jexD
lepas mkn ada balance sikit lagi,
seronok la time tu,rasa puas hati mng,hehe

tu saja dulu dari aku,ape2 akan ku update dilain hari

sekian,assalamualaikum~!

Sekolah Agama Kebun Teh~



Sekolah Agama Kebun Teh


Hari Sabtu lepas,adik aku pg daftar kat sekolah Sekolah ni,jd aku pun ikut laa dengan 1 family pg registerkan adik aku,ye lah,dah nak naik skola la kan,skrg ni dah abes cuti pun,hehe
aku masuk2 mmg terkejut
huah,dah cat baru sekarang eh,dulu warna hijau,sekarang warna oren,hm ceria sket!ahaha
sekolah agama kebun teh tu kecik je,2blok bangunan je
tp sebab kecik2 tu la yang best,boleh kata semua orang kat sana kenal
lagi satu,mejoriti budak2 area kawasan tu which is dekat dgn rmh aku,haha
kat sekolah agama,dia lain sket
sebelum masuk darjah 1,dia ada kelas pafa 1 dan 2
lepas pafa 1 dan 2 tu baru lah masuk darjah 1 dan seterusnya
jd biasanya,time darjah3,baru naik darjah 1 kat sekolah agama
tp untuk kes aku,aku ada lompat 1tahun,aku x masuk pafa2 atas sebab2 tertentu
kan campur lelaki perempuan kan,dan disebabkan aku x biasa mix sangat,jd aku hanya berkawan dgn dak2 lelaki je,dak perempuan aku x kawan langsung dari darjah 2(aku pindah jb time aku umur darjah 3,jd sekolah agama aku dajah 2 time tu)
dari mula darjah 2 tu sampai la habis darjah khas,aku x pna borak2 cam biasa dgn dak2 ppuan
sampaikan,bile aku tgh borak2 dgn kawan aku kat corridor dia,tibe2 ade dak ppuan lalu,aku mesti terdiam,pastu tunduk bawah atau kiri,kanan,atas,pas dak ppuan tu da lalu baru la aku borak2 balik
segan punya pasal,lolxD
hehehe
kadang2 tu kena la perli sket dgn mmbxD
sampai sekarang,aku x kenal sgt sape dak2 ppuan yang pna sama sekolah agama dengan aku,kadang2 tu kalau jumpa time raya atau kat mana2 dorang ada tegur,
tp maaf la aku x kenal>.<
yang kenal sangatlah sikit,ampun2!
x pun mungkin kenal2 camtu je la
bukan sombong ya!
aku ingat lagi time aku sekolah kat sana
aku mmg rapat sangat dengan sorang mmb aku ni,nama nya fakhrul faiz
orangnya tinggi dan tua 2tahun daripada aku
pg mana2 je aku sama dgn dia
kadang2 sebelum kelas mula,aku singgah rmh dia jap sbb belakang sekolah je rmh dia
sebelum pekse darjah 6,aku pg blaja kat rmh dia sampai mlm
pastu time darjah khas sama kelas dia ddk sebelah aku
aku dah anggap dia mcm abg angkat aku daxD
sekarang ni lak dia da ada tunang da
dan time dia ajak aku ke majlis pertunangan dia ada ckp kat mak dia "ni ha adik angkat abg ckp tu",hahaha,terasa haru rasanya
ada jumpa tunang dia skali,wuish,lawa!
alhamdulillah,orang kata rezeki kan?ahaha
ape2 pun aku doakan korang dua bahagia ya!
kawen nt jgn lupe jemput!hehe,nak rasa nasi minyak wei,hehe
okok balik ke topic asal
dah lama aku x masuk sekolah ni,x silap tahun lepas je aku x singgah sekolah ni,biasanya time maulidurrasul skolah ni la aku dgn mmb2 aku pg,tp tahun lepas aku x pg,x silap buzy kot semua
rasa rindu lak,teringat lak memori time sekolah situ
bila masuk sekolah tu time nak register adik kat sekolah tu terubat gak rindu
tp sayang x jumpe cikgu2 sana
ramai da tuka da,uwaa!
ishk,xpe2,tahun ni kalau berkesempatan insyaallah aku datang ya maulidurrasul dia


ni la kawasan perhimpunan dia,kiri tu office,kanan lak dewan,ade aircond wo!dan yang tgh tu surau,time aku dulu x de surau ni,bile petang2 semua solat kat dewan aircond tu,hehe




ni lak pandangan dari atas,aku suka ddk kat bahagian ni,esp time darjah khas,ahaha

ni lak kat luar sekolah tu,dulu seberang jalan tu mcm hutan kecik,pokok tinggi2 mcm hutan,rasa sejuk je time blaja,tgk kat luar nampak pokok2 besar2,hehe,tp kat dlm tu ada kubur2 campur(kubur lama time perang dulu),dekat bahagian lintas jalan tu kalau tgk dekat2 kat hutan tu ada namapk lambang "t" iaitu kubur orang chrstian,tp sekarang dorang dah tebang,x silap nak buat hospital ke ape tah,ade kaitan dgn hospital gitu

Merantau




assalamualaikum~!
wah2,aku teruja sangat ni
tadi aku terjumpa satu citer action yang menggunakan "Silat"
citer yang aku maksudkan tersebut ialah citer "Merantau"
hehe,menarik2,tabik kepada semua crew2 citer tu akhirnya dorang dah dpt idea cemana nak buat citer action "Silat" yang best!

cuma citer ni kurang gaya bunga2 silat la
untuk takat ni aku x tau sangat citer ni psl ape,so far yang aku tau citer ni psl budaya minangkabau setiap anak lelaki2 akan keluar cari pengalaman hidup bila dorang dah dewasa
watak utama ni mmg terer guna silat,jd dia merantau la ke bandar Jakarta yang sibuk
kat situ la dia dpt pengalaman hidup dia,kat bandar Jakarta tu dia jumpa ramai orang2 jahat,jd untuk survive,dia terpaksa lawan guna silat dia yang sememangnya terer!hehe
selain tu,cinematography dia pun lawa gak
acting dia pun best!
ni antara salah satu review dari orang yang dah tgk


“Brilliant fighting sequences, tight writing, great characters, strong acting, a moment that should become iconic, and a final fight scene that pays off massive dividends.”

huish,x saba ye aku nak tgk citer ni
kat indonesia dah tayangkan da,kat malaysia baru nak tayangkan kot x silap
ape2 pun,ni dia trailer citer "Merantau" tu yang aku ckp kan
semoga korang terhibur ya tgk aksi seni pertahanan "Silat" ni:)


http://www.youtube.com/watch?v=pT5BN_daUKk

Geng Blogger


assalamualaikum

apa khabar antum dan antumna sekalian?

harap anda semua sihat2 ya

baru2 ni aku terbaca mengenai
"geng blogger"

ape tu geng blogger?

rasa2 ramai yang da tau,aku je kot agak lambat up to date

hehe,bagi yang x tau lg usah risau,kat sini aku akan beritahu ape tu geng blogger

geng blogger ni mcm satu komuniti la,komuniti yang besar!

komuniti untuk dak2 blogger,x kira yang baru je menceburi bidang blogging ni,atau yang dah lama masuk blogging ni

korang bole promote blog korang kat sini ikut kategori ape

mula2 sudah semestinya kena daftarkan diri dulu jadi ahli kat
http://www.gengblogger.com/

x susah pun,kejap je pendaftaran dia

lepas tu isi link blog,kemudian x silap aku Ping topic kat blog kita yang nak promote kat gengblogger tu(pilih ikut kategori ape),pastu nt ade la visitor2 dari orang2 sana gak,hehe

jd kepada yang lom join tu,join la ye

lg ramai baca pendapat/pandangan korang lagi bagus kan?bukan ke kongsi pendapat/ilmu kepada orang ramai lebih bagus?

aku pun baru join gak,jd nak gak promote kat korang sini



anyway td time baca2 blog orang,aku ada terperasan

yang blog aku ni,agak serabut,sebab da tercampur aduk dengan kehidupan seharian aku dan info2 yang aku nak kongsi,orang selatan,dah "kecah" dah

bak kata sorang blogger tu ckp,"bukan semua orang nak tau psl kehidupan kita",jd kalau nak jdkan blog kita tu cam blog informasi,toksah la libatkan sangat info2 kehidupan seharian kita sgt sbb orang yang baca untuk info biasanya pentingkan informasi,dorang x amik kesa pasal kehidupan kita neh,kalau nak letak info pun sikit2 lah,jgn terlalu banyak,nt jadi cam rojak lak mcm aku nye blog ni>.<
cuma sebelum tu,aku nak buat survey sikit laa
blog aku ni korang rasa berserabut ataupun ok?
harap dapat respond yang bagus ya:)
kalau jd jgn risau,blog aku skrg ni aku tetap update gak,tp aku nak jdkan sebagai kehidupan seharian aku je,manakala kat lagi satu lak untuk aku kongsi pendapat,pandangan dan informasi baru peringkat awal blog baru tu,ape2 insyaallah aku akan update kat sini pada masa akan datang ok:D

Majalah ILuvIslam & Majalah Solusi~


assalamualaikum,
alhamdulillah,bertemu kita kembali
termasuk harini,dah dekat 3 hari aku mula cuti pertengahan semester 2:)
dan asyik dengan game pc dan tv aku kat rmh,aku rasa hati aku semakin keras sbb x byk sangat membaca bahan ilmiah especially dengar hadis2
sebab x silap aku,kalau 3 hari berturut2 x dengar hadis,hati akan menjadi keras,erm,betul?btlkan aku kalau salah..
jd sebentar tadi,aku tergerak nak baca artikel2 kat laman web iluvislam
belum sempat aku tekan kat bahagian "artikel" kat website tu aku ada perasan kat homepage dia ada tunjuk gambar akhbar mingguan "iluvislam",jadi aku pun tekan lah bahagian tu
rupa2nya dorang baru release akhbar mingguan dorang setebal 40muka surat,which is aku rasa sangat kagum,satu peningkatan yang bagus,dari website islamik yang menjadi tmpt perbincangan masyarakat mengenai pelbagai isu,skrg dah ada majalah sendiri dah,bagus2!
baru je release ni,1januari 2010 ni dorang baru jual akhbar majalah ni untuk edisi pertama
sebabkan baru release la kan,dorang bagi harga promosi dari rm2.00 jadi rm1.00,menarik bukan?
dalam masa terdekat ni aku nak try pg tgk kat kedai2 buku berhampiran,harap2 dorang ada jual gak,hehe,maklumat lanjut boleh baca kat artikel kat website dia kat sini

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2065

selain tu,kat campus aku,kawan aku iaitu abang asyraf ada promote gak majalah yang baru relese baru2 ni
majalah tersebut ialah majalah Solusi




aku sempat baca dan tgk skali imbas kat beberapa isu majalah ni

aku rasa majalah ni pun bagus untuk dibaca
dah la berkualiti,artikel2 dia pun bagus
biasanya satu isu dorang akan focus kepada satu topic
contoh isu 14yang aku sempat baca dorang banyak focus psl hidup untuk memberi
artikel2 dorang pun berkaitan gak
tp sayang,sebab masa x mengizinkan aku baca keseluruhan majalah ni
xpe2,nt nak cube cari kat kedai2 berhampiran
tp harga majalah ni agak mahal sikit,x silap aku rm7.00-rm9.00 gitu
buku ni baru publish gak,baru isu 14,tp ramai yang belum tau psl majalah ni
jadi kalau rasa nak cube2 baca boleh la beli kalau nampak kat bookstore ke,kedai runcit ya

bukan ape,post ni aku harap ramai dapat tau psl majalah2 bagus camni dan harap dapat sokongan dari masyarakat tempatan:)

sayonara 2009,hello 2010!:D

assalamualaikum!

dah masuk 2010 dah:)

selama setahun ni,banyak perkara yang berlaku

suka,duka,pahit dan manis

jd di sini aku nak imbas sejenak apa yang berlaku dalam tahun 2009



2009

-masuk plkn(ksp mantin),pada mulanya amatlah anti dengan plkn tu,tp lepas masuk,punyalah suka kat sana dgn mmb,kawan baik aku sana alif dan zilah,disini mulalah titik perubahan kesedaran dlm diri aku

-habes plkn result SPM pun keluar,dan aku hanya dapat 5a..sedih time tu

-keje part time kat pizza hut holiday plaza sementara tunggu result UPU dan matrik selama 1bulan,banyak pengalaman dapat sana:)

-dalam tempoh keje part time tu,akhirnya result UPU pun keluar,time tu aku x dpt mana2,x de rezeki kot,mmg terasa la time tu

-x lama kemudian result matrik first dan second call pun keluar,aku x dpt mana2 gak,mmb2 semua da start ikut haluan masing2,jd aku daftarkan diri masuk form6,kat situ aku jumpe has dan geng mmb dia,sambil2 tu aku da dpt tawaran Uniten dan MMU incase matrik PDT aku x dpt gak

-kemudian 2mgu pastu,aku ditawarkan masuk ke matrik PDT,aku pun terima tawaran tu dan sampai skrg kat matrik melaka,londang

-masuk sana dengan penuh semangat,x nak ulangi kesilapan yang sama,first time gak blaja mix lelaki dan perempuan,so agak kekok pada bulan 2-3 yang pertama dan lepastu aku suka dengan kelas praktikum aku blaja skrg,mmg best dak2 nya!:)

-terkejut ramai budak ec yang sama tempat sana,lagi terkejut bila mmb aku sama kelas,hehe

-jumpe cikgu kimia yang cara ajar dia lebih kurang sama dengan cikgu nazaria,salah je "bam!"xD

-first time tgn kanan aku patah selama 1bulan+,kelebihan dpt tulis tangan kiri:D

-aku terpaksa masuk story telling time english week semasa tgn aku belum pulih lg,main bedal je ckp,broken eng pun broken laxD

-aku dpt 1kumpulan dengan seseorang yang aku x jangkakan time projek drama english,sangatlah best buat drama tu,kena present kat dewan kuliah,group aku buat drama phantom of the opera,jd watak director opera house yang garang mmg best!hehe

-dapat handphone idaman aku!>.<

-result semester 1 aku agak menyedihkan,jd semester 2 ni nak usaha dengan lebih baik lagi

-first time rasa solat jumaat jemaah cukup2 40orang

-overnight jalan2 kat bandar melaka mlm2 untuk sambut ijan yang bakal pindah ke uitm,sempat tgk 2012 satu kelas:)

-3orang kat kelas aku nak pindah,mmg terasa time tu,3 hari gak aku menangis..x pna sesedih camni

-pergi ke pantai pengkalan balak dgn syahmi,ainin dan nisah,mmg enjoy time tu walaupun hujan lebat,kenangan yang aku x kan lupa dgn mereka:)

-handphone aku antena rosak dan pernah tercelup masuk air,nasib baik ok>.<

-abang beli desktop baru!

-abah dapat hadiah camera canon dari mama:)

-kunci pintu dah repair,dan bilik dpt katil besi baru,da x pakai katil kayu dah


Harapan untuk 2010

-nak potong rambut gaya lain sikit

-harap tinggi dapat mencecah sekurang kurangnya 168cm tahun niT_T

-dapat 4 flat sem2 ni,dan pointer keseluruhan x bawah dari 3.5

-belajar ilmu usil dakwah,insyaallah,azam!

-tingkatkan dan mantapkan ilmu agama dan iman aku yang sangat lemah

-hubungan silaturrahim dieratkan,hehe>.<

-naik PST sambung kat KMM melaka gak,bukan di banting,selangor

-semua PDT dpt masuk PST dengan jayanya,x da yang kena tendang

-amik lesen kereta,hehe

-movie Ketika Cinta bertasbih 1&2 masuk panggung kat malaysia


-semoga dapat memuhasabah diri dan jadi insan yang lebih baik

-nak ubah rutin harian bila kat rmh

-belajar masak dan resepi mak

-belajar memanah/sukan lain

-nak jumpe/reunion dengan budak2 kem plkn dulu!esp alif dan zilah,rindu ddk gelak sama2 3orangT_T



tu je rasanya,hehe
semoga perkara yang lepas dijadikan iktibar dan berusaha untuk mencapai impian kita dimasa akan datang