cuti2 malaysia~


wohoo!!
im back,wahaha
dan kali ni dapat gak aku beli buku yang da lama aku tercari2
best pegi bercuti 4hari neh
wahahaha,cuti sakan,baru balik ari khamis pkl 10.30+ gitu
first dengan second day aku pegi kl jap ayah aku ada meeting sana
first day sampai kl malam around pkl 8+
da lapa time tu,so pas check in kat hotel kitorang satu family pegi restoran "al-rawsha" tak silap aku,second time aku makan kat sana,makanan arabic la,pekerja2 dia pun ramai orang dari lebanon,tp fuhh,nasi+ayam+kambing dia sememangnya sedap!ramai lak tu orang sana
tp bg aku orang2 kl mmg pelik trend dorang
kalau dorang datang jb pun bole tau orang tu dari kl,sebab tah,aku tgk trend dorang cam luar biasa,wahaha
anyway kalau sesape yang pernah pegi buat umrah atau haji masakan dorang sama cam kat arab sana,dia sediakan makanan kat dulang besar,pastu makan la,cuma kat sini da sedia pinggan
aku lom pegi laa buat umrah/haji tp ikut citer ayah+mak+abg aku dorang cakap gitu,wahaha
kalau ada kat jb restoran tu selalu la makan sana,kah3xD

ok den second day time mkn tgh hari kitorang pegi ampang park sementara ayah aku meeting dekat2 area tu memandangkan hotel kitorang tak jauh dari hotel tu
tp jauh gak ar tersesat,naik teksi pastu tersala cakap tempat,da dia pegi bawak kat jalan tun abdul razak,pastu sampai sana pusing balik pegi ampang park,padehal dari hotel tu bole jalan kaki je,200meter je gitu,wahaha ape da
sampai ampang park kitorang makan kat kfc,ayam baru dia boleh tahan gak ar pedas dia
time makan2 sana ayah aku abes meeting terus jumpe kat kfc tu,pastu naik lrt pegi klcc,tak jauh gak,1stop je dari ampang park
sampai klcc terus pegi kedai kinokuniya,sesak betul kat sana=__=
payah gak la aku nak cari buku tu,sederet panjang tempat buku yang aku carik tu
nasib baik laa ade jual,hahaha
abes beli kitorang naik cab pegi balik hotel terus check out pegi sungai lembing kat pahang
kat kampung2 la,saje2 buat homestay 2hari sana
best la kat sana,dari bandar ke kampung,hahaha


"ni ha buku2 yang aku beli,buku dot hack aku akhirnya complete,wahaha,yg kertas bookmark tu free je,yang shonen jump sp tu dpt free sebab beli buku dari tokyopop,syok2"




highway dari kl ke pahang sememangnya best

byk belok2,da tu sampai ke malam,fuh syok,mcm kat citer2 racing lak(peh,aku ckp mcm aku lak yang drive,kah3xD)

highway dia tak cam highway jb ke kl,wahaha

time malam pkl 10mlm+ gitu lama gak la carik tmpt homestay tu

bile sampai tmpt homestay dia tak reach expectation aku,aku ingat mcm rmh kampung betul dok satu rmh dengan tuan rumah cam kat kampung2,baru 100% original homestay gitu,kat sana dia buat homestay lebe kurang mcm chalet ade 4-5bilik gitu,tp ok laa,orang tuan rumah tu friendly
hari ketiga lak kitorang pegi merayau2 kat tempat lombong bijih timah lama kat sungai lembing tu,kat sana memang dulu2 popular dengan lombong bijih timah "terbesar didunia"beb,kagum2,tp time pegi kat tempat lombong bijih timah tu gua dia da tutup laa,tp luas dia tak silap aku sampai ke kuantan
pas pegi kat tempat lombong bijih timah kat atas bukit tu,kitorang turun balik pegi muzium dia

hohh,kat muzium tu,aku tertarik dorang terang kan dulu2 kat sana dorang anggap sungai lembing tu sebagai"eldorado di timur"(setau aku eldorado kat barat tu tempat yang kaya dengan emas,base on aku tgk movie dulu2 la),pameran2 pasal bijih timah kat muzium tu pun menarik gak

pastu ramai gak tourist2 datang naik bas,4-5bas gitu

selain tu,kitorang ade gak pegi kat kampung2 lama dengan bekas kilang lama dia,kat kilang lama dia da hangus la,tinggal tembok2 je,banyak gak photoshoot kat tempat2 ni,wakakaka~

den abes lawat tempat lombong2 tu,kitorang pg merayau lagi naik van pegi cari sungai,ayah aku baru2 ni ade buat cam seminar kat sungai tu untuk orang kampung sana kat sungai tu,pas amik sempel air tu air sungai sana tu sememangnya bersih boleh mandi2,kalau naik atas bukit lagi atas tu ade empangan air,so memang clean,tp nak carik dia fuh punya la payah,masuk jalan kampung,da masuk dalam2,pastu pusing balik,round lagi,da lama pusing2 dekat 20-30min baru jumpe,rupa2nya sangatlahh dekat dengan tmpt homestay kitorang,hahahaha,kena masuk dalam2 sket baru jumpe sungai dia

kitorang mmg ade bawak baju lebih da standby untuk mandi sungai sana,so ape lagi,mandi ar sana,wahahaha,air dia pun jernih,lawa

deras air dia,syok berenang lawan arus air deras,kah3xD<<--jakun

pastu byk gak ulat2 bulu jatuh dari pokok2 sebab budak2 tarik2 kayu dia,gemok2 ulat bulu dia jatuh ke sungai,haha,tp mmg ramai orang kat sana,cuma yang sedihnya ade la orang2 yang tak bertanggungjawab yang da bawak barang2 plastik,makanan,or ape2 yang dorang untuk bbq lepak2 sambil mandi tepi sungai tu da abes gune biar je sepah2 kat sana,sigh,da la sekarang ni ssh nak jumpe sungai yang totaly clean,da bawak tu sendiri buang ar,ayah aku la nampak rasa kecewa dia tgk keadaan sana

lama gak kitorng kat sana,1jam+,pastu balik ke tmpt homestay mandi bilas,time malam lak kitorang gerak ke kuantan untuk makan mlm,tak jauh pun,40km gitu je tak silap aku,dalam 40min gitu sampai

makan kat "tanjung lumpur",sana mmg popular makanan seafood dia,best!kalau sape2 pegi kuantan pegi la try makan sana,sememangnya sedap!

abes makan kitorang pun balik ke tmpt homestay

esok pagi kitorang pegi lagi pekan sungai lembing tu untuk sarapan,pastu pegi cari tempat air terjun dengan air kolam air panas,tp jalan untuk pegi ke sana swt,dari jalan bertar sampai ke jalan merah berbatu bata,naik turun bukit,tak sampai2 gak,da jalan dlm 2km gitu ke dalam kawasan hutan tak jumpe2 gak,patah balik,bile da keluar tny2 orang kat situ,dorang ckp jalan da betul,cuma dalam lagi,mmg sempit laluan dia,tak ramai pun yang tau,lagi 1km gitu sampai la

so pas tak jumpe mana air terjun tu,kitorang balik ke homestay,around tgh hari,check out,pastu balik ke jb terus

mm,ok la kali ni,adventure,dari bandar,ke kampung,ke hutan,kah3xD

abes cuti sakan da nak abes cuti lak,alaaa=____=
banyak benda kena buat,buzy2
ape2 jelaa
eh?abg aku da abes install sims3,aku nak pegi try dulu sebelum cuti abes
hahaha chalo~!salam!





"ni la gua lombong bijih timah kat sungai lembing dulu,ade 5gua tak silap"





"gamba kat kawasan bukit lama kaawasan lombong bijih timah"


"gamba kat muzium sungai lembing,aku suka lightning gamba ni"

"O_o tolak betul2 ke tu?"

"wahaha,kat sungai,posing2xD"