sayonara 2009,hello 2010!:D

assalamualaikum!

dah masuk 2010 dah:)

selama setahun ni,banyak perkara yang berlaku

suka,duka,pahit dan manis

jd di sini aku nak imbas sejenak apa yang berlaku dalam tahun 2009



2009

-masuk plkn(ksp mantin),pada mulanya amatlah anti dengan plkn tu,tp lepas masuk,punyalah suka kat sana dgn mmb,kawan baik aku sana alif dan zilah,disini mulalah titik perubahan kesedaran dlm diri aku

-habes plkn result SPM pun keluar,dan aku hanya dapat 5a..sedih time tu

-keje part time kat pizza hut holiday plaza sementara tunggu result UPU dan matrik selama 1bulan,banyak pengalaman dapat sana:)

-dalam tempoh keje part time tu,akhirnya result UPU pun keluar,time tu aku x dpt mana2,x de rezeki kot,mmg terasa la time tu

-x lama kemudian result matrik first dan second call pun keluar,aku x dpt mana2 gak,mmb2 semua da start ikut haluan masing2,jd aku daftarkan diri masuk form6,kat situ aku jumpe has dan geng mmb dia,sambil2 tu aku da dpt tawaran Uniten dan MMU incase matrik PDT aku x dpt gak

-kemudian 2mgu pastu,aku ditawarkan masuk ke matrik PDT,aku pun terima tawaran tu dan sampai skrg kat matrik melaka,londang

-masuk sana dengan penuh semangat,x nak ulangi kesilapan yang sama,first time gak blaja mix lelaki dan perempuan,so agak kekok pada bulan 2-3 yang pertama dan lepastu aku suka dengan kelas praktikum aku blaja skrg,mmg best dak2 nya!:)

-terkejut ramai budak ec yang sama tempat sana,lagi terkejut bila mmb aku sama kelas,hehe

-jumpe cikgu kimia yang cara ajar dia lebih kurang sama dengan cikgu nazaria,salah je "bam!"xD

-first time tgn kanan aku patah selama 1bulan+,kelebihan dpt tulis tangan kiri:D

-aku terpaksa masuk story telling time english week semasa tgn aku belum pulih lg,main bedal je ckp,broken eng pun broken laxD

-aku dpt 1kumpulan dengan seseorang yang aku x jangkakan time projek drama english,sangatlah best buat drama tu,kena present kat dewan kuliah,group aku buat drama phantom of the opera,jd watak director opera house yang garang mmg best!hehe

-dapat handphone idaman aku!>.<

-result semester 1 aku agak menyedihkan,jd semester 2 ni nak usaha dengan lebih baik lagi

-first time rasa solat jumaat jemaah cukup2 40orang

-overnight jalan2 kat bandar melaka mlm2 untuk sambut ijan yang bakal pindah ke uitm,sempat tgk 2012 satu kelas:)

-3orang kat kelas aku nak pindah,mmg terasa time tu,3 hari gak aku menangis..x pna sesedih camni

-pergi ke pantai pengkalan balak dgn syahmi,ainin dan nisah,mmg enjoy time tu walaupun hujan lebat,kenangan yang aku x kan lupa dgn mereka:)

-handphone aku antena rosak dan pernah tercelup masuk air,nasib baik ok>.<

-abang beli desktop baru!

-abah dapat hadiah camera canon dari mama:)

-kunci pintu dah repair,dan bilik dpt katil besi baru,da x pakai katil kayu dah


Harapan untuk 2010

-nak potong rambut gaya lain sikit

-harap tinggi dapat mencecah sekurang kurangnya 168cm tahun niT_T

-dapat 4 flat sem2 ni,dan pointer keseluruhan x bawah dari 3.5

-belajar ilmu usil dakwah,insyaallah,azam!

-tingkatkan dan mantapkan ilmu agama dan iman aku yang sangat lemah

-hubungan silaturrahim dieratkan,hehe>.<

-naik PST sambung kat KMM melaka gak,bukan di banting,selangor

-semua PDT dpt masuk PST dengan jayanya,x da yang kena tendang

-amik lesen kereta,hehe

-movie Ketika Cinta bertasbih 1&2 masuk panggung kat malaysia


-semoga dapat memuhasabah diri dan jadi insan yang lebih baik

-nak ubah rutin harian bila kat rmh

-belajar masak dan resepi mak

-belajar memanah/sukan lain

-nak jumpe/reunion dengan budak2 kem plkn dulu!esp alif dan zilah,rindu ddk gelak sama2 3orangT_T



tu je rasanya,hehe
semoga perkara yang lepas dijadikan iktibar dan berusaha untuk mencapai impian kita dimasa akan datang