Archive

Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts

Go Universiti!

assalamualaikum

alhamdulillah,syukur kepada allah subhanahu wa ta'ala

debaran yang melanda kami semua akhirnya berakhir

semalam akhirnya result yang ditunggu2 diumumkan kepada orang ramai

result bukan sebarang result

lebih dasyat daripada result anugerah planet muzik 2011

ape dia tu?

dah tentu aku cakap result upu bagi lepasan stpm dan setaraf tahun 2011



alhamdulillah,aku dapat tawaran kos idaman aku di UTHM,kos Jurutera awam
menunggu tarikh pendaftaran pun kadang2 rasa tersiksa gak,sebab jarak tarikh kemasukan universiti lebih kurang 4 bulan cuti,september baru masuk
namun,inilah hakikatnya,nikmat waktu lapang ni la orang selalu lupakan

dimana dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda dimana 2 nikmat yang manusia sering lupa
1)masa lapang
2)masa sihat

waktu cuti ni la biasanya orang tak menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya dan waktu sihat camni la kalau nak buat 2-3 perkara dalam satu masa boleh selesai dalam masa yang singkat,namun,kita sering alpa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan ini,ini tak terkecuali dari aku yang sering kali lupa dengan nikmat2 yang allah dah bagi kepada kita

seorang sahabat aku pernah menyoal aku,"ape impian ko 10 tahun akan datang?",aku beritahu bahawa kalau boleh aku nak bangunkan bidang yang masih kurang kat dalam malaysia ni,kawan aku cakap untuk merialisasikan impian 10tahun kita akan datang,kita perlu bermula dari sekarang,kerana setiap tindak tanduk kita pada hari ini akan mempengaruhi kita akan datang
contohnya,dalam cuti 4 bulan ni,kalau kita asah skill membantu ibubapa(memasak,etc),belajar bahasa asing,skill komunikasi,skill leadership dan lain2,inshaallah,paling dekat kesan yang kita nampak waktu dalam universiti nanti,tu belum kesan 10tahun akan datang!woha!

setengah orang yang baru nak masuk alam universiti,dimana sebelum ni mereka dari matrikulasi/sekolah,senior aku pernah beritahu bahawa kehidupan kat universiti lagi bebas

dulu kat matrik,tak silap aku jumlah jam kredit hour matrik adalah 20-21jam kredit
sekarang kat universiti,maksimum 18jam kredit

tidak "pack" macam kat matrik dulu,kalau kat matrik,orang lepak @berdating kebanyakan mereka masih terikat dengan pembelajaran kat sana


bila kat universiti,rasa terikat dengan pembelajaran kurang berbanding matrik dulu,akibatnya untuk terlibat dalam gejala sosial yang melampau adalah tinggi..sedara aku pernah bagi tau,ada satu sem tu,kelas dia hanya pada hari isnin-rabu,khamis-ahad "no class",lihatlah banyaknya waktu lapang nanti

Syeikh Abdullah Azam,seorang pejuan Palestine pernah berkata:

"Andai kata tak diisi masa lapang dengan kebaikan,maka masa tersebut akan terisi dengan kebatilan."

jadi pentingnya untuk mengurus masa dengan betul supaya tak terkena jarum2 syaitan yang sentiasa membisik menyuruh kita membuat perkara maksiat.
untuk mengelakkan daripada terjebak gejala sosial yang melampau,sibukan diri dengan aktiviti berfaedah,bersukan,join group dakwah,dan lain2
sedar tak sedar,effort yang kita lakukan untuk menjauhkan diri dari gejala sosial yang melampau merupakan antara persiapan bekalan kita di akhirat kelak

seperti didalam surah (Al-zalzalah 99:7-8),allah berfirman:
"Maka sesiapa mengerjalan kebajikan seberat zarrah,nescaya akan dilihatnya(dalam amalannya),Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah,nescaya akan dilihatkannya(dalam amalannya)"

ingatlah,setiap amalan yang kita buat besar atau kecil,akan dipersoalkan,walaupun kita berada di dalam kelompok2 yang soleh/solehah,amalan kita akan dihisab secara individu





jadi sebelum aku mengakhirkan "teks" aku pada hari ini,sama2 kita renungkan perkara dibawah

rata2nya kita sebagai mahasiswa/mahasiswi kat universiti,semuanya dalam umur 18 tahun ke atas,umur aku pun dah dekat 20tahun,orang sering kata,"pemuda ni pelapis masyarakat",namun,persoalannya,dalam waktu kita muda ni

"apekah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar sejarah umat Islam?"

sebagai contoh,3 orang tokoh kat bawah ni

1)Sultan Muhammad Al-Fateh: menawan kota konstatinopel
2)Usamah B.Zaid:Menjadi Panglima perang ketika Rasulullah hampir wafat
3)Khalid Al-Waled: banyak menyertai peperangan,dan mendapat gelaran
Saifullah(pedang Allah),merupakan general terhebat di dunia
yang tak pernah tewas di dalam peperangan

persoalannya,apekah persamaan antara ketiga-tiga tokoh ini?


JAWAPAN:
ketiga-tiga tokoh ini telah memberi sumbangan sejak dari muda lagi

1)Sultan Muhammad Al-Fateh:berumur18-20 tahun dah jadi sultan,tawan kostantinopel
2)Usamah :sangat muda ketika dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah
walaupun ada yang lebih tua didalam pasukannya
3)Khalid Al-Waled:terlibat dalam peperangan sejak muda,bercita2 syahid di
medanperang namun meninggal kerana sakit

mereka ini dah beri sumbangan dan melakar sejarah umat islam semasa mereka muda2 lagi,pada waktu itu mereka sebaya dengan kita,jadi kita pula bila?
jadi sama2 kita renungkan ya geng:)
assalamualaikum!




"telinga orang yang bercakap adalah paling dekat,orang pertama yang saya nasihatkan ialah orang yang telinganya paling dekat"

kenapa x nak couple

salam
quick post
sekadar nak kongsi post yang aku terbaca td,ak suka point2 orang ni bagi:))


Why fazli??orang lain semua couple la fazlii..chill la.wtfish =.=
errrr..aku jeles la jugak tengok orang couple kan,but LIKE I CARE?!
then nak tau sebab apa aku xnak couple??jom bace jap :
BERDOSA
Sebab apa berdosa??sebab time couple tu macam2 boleh jadi,disebabkan nak membuktikan "KASIH SAYANG" tu sanggop buat ape jerk untuk membuktikannya,dekat fb aku tu ha,ramai gilo budak2 yang social amek2 gambar dengan gf,pelok sane,pegang sinun.mak ai,..xrase bersalah ke?aku dulu time pergi date dengan awek pon aku asik terfikir mak aku je tahu,ye aku anak mak,xkan anak berok pulak.aku xnak la cakap bende ape yang korang buat sampai berdose tu,just fikir leklok la eyh :)


HILANG KEBEBASAN
Couple pun boleh hilang kebebasan??macam tawanan perang pulak.huhu..but memang betol pon kan,apa2 nak buat semuanya terbatas,i mean "DIKONGKONG"..apa kau nak buat semua kene bagitau die kan,then tiap2 hari kena mesej die,kalau x mesej nanti die fikir "macam xde bf jerk" see2??!!nahh..then kau nak spent time dengan kawan semua pun susah,rapat dengan awek tu xbleh,itu xboleh,ini xboleh.deyy
minachi!,mana hidop aku kalau semua benda aku buat nak tumpu dekat kau jerk?.then masa kau mesti kena lebih dengan die ok,watefak.kalau xreply mesej boleh jadik kes "merajuk" pulak.aiyoo..awak2,kite ada banyak benda lain lagi la yg lebih penting selain daripada nak pujuk awak disebabkan benda temeh remeh nie...then kene explain bagai..nak jage hati punye pasal kann..ya rabbi..macam tuan puteri pulak yerk.can u see that meyh?!memang x bebas,aku tau ade dalam fikiran korang,"hala kau pergi pilih awek yang suke mengongkong memang la" nope!sama sekali tidak,semua awek mengongkong,walaupun kadar "kongkongangannye" rendah,(cewah ayt)..

DUIT LICEEINN!!



Time couple,anniversary kau??ade ssetengah orang celebrate n ade sstgah orang x,pastu birthday die??hang out date saje2??then xkan kau nak buat bodoh jerk??hadiah mane awak?kek xde awak?belanje makan awak??semua tu gune ape awak?duit kan awak?untuk apa semua tu awak??untuk membuktikan "cinta sejati" eyh awak?untuk membuktikan yang awak sanggup buat apa saja eyh awak?untuk membuktikan betapa ikhlas,suci, dan murni nya cinta awak dekat dia eyh awak?waklu,awak2 semua...semua bende dekat atas nie bukan sekarang masanya la awak,mase depan awak2 nie semua belum cerah lagi,kabur2 je nie hah,awak beli semua tu gune duit siapa awak?duit mak awak eyh?ee malunye awak..hha(bagi yang still bawah tanggungan mak bapak la)
kalau untuk diri sendiri tu xpe la jugak awak,kenapa saya maen "awak2" nie heh?!then duit awak untuk beli topup2 tu hah,setiap hari awak kena mesej dia kan awak?awak gune ape untuk beli topup tu awak ?gune duit kan awak?kalau dah sehari beratus mesej dalam inbox tu,xsampai seminggu dah topup lagi,adeyhh! beli roti banyak2 buat taik gigi lagi bagus la awak.hee..

KAWAN KAU KEMANA?
bile kau dah couple tu,mesti kene spent ur time lebih dekat awek kau kan..

man : keluar jom lepak2.
kita : xboleh la,aku kena teman awek aku pergi shopping.
man : yela..semnejak dah ade awek nie dah xnak lepak same dah en dengan member2.
kita : blablablablabla.........(sesi memujuk bermula)

wan : jom celebrate birthday aku dekat luar,makan2 siket dengan member2 lame..
kita : xboleh la..awek aku suruh aku diet..(diet heh!)
wan : alasan la kau,blablabla......

heh!ape nak buat?kawan2 kau semua dah merajuk sebab bile ajak keluar ada jerk alasan.kawan memang beribu,memang boleh ajak member2 lain,tapi setiap member tu ade keistimewaan & kelainan sendiri,ade orang xsuke kawan dengan die,die ini la,itu la..cube kau bayangkan kalau time member kau ajak keluar kau asik menolaaaaak jerk,xke fedup kawan kau?rasenye lepas nie die ada ajak kau join lagi x?kalau member x ajak kang kau merajuk pulak kan? nnt cakap lupe member semua kan?fikir2 la.seyesly,bile kau couple everything changed! rase macam dah kawin pulak kan.

Can u imagine bile kau CLASH! tibe2 ape yang terjadik??
  1. Duit mak bapak yang kau spent untok die hangus gitu jerk
  2. Sia-sia Dose kau bertambah akibat perbuatan kau time kau couple.
  3. Kawan kau semua lesap sebab time kau susah,susah nak carik kawan yang betul2 boleh membantu.
  4. Perasaan kau tersiksa.
  5. fikiran kau bercelaru.
  6. pandai2 la kau fikir bende ape lagi yang akan jadik.

THE conclusion is : aku buat entry pasal nie bukan pasal aku nak tunjok "eyh!bagusnye aku nie!!" tidak same sekali! ini semua just untok mengingatkan diri masing2 & diri aku jugak,bile aku bace balik entry nie,maybe aku akan tersedar,xsalah kamu2 nak couple,tapi rasenye belom sampai mase lagi kot,nasihat yang selalu aku dapat la kan : "belajar betol2 dulu,dah kerja,gaji besar,duit dah banyak,perangai dah betol2 matang & bile dah rase bersedia baru cari pasangan"..baru la stabil relationship kau..then kau boleh la nak romantik or be a gentleman time2 gitu.tapi ade batas2nya lah kan.Then time kau dah besar & otak kau dah boleh berfikiran secara matang & rasional,aku yakin yang kau boleh atasi segala masalah kalau kau kuat.Rasenye kau xpayah la nak jeles2 tengok orang lain ade pasangan,xperlu la..baik fikirkan diri sendiri lagi bagus kan,memang xde life kalau couple nie,kasih sayang & perhatian parents kau xcukop lagi ke?aku bukan xpenah couple,penah wokeyh,and aku dah rasa semua yang kat atas nie.thats why la aku saje nak share2 ape yang ade dalam hati & fikiran aku nie. suke hati korang la nak couple ke tidak,hak masing2 kan??pandai2 la hidup :)
rilek r en,xyah couple2 nie,enjoy ur life dulu ngn member2 & family..awek x kemane,bersepah ok :)

My reason : aku boleh menghabiskan perasaan aku,masa dan wang2 aku pada hal2 yang betol2 lebihpenting,kawan2 dan keluarga aku.Then, now aku x perlu girlfriend sebab aku dahjatuh cinta sekarang, dan cinta yangtelah membawa dan akan membawa aku lebih dekat kepada Allah & itulah hanya cinta yang aku perlukan,cewahH! ;D

Ok Piece geng! chilex wokeyh,jom bace :

Soal Jawab Mengenai COUPLE nie,spent ur time dekat bende2 gini,penuhkan ilmu didada kau tu ha! daripada bukak bende2 yang merepek dalam tenet nie :D


"You won't feel the beauty of love if you don't feel love towards the One"

peperiksaan!




Assalamualaikum!
kita bertemu kembali!
hmm,sekarang ni,tak asing lagi kalau kita akan tengok papan tanda kat atas ni kan?
maklumlah,musim peperiksaan sekarang,tak kira la untuk UPSR,PMR,SPM,STPM,matrik,poly,universiti,dan macam2 lagi la
alhamdulillah,aku baru je abes exam final sem1 dalam program satu tahun
terasa lega sangat,whew~
habis awal dari campus2 lain,hehe
memang terasa gak time minggu2 dekat exam tu
sampaikan ada stay up sampai pkl 4pagi>_>"
ternyata preparation selama 1month x cukup nak cover semua esp fizik,16chapter semuanya!@_@
sekarang ni dah usaha,doa dan tawakal
ternyata semester ni beri pengajaran kat aku kena prepare dari mula semester lagi
inshaallah semester2 ni aku x nak ulang kesilapan sama~.~

study study gak,hubungan dengan allah jangan dilupekan:)

cakap pasal exam ni,aku nak ajak korang semua dan diri aku untuk reflek diri sendiri jap
sebagai peringatan ktia sama2~
agak2nye la
ape agaknye tujuan kita menuntut ilmu ni?

dari kecik kita diajar supaya belajar rajin2,bila pandai boleh dapat kerja yang bagus,bila kerja bagus gaji pun lumayan dan orang akan respek tinggi,dan bila nak berumahtangga pun senang
tapi kalau sebaliknya pula,kalau malas belajar,kita akan hidup susah kat dunia ni

tapi,cube tengok balik,teliti balik,betul ke tu tujuan kita hidup semata2 nak dapat kerja bagus?
aku tak cakap tak bagus nak taget kerja yang bagus
tapi ade tak kita pk nak bangunkan ummah,menuntut ilmu untuk tegakkn daulah islam kembali kat muka dunia ni?
atau adekah kita lebih pentingkan diri sendiri?
kalau kita lebih pentingkan diri dari orang sekeliling kita
kita sendiri yang rugi
bila kita kerja kelak,sibuk mengerja harta dan pangkat,pada satu ketika kita akan terfikir
itu sahaja ke??begitu banyak harta dan pangkat yang kita sibuk kerja dan akhirnya setiap orang akan menemui mati,dan akan masuk ke liang lahad di dalam tanah
jadi ape yang kita dapat kalau kita utamakan harta daripada berjasa kepada ummah?
perlu diingatkan menuntut ilmu tu sebagai ibadah






kenape aku tanya semua ni?
sebab benda ni sangat penting kalau kita nak ubah keadaan dunia yang kita tinggal ni
bila kita tengok keadaan kat muka dunia ni,parah sekali
contoh terbaru yang aku terbaca pasal Islamic fashion show yang dianjurkan oleh malaysia sendiri
tengok je la fashion yang digandingkan kat stage dia,terang2 tertulis "ISLAMIC"
tapi,sampaikan ada model free hair,then pakaian dia siap nampak lengan tangan,apekah islamic itu namanya?
apekah penganjur tu nak jadi macam kamal antartuk yang menentang islam kat turki dulu?
cuma ni menentang islam dalam diam?wallahualam
aku bukan nak mengaibkan orang atau ape,cuma aku rasa GERAM dengan tindakan penganjur tu sendiri yang guna nama "ISLAM" tapi bukan cara islam langsung!sigh..
semoga allah selamatkan kita dari tipu daya syaitan..



kita dah lihat
negara kita maju tapi kenape remaja2 zaman sekarang kebanyakkan akhlak runtuh
sedih rasanya,kerana generasi sekarang generasi celik ilmu,tapi masih mempunyai akhlak yang buruk
dan remaja adalah umpama bijian benih yang kita tanam
dan apebila membesar ia akan menghasilkan buahnya
dan buahnya?ape yang kita lihat sekarang...
jadi dimana silapnya?masih kekurang bajakah?
apekah belum cukup usaha pemerintah untuk memajukan negara ini dengan pelbagai cara atau pemerintah yang salah?


tidak,bagi aku bukan salah pemerintah,
aku tak nak menuding jari sape salah
tapi bagi aku semua orang memainkan peranan
kalau kita nak ubah keadaan sekarang ni,setiap insan tersebut mesti memainkan peranan untuk sebarkan nilai2 positif kepada masyarakat
sebab?
kita sendiri yang telah membentuk ape masyarakat kita jadi sekarang ni
sebab tu pentingnya kita kena fikir menuntut ilmu untuk berjasa kepada masyarakat dan ummah
ingat,menuntut ilmu tu dakwah pelajaran!

Muaz pernah berkata
mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah tanda takut kepadanya
menuntutnya adalah ibadah
menalaahnya adalah tasbih
mencarinya adalah jihad
mengajar kepada yang belum tahu adalah sedekah
dan memberi adalah kebaktian
dialah kawan dalam sepi,teman kala sunyi,pentunjuk jalan dan kesempatan

jadi ingatlah,ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana allah
semoga apabila kita kerja kelak,profession yang kita pegang akan dapat jadi asbab hidayah kepada orang untuk kembali ke jalan yang benar,inshaallah

jadi ayuh wahai remaja!
bangun dan bangkitlah untuk ubah keadaan kita!
kerana allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri!
mula ubah diri kita
hidupkan suasanan ajaran islam sepenuhnya di persekitaran kamu tak kira di campus atau dirumah!
kaitkan ilmu yang dipelajari dengan islam,kerana islam itu adalah syumul(menyeluruh)
jangan pisahkan islam dan ilmu yang pelajari kerana ibarat kita setuju dengan islam liberlisme,yang memisahkan hal dunia dan agama

ingatlah firman allah

kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah oran-orang fasik.
(surah Ali Imran,ayat 110)

jadi untuk menjadi umat yang terbaik semua orang perlu berdakwah dan pelajar pun tak terlepas dari tanggungjawab dakwah
paling utama ialah dakwah pelajaran
kebiasaannya orang non-muslim menuntut ilmu dengan hanya satu daya untuk cemerlang dalam bidang tersebut iaitu keperluan hidup
tetapi jadikan dorangan agama dan keperluan hidup sebagai daya kita untuk maju didalam bidang ilmu dan bidang2 lain
semoga ia dapat menjadi asbab hidayah kepada semua manusia
di akhirat kelak lelaki dan perempuan akan dipersoalkan ape yang mereka buat ketika usia mereka muda
jadi ayuh bangun dan bangkitlah!
mari kita mencipta sejarah!bukan terus melihat sejarah berlalu begitu sahaja!

inshaallah,cahaya islam akan kembali bersinar di seluruh pelusuk bumi
adakah kita termasuk dikalangan mereka yang berjuang menegakkan Islam?

Diri ku yang sebenar sebagai remaja Islam

assalamualaikum!
alhamdulillah!
syukran,akhirnya hajat aku untuk beli buku fadhilat amal tercapai gak
sebelum ni hanya dapat tatap buku fadhilat amal ni kat surau kolej je,dan dapat dengar hadis-hadis rasulullah s.a.w siap dengan keterangan lanjut kat kolej je
(kat luar kolej sangat2 lah kurang dapat dengar hadis dengan keterangan kan?)
sekarang dah ade kat rumah,senang nak baca fahamkan lebih mendalam
"tapi kenape buku fadhilat amal?ape keistimewaan buku ni?"mesti ramai yang tertanya2 kan?
ok,jadi kat sini aku terangkan sikit pasal buku fadhilat amal ni

memanglah ramai yang cakap,banyak buku yang ada terangkan pasal hadis2 dan kenape x pakai kitab sahih al-bukhari je?
tapi kebanyakan buku hanya beri hadis tu je dan kurang keterangan
buku fadhilat amal ni dah diulaskan oleh ulama dari india(atau pakistan) x silap aku
banyak ulama2 ni terangkan hadis-hadis rasulullah dengan panjang lebar
jadi buku fadhilat amal ni sesuai untuk orang awam macam kita ni
sape la kita nak ulaskan hadis-hadis
hanya ustaz-ustaz dan ulama yang mempunyai ilmu tinggi je yang boleh tafsir hadis
bukan ape,takut2 salah tafsir,dosa dah tu!
jadi untuk permudahkan orang awam,gune lah fadhilat amal ni untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai hadis-hadis rasulullah s.a.w
dan untuk lebih memudahkan orang awam,setiap hadis dah di kategorikan dah dalam bab fadhilat zikir,solat,puasa,dan lain2
memang ade orang pertikaikan buku ni ade hadis dhaif(hadis lemah)
tapi ape salahnya diguna pakai?
lagipun kat buku ni guna hadis dhaif tak termasuk hukum hakam,jadi dibenarkan(setau aku la)
mengatakan hadis dhaif sebagai hadis palsu boleh jadi dosa besar kerana menidakan kata nabi muhammad s.a.w,cuma hadis dhaif ni berlaku akibat kelemahan perawi
sebab tu ulama kategorikan kepada 3 jenis hadis(tak silap aku)
hadis sahih,hadis dhaif dan hadis palsu
ulama sendiri tak berani mengatakan hadis palsu ke tak,sebab dengan menidakan sesuatu hadis yang sebenarnya betul adalah dosa besar,sebab tu ade kategori hadis ni
selagi hadis dhaif tu tak melibatkan hukum hakam,hanya dijadikan iktibar dan nasihat,hadis dhaif masih boleh diguna pakai
nak ikutkan,buku fadhilat amal ni memang digunakan oleh jemaah2 tablikh
dan aku pun dapat pengaruh ni dari kawan aku,aziz(sama tuition dulu)kat kolej tahun lepas
tak sangka aku rupanya dia orang kuat tablikh ni
banyak yang aku belajar dari kawan aku ni,sebelum ni aku x tau sangat pasal jemaah tablikh ni,hehe
dari situ la aku ada minat untuk bace buku fadhilat amal ni

antara member aku yang buat aku tersedar:) syukran ya sahabat!

cakap pasal pengaruh kawan ni
mula dari pengaruh kawan aku kat plkn dulu,aku rasa banyak dah berubahkan aku menjadi orang yang "baru"
sebab bila direnungkan balik
memang banyak berbeza aku yang dulu dan sekarang
boleh kata aku yang dulu agak jahil bab islam ni,bukan jahil ape,lebih kurang cam takat cukup2 makan je
dan boleh kata aku yang dulu agak emo dan banyak pk sangat
(tak percaya baca posting lama aku tahun 2008,meremang gak bulu roma aku=.=)
betul lah orang cakap,remaja linkungan umur 14tahun-17tahun adelah tahun yang kritikal,kepada parent,sila ambil perhatian yang lebih kepada anak-anak anda pada lingkungan umur ni!
dimana remaja2 sedang mencari2 identiti masing2,same gak aku time tu
time ni gak remaja akan rasa lebih sensitif dan agresif mengenai sesuatu perkara
dan jujur aku cakap,minat untuk mendalami islam tu sangat2 la kurang
yang aku minat time tu,aku banyak perhatikan gaya dak shuffle dan lain2
aku rasa benda ni tak berlaku pada aku sorang je,banyak lagi berlaku kat remaja-remaja lain
dan sebab tu kalau kita tengok
remaja islam sekarang kurang menonjol
90%dunia,10%islamik
aktif sukan,koko,dan lain2 tu dah bagus dah tu
sekarang ni kena banyakkan dalam bidang islam lak
kena balance sepatutnya dua-dua
bukan ke kita nak bahagia didunia dan akhirat?

perbanyakan lah datang ke majlis ilmu
(abu zhar tengah bagi bayan,cakap mengenai iman,hehe)


jadi ape usaha kita yang dah buat untuk capai matlamat tu?
untuk mendalami ilmu islam,selalulah datang ke majlis ilmu,datang usrah,kalau kat surau mane2 ade nampak ade orang buat bulatan perbincangan join skali,jangan segan2 sebab dorang tak makan orang pun:) dan usaha lain2
kalau segan,sampai bila?tak kan nak tunggu tua baru nak datang?
sebab2 remaja kurang ingat akhirat sekarang sebab kurang didedahkan mengenai islam dengan mendalam,hanya setakat di sekolah je,cukup kah?
salah satu sebab gak time aku terleka dengan dunia dalam lingkungan umur tu
dan aku memang bersyukur yang amat2 lepas abes sekolah,masuk plkn dah buat aku
keluar dari kepompong yang lama(camtu eh peribahasa dia?)
ternyata allah tak biarkan aku terumbang ambing dan beri aku petunjuk,syukran ya allah!!
aku tak cakap plkn tu 100% baik,ade environment baik dan x baik,sendiri tentukan
boleh jadi aku terpengaruh dengan budaya lain,tapi alhamdulillah allah telah tunjukan jalan yang benar
then abes plkn aku teruskan usaha aku mendalami islam dan mendampingi orang yang soleh

peranan kita sebagai remaja islam adalah amat penting
antara sebabnya?
cube kita tengok,nape surau2,masjid2 dekat area kita bila azan dilaungkan,hanya satu dua saf je?
dan yang datang 90% pakcik2 yang dah tua je,sangat sedih kalau lihat keadaan tu
jadi mane pergi nye remaja2?
dari sini la pentingnya peranan sebagai remaja islam
untuk pengaruh member2 kita yang lain,sebab kalau bukan dari pengaruh kawan,macam mane kita nak gerakan remaja2 yang lain?memang bergantung kepada kuasa allah untuk beri hidayah,tapi tu salah satu "asbab" gak
kita kena bergaul dengan semua orang,dan dalam masa yang sama perlu dampingi orang yang soleh untuk tarbiah diri kita:)
lagipun kalau letak
1 hati yang bersih,dan letakan 10hati yang kotor dalam balang yang sama,maka 10hati yang kotor tu akan jadi bersih gak,begitu besar pengaruh hati orang yang bersih ni

aku tak cakap aku ni baik,biasanya bila azan aku buat "x tau" gak,iman lom kuat terleka dengan perkara dunia,sigh
tapi inshaallah sedang azam dan usaha kearah lebih baik
agaknye la,sape la kita yang tak nak sahut seruan allah tu?
cube pk kan,

tubuh badan muazzin milik siape?
siape yang bagi ilham kat muazzin untuk azan?
siapa yang benarkan muazzin untuk melaungkan azan?
dan paling penting,suara muazzin milik siapa?

jawapan:semua tu milik allah


jadi nampak sangat sebenarnya bile azan dilaungkan,allah yang memanggil kita menggunakan perantaraan muazzin
agaknye la,kalau mak kita panggil kita kat dapur,kita x jawab,ataupun kita hanya sahut panggilan mak kita tu kat bilik kita je,macam mane agaknye?
macam tu la lebih kurang perumpamaannya,tu baru dengan makhluk,dengan pencipta pula macam mane?
besar sangat ke kita tak nak sahut laungan
"allahuakhbar allahuakhbar"(allah maha besar allah maha besar)
tak nak sahut sama-sama solat jemaah di masjid?
walaupun kita solat kat bilik sendiri,tapi seelok-eloknye solat la di masjid
sebab jemaah yang besar pahala dia lebih banyak
ataupun kita boleh anngap camni
bile kita solat kat masjid,secara tak langsung kita tunjuk demonstrasi kat israel laknatullah!
kenape aku cakap macam tu?
sebab,kalau solat fardhu pun dah semakin ramai orang solat kat masjid,baru la israel akan tak senang duduk,sebab dia?

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

jadi nampak tak?
dengan solat berjemaah di masjid,walaupun kita student lagi,tapi hari-hari kita boleh buat demonstrasi dengan solat berjemaah,hari-hari lagi tu boleh buat demostrasi!
perhimpunan demonstrasi tu tak salah,ada keperluan gak buat camtu
tapi keperluan yang lebih penting adalah solat jemaah dulu
tu lah paling kurang kita dapat sumbang untuk membantu saudara kita di GAZA
kita nak boikot barangan yahudi ni pun terasa berat,tak kan dengan perkara atas ni pun terasa berat?
jadi dimana peranan kita?
bile kita sayangkan seseorang tu,tak kira family,kawan,isteri/suami(ops!dah ade ke?haha)
kita sanggup bersusah payah untuk tolong dia
tapi ape yang kita dah buat untuk bersusah payah untuk agama allah?
fikir-fikir kan lah
cube tengok video dibawah ni sampai ke part 4 bila lapang
tersentak aku tengok video ni..
belajarlah dari kejatuhan khilafah,selepas kejatuhan khilafah semua sistem pemerintahan ikut telunjuk orang yahudi(termasuk sistem demokrasi tak silap,sigh)



aku rasa,walaupun ade beberapa tahun sebelum ni kehidupan aku agak terumbang-ambing
tapi aku rasa banyak hikmahnye
sebab sekarang ni kalau aku tengok ramai gak orang-orang yang tengah mencari identiti dorang terutamanya remaja lingkungan umur 14-17tahun tu
antara sebab aku nak kongsi cerita ni sebab aku tertarik dengan kata2 classmate aku tahun ni yang dia cakap dia tak tau sape diri dia lagi
jadi aku faham perasaan remaja yang tengah mencari identiti masing2 ni
carilah jawapan dalam islam,sesungguhnya walaupun ade 1001 persoalan dalam diri korang dalam al-quran ade jawapan dia,inshaallah
jangan sampai tersilap langkah orait?hehe
ingatlah jangan sia-siakan "golden age" remaja kita dengan hanya perkara dunia je
bak kata omputih

"we have islam we have the energy we have the creativity the sahabah in our age has done it and inshaallah we also can do it!"
(tertarik dengan kata2 video muslim youth)

remaja,2nd trip kali ni aku x de,peh sedihT_T

sesungguhnya ape yang aku tulis sebagai peringatan untuk diri aku
sekian saja dari aku,
assalamualaikum~!

(ps:best kan lagu kat blog ni?aku suka dengan lagu ni)

Remaja=Cinta?


Assalamualaikum semua!

ape khabar?

agak lama aku x update blog aku nih,heh

ye la,mana x nye,kat tmpt aku skrg x da broadband,time2 balik rumah camni la baru dpt update blog,heheh

anyway,inshaallah kali ni aku nak kongsi sket ape yang aku terbaca td mengenai cinta remaja

ape yang aku kongsi ni sebagai peringatan untuk diriku dan sama2 kita renungkan

agak obvious isu cinta remaja ni,kat mane2 je kalau sebut pasal remaja,mostly akan kaitkan remaja= cinta

kenapa?

sebab time remaja ni la orang kata kita diibaratkan di kemuncak eh?bak kata lagu OAG,

"segalanya dalam genggaman,walau apa pun x kan jadi halangan~ hidup ini sedia menanti,generasiku bersinar bagai mentari~"

time remaja ni gak la orang kata kita berdarah panas gitu,bersemangat nak cube semua benda

dan sehinggakan nabi muhammad s.a.w sendiri sangat sayangkan remaja2

ada satu hadis nabi bersabda yang bermaksud


”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


bukankah pemuda2 dah dpt jaminan daripada allah?bukan senang2 allah nak bagi naungan kat akhirat kelak

kita dapat tgk,sebagai remaja,kalau kita minat kat satu benda tu kita akan focus ataupun tumpukan minat kita 100% kan?

contoh paling senang minat bola sepak,sanggup bangun pagi2 untuk tgk match perlawanan ataupun minat kat fashion,x kisah duit gaji abes kat fashion sebab memang dah minat,heheh

x salah minat,asalkan x bercanggah dengan islam

tp bayangkan kalau pemuda tu mmg btl2 minat kat islam,hebat impak nya!

sebab tu dapat lihat zaman nabi dulu,kebanyakkan sahabat2 nabi semuanya pemuda,abu bakar,saidina ali,dan lain2

tokoh2 islam yang lain,Tariq baru berumur belasan tahun(18 x silap) dah pimpin tentera bebas kan spanyol(x silap)

Sultan Muhammad al-fateh,baru berumur 21-22 tahun,bebaskan constatinapole

dan tokoh2 lain

tp sayang,sering kali remaja zaman sekarang dikaitkan dengan cinta=.=

dan dah jadi perkara common cinta2 remaja ni,tgk kat iklan berlambak yang mengaitkan remaja+cinta,sigh

aku x cakap yang aku x pernah terjebak dalam alam cinta remaja ni

pernah,memang pernah

banyak yang aku belajar daripada pengalaman lepas

ada hikmah rupanya

perasaan minat-minat tu memang fitrah manusia,tapi biarlah perasaan tu dikawal agar tak terjebak dalam lembah maksiat

kian masa berlalu,aku sedar yang cinta remaja ni x perlu buat masa sekarang ni

mmg susah nak lawan arus air yang deras yang mengalir,tp inshaallah,aku cube sedaya upaya yang termampu

memang susah nak lawan perasaan kita kalau kita dah suka seseorang tu

tp ingatlah sabda nabi muhammad rasulullah s.a.w yang bermaksud


“Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.”


nak ke kalau orang yang kita "sayang" tu jadi fitnah kat muka dunia ni?

sayang ke namanya kalau diakhirat kelak wanita yang kita "sayang" tu dipersoal di akhirat kelak mengapa dia benarkan dirinya menjadi fitnah di muka dunia ini?

walaupun kita x berpegang-pegangan tangan,x keluar dating,hanya sms sahaja,tp kalau hati seorang lelaki tersebut dah terlalai mengingatkan wanita tersebut melebihi mengingati allah dah cukup untuk menjadi fitnah di dunia ni

atau paling kurang pun orang non-muslim akan cakap"agama u cakap x benarkan lelaki dan perempuan couple2,tp kenapa mereka boleh?"

dah jadi satu fitnah dah kat agama

Peringatan ALLAH SWT :

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ 17:32)


kalau dah terjatuh cinta,jgn ikut je perasaan tu

memang kita x minta untuk jatuh cinta kat seseorang tu,tp ingat!

"cinta itu bukan tuhan"

kita nak dengar cakap cinta ataupun alllah?

pilihan di tangan anda

bawah ni ade sikit tips camne nak menepis cinta remaja ni


TIPS MENEPIS CINTA REMAJA :

- Tegas dengan prinsip diri

- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup

- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh

- Mengekang hawa nafsu

- Mendekati majlis-majlis ilmu

- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah

- Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan


dan untuk memantapkan pendirian diri untuk menolak cinta remaja ni,berpegang teguhlah pada hadis :

“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

bukan senang2 nak dapat gelaran syahid ni,orang yang syahid ni inshaallah masuk syurga allah,dan Janji ALLAH SWT terakam dalam surah al-Nur :

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).” (Surah al-Nur 24:26)

Rasulullah SAW berpesan:

“Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah.” (Riwayat Suyuti)

ingatlah,usaha yang dimaksudkan untuk mendapat jodoh masing2 yang baik bukanlah terletak kat usaha kenal atau tackle orang yang kita minat,tapi usaha yang dimaksudkan adalah usaha menahan nafsu daripada terjebak ke maksiat

jd teguhkan pendirian,jgn kecudang walaupun ade lelaki atau perempuan yang dianggap "mahal" datang kepada kita(melainkan untuk menikah),kerana jika seseorang tu sanggup menahan keinginannya,inshaallah allah akan beri yang lebih baik daripada yang kita inginkan

sekian saja dari ku,assalamualaikum~!