peperiksaan!




Assalamualaikum!
kita bertemu kembali!
hmm,sekarang ni,tak asing lagi kalau kita akan tengok papan tanda kat atas ni kan?
maklumlah,musim peperiksaan sekarang,tak kira la untuk UPSR,PMR,SPM,STPM,matrik,poly,universiti,dan macam2 lagi la
alhamdulillah,aku baru je abes exam final sem1 dalam program satu tahun
terasa lega sangat,whew~
habis awal dari campus2 lain,hehe
memang terasa gak time minggu2 dekat exam tu
sampaikan ada stay up sampai pkl 4pagi>_>"
ternyata preparation selama 1month x cukup nak cover semua esp fizik,16chapter semuanya!@_@
sekarang ni dah usaha,doa dan tawakal
ternyata semester ni beri pengajaran kat aku kena prepare dari mula semester lagi
inshaallah semester2 ni aku x nak ulang kesilapan sama~.~

study study gak,hubungan dengan allah jangan dilupekan:)

cakap pasal exam ni,aku nak ajak korang semua dan diri aku untuk reflek diri sendiri jap
sebagai peringatan ktia sama2~
agak2nye la
ape agaknye tujuan kita menuntut ilmu ni?

dari kecik kita diajar supaya belajar rajin2,bila pandai boleh dapat kerja yang bagus,bila kerja bagus gaji pun lumayan dan orang akan respek tinggi,dan bila nak berumahtangga pun senang
tapi kalau sebaliknya pula,kalau malas belajar,kita akan hidup susah kat dunia ni

tapi,cube tengok balik,teliti balik,betul ke tu tujuan kita hidup semata2 nak dapat kerja bagus?
aku tak cakap tak bagus nak taget kerja yang bagus
tapi ade tak kita pk nak bangunkan ummah,menuntut ilmu untuk tegakkn daulah islam kembali kat muka dunia ni?
atau adekah kita lebih pentingkan diri sendiri?
kalau kita lebih pentingkan diri dari orang sekeliling kita
kita sendiri yang rugi
bila kita kerja kelak,sibuk mengerja harta dan pangkat,pada satu ketika kita akan terfikir
itu sahaja ke??begitu banyak harta dan pangkat yang kita sibuk kerja dan akhirnya setiap orang akan menemui mati,dan akan masuk ke liang lahad di dalam tanah
jadi ape yang kita dapat kalau kita utamakan harta daripada berjasa kepada ummah?
perlu diingatkan menuntut ilmu tu sebagai ibadah






kenape aku tanya semua ni?
sebab benda ni sangat penting kalau kita nak ubah keadaan dunia yang kita tinggal ni
bila kita tengok keadaan kat muka dunia ni,parah sekali
contoh terbaru yang aku terbaca pasal Islamic fashion show yang dianjurkan oleh malaysia sendiri
tengok je la fashion yang digandingkan kat stage dia,terang2 tertulis "ISLAMIC"
tapi,sampaikan ada model free hair,then pakaian dia siap nampak lengan tangan,apekah islamic itu namanya?
apekah penganjur tu nak jadi macam kamal antartuk yang menentang islam kat turki dulu?
cuma ni menentang islam dalam diam?wallahualam
aku bukan nak mengaibkan orang atau ape,cuma aku rasa GERAM dengan tindakan penganjur tu sendiri yang guna nama "ISLAM" tapi bukan cara islam langsung!sigh..
semoga allah selamatkan kita dari tipu daya syaitan..



kita dah lihat
negara kita maju tapi kenape remaja2 zaman sekarang kebanyakkan akhlak runtuh
sedih rasanya,kerana generasi sekarang generasi celik ilmu,tapi masih mempunyai akhlak yang buruk
dan remaja adalah umpama bijian benih yang kita tanam
dan apebila membesar ia akan menghasilkan buahnya
dan buahnya?ape yang kita lihat sekarang...
jadi dimana silapnya?masih kekurang bajakah?
apekah belum cukup usaha pemerintah untuk memajukan negara ini dengan pelbagai cara atau pemerintah yang salah?


tidak,bagi aku bukan salah pemerintah,
aku tak nak menuding jari sape salah
tapi bagi aku semua orang memainkan peranan
kalau kita nak ubah keadaan sekarang ni,setiap insan tersebut mesti memainkan peranan untuk sebarkan nilai2 positif kepada masyarakat
sebab?
kita sendiri yang telah membentuk ape masyarakat kita jadi sekarang ni
sebab tu pentingnya kita kena fikir menuntut ilmu untuk berjasa kepada masyarakat dan ummah
ingat,menuntut ilmu tu dakwah pelajaran!

Muaz pernah berkata
mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah tanda takut kepadanya
menuntutnya adalah ibadah
menalaahnya adalah tasbih
mencarinya adalah jihad
mengajar kepada yang belum tahu adalah sedekah
dan memberi adalah kebaktian
dialah kawan dalam sepi,teman kala sunyi,pentunjuk jalan dan kesempatan

jadi ingatlah,ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana allah
semoga apabila kita kerja kelak,profession yang kita pegang akan dapat jadi asbab hidayah kepada orang untuk kembali ke jalan yang benar,inshaallah

jadi ayuh wahai remaja!
bangun dan bangkitlah untuk ubah keadaan kita!
kerana allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri!
mula ubah diri kita
hidupkan suasanan ajaran islam sepenuhnya di persekitaran kamu tak kira di campus atau dirumah!
kaitkan ilmu yang dipelajari dengan islam,kerana islam itu adalah syumul(menyeluruh)
jangan pisahkan islam dan ilmu yang pelajari kerana ibarat kita setuju dengan islam liberlisme,yang memisahkan hal dunia dan agama

ingatlah firman allah

kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah oran-orang fasik.
(surah Ali Imran,ayat 110)

jadi untuk menjadi umat yang terbaik semua orang perlu berdakwah dan pelajar pun tak terlepas dari tanggungjawab dakwah
paling utama ialah dakwah pelajaran
kebiasaannya orang non-muslim menuntut ilmu dengan hanya satu daya untuk cemerlang dalam bidang tersebut iaitu keperluan hidup
tetapi jadikan dorangan agama dan keperluan hidup sebagai daya kita untuk maju didalam bidang ilmu dan bidang2 lain
semoga ia dapat menjadi asbab hidayah kepada semua manusia
di akhirat kelak lelaki dan perempuan akan dipersoalkan ape yang mereka buat ketika usia mereka muda
jadi ayuh bangun dan bangkitlah!
mari kita mencipta sejarah!bukan terus melihat sejarah berlalu begitu sahaja!

inshaallah,cahaya islam akan kembali bersinar di seluruh pelusuk bumi
adakah kita termasuk dikalangan mereka yang berjuang menegakkan Islam?