okay quick update
aku akan listkan ape aku buat time cuti pertengahan semester 2 ni
cuti ni x kemana-mana pun
balik2 cuti new year kan
jd 1family pg makan kat gazebo
best oo
makan mcm2,seafood arxD
hehehe
then x lama kemudian keluar dengan abang dan cousin g cs jejalan
aku suka tgk benda neh,raksasa gergasi wei
2tingkat tinggi tu,ahaha
time tu dah abes cuti sekolah jd x ramai sgt kat cs sana
boleh lak blackout malam2 tuh,hesh,dekat 2 jam gak
boleh tahan dalam 2 mgu ni banyak blackout,tp kejap2,nasib sekali je time malam
teka ape benda dlm gamba tu?
x dpt?tu la pelita!huahuahua,pandangan dari atas:))
keesokannya buat ic baru sbb ic lama cip dia rosak
kemudian,first time potong rambut kat saloon,alang2 adik gunting rambut situ,cube gak la try potong kat saloon,sebelum2 ni kat kedai mamak je,jd pas aku belek2 buku contoh style rambut ape nak potong aku x tau nak pilih mana(rambut aku x panjang mana punxD),dan aku suh brader tu potong la ikut yang dia rasa terbaik,sbb tgk muka mcm bole dipercayai,huhu,bila da siap it turn out jd mcm gamba atas tu..er..okay,same je aku tgk=.= ape2 je la
dan oh,mula2 brader gunting rambut tu tny "budak sekolah" lagi ke?
aku cakap tak,dah 18tahun,dia terkejut ckp "ini besar 18tahun??awak tipu saya ar?ini besar mcm 13tahun je,mcm budak lagi,sbb ada kawan besar ini juga"pastu dia cakap dlm bahasa cina kat mmb2 dia kedai tu,then dia translate"td saya ckp awak 18,semua terkejut,ckp awak tipu la,x kan 18tahun ini mcm"
jd sbb dorang x percaya,abes gunting sementara tunggu adik aku abes sorang2 pekerja kedai tu interview ayah aku,lol
agak2 la kalau ye pun,13tahun tu...kecik sangat wei=.=
haha tp dorang friendly gak utk bebual
then,pagi2 hari minggu jogging dengan family kat taman istana tu(kan nama dia?)
terserempak dengan keluarga pakcik jamil(jiran),tp amirul member aku baru balik ke campus uitm shah alam
then kat rumah,men Call of Duty Modern Warfare2 multiplayer dgn afbau kalau dia online
masa nak crack multiplayer code dia fuh pening aku
afbau suh bukak itu,download ini,itu,ini(sambil guna skype)
ternyata ko mmg talented bab computer2 ni afbau!tabik2!hehe
tp bile da boleh,fuhh masyuk~!
hahaha
selain tu,ade gak blaja masak sketxD ape tu,ikan masak merah dengan kacang panjang goreng?huahua,x ssh pun,"kacang" je,eceh kerek:))
boleh la,nt cuti lain kali nak try lain lak
tp keje assignment dgn tutorial x sentuh pun,huahua
minggu ke 2 baru lah buat,hesh,tu pun last minit,adik2 jgn contohi mcm aku ya:(
then buat passport aku dengan nenek
sebab 24januari ni abang konvo kat medan,indonesia sana,mak,abah,dengan nenek pg tgk
yang aku lak x ikut,sbb ade kelas,jd buat untuk standby2 je kalau ada tiket murah ke sana,huahua
2 hari kena datang,sebab first day datang nombor abes,fuah.agak menyirap gak
then terpaksa datang lagi hari khamis tu untuk buat
tp nenek aku je dpt buat lepas da tunggu dekat 4jam setengah kat sana
tu pun dpt tlg dari orang dalam sbb hari rabu tu pg naik office dia,jd orang tu tlg ari khamis tu
nasib2,hehe
siap kol 1.30tgh hari terus nek teksi hantar nenek dulu balik rmh,da sampai rumah nenek terus pg ke cs lak
mmber aku da amik tiket chipmunk 2 kol 1.50,tp aku sampai kol 2.00,jd aku masuk sendiri
x sangka selang 1tmpt duduk je dengan dorang sebab men beli je,huahua
tp abes kitorang yang laki ni kena "dera" dengan adik eza tu,baru 6tahun tp "aktif" betul
suka ketuk2 orang dan cari pasalxD bahaya2,hahaha
disebabkan aku da abes baca buku "Salahudin Ayubi" aritu
jadi kat sana aku singgah kedai MPH beli buku "Imam Shafie" lak,nak tau lebih lagi psl Imam Shafie sampaikan fahaman dia tersebar luas:)
tercari2 gak majalah "ILuVIslam" tp x jumpe,balik check website baru aku tau dorang tunda ke 31januari,aiyaya
pastu akhirnya,dpt gak aku tgk citer KCB2 ni,sempat2,hehe
citer ni bagus,sbb kalau perasan cerita dia islamik
banyak impak yang citer ni bagi kat aku,mau yang pertama dan gak yang kedua
lebih2 lagi dengan perwatakan Azzam tu
alim,berdikari,suka berniaga,bertanggungjawab dan matang
banyak iktibar yang boleh amik dlm citer ni
lagipun,5watak utama(dalam gamba) ni dipilih melalui audition pun
dipilih btl2 yang mana yang sesuai
dari segi berbahasa arabnya,dan lain2
jd watak2 utama dia ni baik2 belaka,bukan setakat berlakon,tp diri yang btl pun ok
mungkin pengarah dia nak jd kan "icon" la kot,kalau x asal dia susah payah buat audition,kat indon tu banyak pelakon2 lagi,huu
mak ayah aku la paling suka tgkxD
hehe,selain tu semua family,sedara,mmber2 kat matrik semua suka citer ni
tahniah kepada Habiburrahman(penulis novel ayat2 cinta dan novel KCB ni) sbb berjaya jdkan dua2 citer ni mmg bagus untuk ditonton:)
dan tahniah gak kepada pengarah citer ni sbb kurang kelihatan adegan aktor lelaki bersentuh dengan aktor perempuan dalam cerita ni,satu pencapaian bagus!
2 thumbs up!
hehehe
ok,itu sahaja update ku kali ni,
esok(ahad) aku sudah balik ke campus aku
semoga berjumpa dilain hari:)
Post a Comment