Kagum,Salahudin Ayubi



Assalamualaikum
sebentar tadi,aku baru je abes baca novel citer pasal sejarah "Salahudin Ayubi"
dah lama dah aku beli,dekat 1 bulan lebih kot,cuma x da peluang je nak abeskan baca kat matrik sana,geram gak aku tgk kat meja aku kat sana
bila time cuti ni dah abes baca,rasa puas hati+kagum dengan kehidupan salahudin ni
mungkin ramai yang dah tau sejarah Salahudin ni,tp bile aku baca novel ni,lebih mendalam lagi dia cerita pasal salahudin ni,kat sini,aku nak kongsi sikit luahan hati aku mengenai apa yang aku dapat setelah baca novel tersebut,aku sedar yang aku ni bukan lah ahli sejarahwan atau tau sangat sejarah islam secara mendalam,tp aku nak kongsi sikit kat sini,diharap kalau ada salah silap,harap ditegur ya!

bila aku baca,baru aku tau yang zaman salahudin dulu keadaan islam x ubah lebih kurang sama mcm keadaan kita sekarang ni,serious begitu sama sekali!hanya mungkin keadaan zaman dan teknologi ketika itu berbeza sedikit dengan sekarang,antaranya yang sama ialah musuh bermaharaja lela,negara2 islam mementingkan diri,berpecah belah,dan ade gak yang sanggup berkerjasama dengan musuh sebab takut dengan musuh sebab tentera dorang kuat!ade gak time Salahudin jadi pemerintah,ade yang nak belot dengan kerjasama dengan musuh!ish3

salahudin sejak kecil lagi dah diajar dengan pelbagai ilmu seperti menghafal al-quran,menunggang kuda,bermain senjata dan ilmu peperangan.Salahudin ni lebih berminat bercakap mengenai Jihad atau cerita pahlawan2 rasulullah.Salahudin ni gak seorang yang rendah diri,zuhud,murah hati dan baik hati.

ni aku dpt tau bila Salahudin ni banyak ubah cara pemerintahan negara tersebut,peruntukan yang pembesar2 dia gunakan untuk hidup bermewah2 tu ditarik balik!dia guna peruntukan tu untuk orang2 yang memerlukan cam tentera yang dah pencen,dan lain2,selain tu,salahudin gak lebih gemar ddk dalam khemah bersama tentera dia berbanding duduk kat rumah bunglow mewah.

Masa perang dengan tentera salib,Salahudin berjaya tanamkan semangat jihad yang tinggi kepada tentera2 islam,dan Salahudin ni mmg sangat2 lah yakin akan ketentuan Allah dan Sunnah Rasulullah mahupun dalam peperangan,Salahudin kebanyakan caranya ikut sunnah rasulullah bila berperang,mungkin ada yang pernah berfikir sebelum ni,dalam islam,kalau musuh minta berdamai atau menyerah kalah kita x boleh bunuh atau menolak,tp cemana kalau dorang tu nak tipu je?patut ke kita terima tawaran musuh yang licik?mcm mane kalau dorang melawan balik?pastu tawanan perang kita x boleh siksa,sedangkan mereka bunuh dengan kejam tawanan islam,sebaliknya kita kena layan mereka dengan baik?time baca sejarah Salahudin ni,barulah aku faham,disebabkan Salahudin mmg yakin amat2 dengan suruhan Allah dan sunnah Rasulullah,sebab tu Allah beri bantuan kepada Salahudin,dan sebab tu Salahudin dapat kalahkan tentera salib di tanah arab.Bukti Salahudin mempunyai kepercayaan tinggi dan berserah kepada Allah ialah Salahudin berani masuk menyeludup ke kota yang dikepung oleh tentera salib untuk meninjau,time tu Salahudin diiringi oleh beberapa orang je,selain tu,Salahudin berani lawan satu dengan satu dengan panglima tentera salib,

Time perang lak,banyak kali tentera salib hampir kalah,tapi sebelum kalah dorang mintak berdamai,bila tgk masa sesuai dorang perang balik,lepastu tawanan perang salahudin x mengapa2kan kepada mereka,salahudin siap tawarkan mereka lagi,bayar tebusan(kalau x bayar 10dinar jd tawanan) atau memeluk islam kalau nak dibebaskan,ye memang lah lepas bebas dorang akan gabung balik dengan tentera lain pastu perang balik,tp Salahudin tetap bebaskan dorang walau berapa banyak tawanan yang di tawan.Kejayaan demi kejayaan berjaya menumpaskan tentera salib,Salahudin gak berjaya menyatukan kembali negara2 islam yang berpecah belah menjadi bersatu semula,bukan senang tu!Perjalanan nak menawan semula Jurusalem dari tentera salib yang dah kuasai sana selama 80tahun mmg bukan senang!banyak halangan,tp mereka berserah kepada Allah dengan berbekalkan iman dan semangat jihad yang tinggi,orang islam berjaya tawan balik Jurusalem

Pernah gak lepas Jurusalem orang islam dah tawan balik,raja2 kat sana dengan semua orang kristian dibebaskan,tp x lama pastu,1 eropah datang balik nak amik balik Jurusalem tu,dengan Raja Henry,King Richard,dan raja2 lain(termasuk raja2 yang dibebaskan oleh Salahudin sebelum ni),boleh kata keadaan mmg sangat genting la time tu,orang islam berada diibarat hujung tanduk time tu sebab x silap aku,tentera salib time tu hampir 300ribu orang(tambah dengan bantuan dari Konstantinopel),1 eropah wei dari jauh2 datang nak balas dendam,dalam hati aku baca aku ckp"mak aih,gila wei",mmg sengit pertempuran antara dorang,sampaikan Salahudin terpaksa berundur ke Jurusalem,time tu dorang mmg dah kena kepung dah dengan tentera2 salib

time tu,Salahudin,tentera2 islam,dan penghuni Jurusalem buat solat hajat,dan keesokannya,tetibe2 tentera2 salib undur diri sebab dorang dah x tahan dengan keadaan cuaca sana serta ssh dpt bekalan air lagi,uish aku baca sekali lagi aku ckp dlm diri aku "masyaallah,bergitu besar kuasa allah",dan lepas tu berdamai lah antara kedua2 pihak antara islam dan orang kristian sebab mereka dah jemu dengan peperangan ini dan ingin pulang ke tanah air masing2.

Begitulah kesudahannya,sangatlah aku kagum terhadap Salahudin Ayubi,kesimpulan yang aku dpt lepas baca ialah

1.sifat mulia yang Salahudin seperti murah hati,rendah diri,zuhud,hidup tidak bermewah-mewahan,pemaaf dan kuat keimanannya buat rakyat rasa senang dan menjadi contoh kepada umat islam time tu

2.Sifat Keyakinan yang tinggi terhadap bantuan Allah dan Ketentuannya,serta Keyakinan Salahudin terhadap Sunnah2 Rasulullah(S.A.W) merupakan faktor utama Salahudin berjaya menewaskan musuh

3.Pemimpin mcm ni yang kita perlukan untuk membebaskan umat islam daripada terus dipijak2 oleh musuh kita,keadaan di zaman Salahudin sangatlah sama dengan keadaan sekarang,cuma yang beza mungkin dari segi teknologi

4.Bahayanya kalau Baitulmaqdis jatuh ke tangan musuh,kerana musuh x pernah rela baitulmaqdis jatuh ke tangan orang islam sebagaimana kita tidak rela baitulmaqdis jatuh ke tangan musuh.Ini adalah sebab Masjid Aqsa terletak di Baitulmaqdis adalah antara salah 1 daripada 3 masjid suci orang islam,lagi dua adalah Masjid Nabi Muhammad di Madinah dan Masjid Haram di Mekah.Pernah seorang panglima tentera salib membawa 100ribu orang tentera dari Jurusalem untuk tawan Madinah dan Mekah,tp mereka berjaya dihalang apabila Salahudin bersama 10ribu tentera berkuda sahaja berjaya mengalahkan mereka.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


zaman sekarang ni,mcm2 ape yang jadi kat umat islam diseluruh dunia,musuh sekarang x takut lagi,malah dorang banyak amik kesempatan kepada umat islam,bila habis baca cerita pasal Salahudin,terasa rindu akan pemimpin seperti Salahudin,pemimpin yang akan menyatukan semula umat islam dan membebaskan Palestine daripada musuh.Aku manusia yang lemah ini agak berasa kesal kerana tidak berdaya buat apa2 dan hanya mampu berdoa sambil berusaha memantapkan iman,
semoga apa yang ditulis dapat dijadikan iktibar bersama,

terima kasih kerana baca luahan hati ini,maaf lah kalau agak meleret2 panjang>.<

main tulis je,x perasan dah panjang,boleh jadi karang ni,hehe
maaf gak kalau ada kesilapan atau kekurangan,yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk datang dari diri saya sendiri
sekian,semoga berjumpa lagi!
Assalamualaikum!