Sekolah Agama Kebun Teh
Hari Sabtu lepas,adik aku pg daftar kat sekolah Sekolah ni,jd aku pun ikut laa dengan 1 family pg registerkan adik aku,ye lah,dah nak naik skola la kan,skrg ni dah abes cuti pun,hehe
aku masuk2 mmg terkejut
huah,dah cat baru sekarang eh,dulu warna hijau,sekarang warna oren,hm ceria sket!ahaha
sekolah agama kebun teh tu kecik je,2blok bangunan je
tp sebab kecik2 tu la yang best,boleh kata semua orang kat sana kenal
lagi satu,mejoriti budak2 area kawasan tu which is dekat dgn rmh aku,haha
kat sekolah agama,dia lain sket
sebelum masuk darjah 1,dia ada kelas pafa 1 dan 2
lepas pafa 1 dan 2 tu baru lah masuk darjah 1 dan seterusnya
jd biasanya,time darjah3,baru naik darjah 1 kat sekolah agama
tp untuk kes aku,aku ada lompat 1tahun,aku x masuk pafa2 atas sebab2 tertentu
kan campur lelaki perempuan kan,dan disebabkan aku x biasa mix sangat,jd aku hanya berkawan dgn dak2 lelaki je,dak perempuan aku x kawan langsung dari darjah 2(aku pindah jb time aku umur darjah 3,jd sekolah agama aku dajah 2 time tu)
dari mula darjah 2 tu sampai la habis darjah khas,aku x pna borak2 cam biasa dgn dak2 ppuan
sampaikan,bile aku tgh borak2 dgn kawan aku kat corridor dia,tibe2 ade dak ppuan lalu,aku mesti terdiam,pastu tunduk bawah atau kiri,kanan,atas,pas dak ppuan tu da lalu baru la aku borak2 balik
segan punya pasal,lolxD
hehehe
kadang2 tu kena la perli sket dgn mmbxD
sampai sekarang,aku x kenal sgt sape dak2 ppuan yang pna sama sekolah agama dengan aku,kadang2 tu kalau jumpa time raya atau kat mana2 dorang ada tegur,
tp maaf la aku x kenal>.<
yang kenal sangatlah sikit,ampun2!
x pun mungkin kenal2 camtu je la
bukan sombong ya!
aku ingat lagi time aku sekolah kat sana
aku mmg rapat sangat dengan sorang mmb aku ni,nama nya fakhrul faiz
orangnya tinggi dan tua 2tahun daripada aku
pg mana2 je aku sama dgn dia
kadang2 sebelum kelas mula,aku singgah rmh dia jap sbb belakang sekolah je rmh dia
sebelum pekse darjah 6,aku pg blaja kat rmh dia sampai mlm
pastu time darjah khas sama kelas dia ddk sebelah aku
aku dah anggap dia mcm abg angkat aku daxD
sekarang ni lak dia da ada tunang da
dan time dia ajak aku ke majlis pertunangan dia ada ckp kat mak dia "ni ha adik angkat abg ckp tu",hahaha,terasa haru rasanya
ada jumpa tunang dia skali,wuish,lawa!
alhamdulillah,orang kata rezeki kan?ahaha
ape2 pun aku doakan korang dua bahagia ya!
kawen nt jgn lupe jemput!hehe,nak rasa nasi minyak wei,hehe
okok balik ke topic asal
dah lama aku x masuk sekolah ni,x silap tahun lepas je aku x singgah sekolah ni,biasanya time maulidurrasul skolah ni la aku dgn mmb2 aku pg,tp tahun lepas aku x pg,x silap buzy kot semua
rasa rindu lak,teringat lak memori time sekolah situ
bila masuk sekolah tu time nak register adik kat sekolah tu terubat gak rindu
tp sayang x jumpe cikgu2 sana
ramai da tuka da,uwaa!
ishk,xpe2,tahun ni kalau berkesempatan insyaallah aku datang ya maulidurrasul dia
ni la kawasan perhimpunan dia,kiri tu office,kanan lak dewan,ade aircond wo!dan yang tgh tu surau,time aku dulu x de surau ni,bile petang2 semua solat kat dewan aircond tu,hehe
ni lak pandangan dari atas,aku suka ddk kat bahagian ni,esp time darjah khas,ahaha
ni lak kat luar sekolah tu,dulu seberang jalan tu mcm hutan kecik,pokok tinggi2 mcm hutan,rasa sejuk je time blaja,tgk kat luar nampak pokok2 besar2,hehe,tp kat dlm tu ada kubur2 campur(kubur lama time perang dulu),dekat bahagian lintas jalan tu kalau tgk dekat2 kat hutan tu ada namapk lambang "t" iaitu kubur orang chrstian,tp sekarang dorang dah tebang,x silap nak buat hospital ke ape tah,ade kaitan dgn hospital gitu