salam
kk,aku rasa kali ni aku akan buat quick post
bulan 4 ni,lepas abes study kat melaka,ada balance 5 bulan sebelum masuk u(bulan 9)
jadi aku ingat nak buat part time bisness la
cuma sekarang masalahnya aku x tau nak buat bisness ape
setakat ni aku ada 2 option
1.jual nutrimetics,tolong mak aku,tapi....banyak produk perempuan=.= yang ak plan,kalau ak tolong mak aku,aku tolong jual produk cam pencuci muka,etc2,yang tak berkaitan perempuan sangat=.=
2.jual produk herbalife,budak bilik sebelah aku ada jual produk ni,aku memang tertarik dengan produk ni,cuma.....yang buat aku musykil nak jual sebab produk ni..produk amerika=.=
aku agak was2 sket produk amerika ni,mane la tau,tngah jual2,jap lagi dalam diam income yang kita tolong jual tu disalur kepada tempat yang tak sepatutnya(eg israel,ketenteraan amerika,etc)
er..aku cuma amik langkah berjaga-jaga je,lagipun kalau boleh nak jual produk tempatan
3.prduk HPA(harap pada allah)..agaknya lah...
4.tak pun,radix..aku tak abes survey lagi,tak pasti radix dengan HPA sama company atau tak
tu antaranya yang aku terpk produk ape aku nak jual nt
aku jadi minat kat bab bisness2 ni sebab aku tengok budak bilik sebelah aku tu la
sangat matang dan berdikari bila libatkan diri dalam bisness ni
lagipun,banyak advantage dia kalau buat bisness ni,tak kisah la part time atau full time
antaranya
1.pengalaman berniaga,kira2 perbelanjaan,deal dengan customer yang berbagai karenah,dan paling pnting,latih diri untuk punctual dngan masa!
2.ada source income sendiri,paling2 kurang pun,boleh meminima kan pinjaman PTPTN,sebab bunga dia tinggi=.= dan certain orang kata ada riba dalam PTPTN ni,kawan aku pernah cerita ada kawan dia ni,sanggup jual nasi lemak kat campus dia semata2 nak menimima kan jumlah duit PTPTN tu,wallahualam,aku tak tau macam mana status sebenar..tapi kalau ada side income,boleh kurang kan beban parent untuk tanggung kos pembelajran/kperluan harian
3.cepat kaya,hoho,bunyi dia macam tamak,tapi jangan pk camtu,bak kata kawan aku
"kita nak cepat kaya,bukan tamak,tapi bila kaya,dengan kaya tu la kita dapat tolong orang yang susah(eg,derma,sponsor rumah anak yatim,buat bangunan untuk masyarakat,etc)
tapi kawan aku cakap,bila dah buat bisness ni,cabaran paling besar ko akan rase bila ko dah dapat duit,bila nak sedekah atau bagi duit kat orang yang memerlukan tu rasa berat sket tangan,tu kena elakan!
4.dan yang last skali,aku tau semua suka benda ni,hehe,dah tentu bila bisnes di waktu muda,boleh cepat kahwin!!ahahah,bagus kan?hehe,ok,first jangan lebel kata aku dah menggatal nak kahwin,fitrah manusia nak ada pasangan betul?kih3
kawan aku ada cerita sorang kawan dia,habis degree,around umur 24-26 dah kahwin(dua2 pasangan umur lbih kurang sama),memang aku respect kat dorang ni,sebab kahwin waktu muda2,tak ramai kita tgk orang nak kahwin muda2 ni,esp yang lelaki,bukan ape,kadang2 yang lelaki ni lambat kahwin(biasa 30tahun+) sebab nak kumpul income,bila steady baru nak kahwin,ade gak yang nak relax2 dulu diwaktu muda ni
ditambah lagi dengan pandangan masyarakt,kalau kahwin muda,ada orang akan pk kena tangkap basah,dan lain2
tapi bagi aku,kahwin muda la bagus,semua orang nak kahwin,jd kenape nak dilambat2kan betul?hehe,sebab tu,kalau ada libat bisness,paling kurang kita dah ada income untuk tanggung perkahwinan tu,mungkin habis study je terus nak kahwin kot,woha!xD
aku takut kalau dilambat-lambatkan,agak bahaya,ye lah tengok je la sosial masyarakat kita sekarang ni,agak gerun,jadi bila kahwin awal,pegang2 tangan pun tak pe,pahala lagi dapat!ahah
senang kata,banyak kesan positif nya kahwin muda ni,kih3(cuma make sure income dan ilmu kekeluargaan di dada dah cukup!)
satu contoh yang tepat aku boleh bagi kalau korang tak caye kahwin muda ni bagus adalah korang tengok cerita adamaya,tu antara contoh pasangan muda(dalam cerita tu la)
ahoho,tu dia,antara kelebihan bisness diwaktu muda2 ni
lagipun nabi sendiri galakan buat perniagaan ni kan?
tapi aku bisness untuk part time je,course utama inshaallah civil engineer aku tetap keje macam biasa bila abes study
oh sebelum habis kan post,sebenarnya aku nak mintak pendapat korang(recomendation)
produk ape yang patut aku jual?
kalau ada produk lain pun ok gak,tapi bagi detail sket pasal ape,nt ada masa aku survey2
hehe
ok aku nak makan sarapan dulu
assalamualaikum!
business business business~~
February 6, 2011
You can leave a response
Post a Comment