Holiday to indonesia~♫
Go Universiti!
alhamdulillah,syukur kepada allah subhanahu wa ta'ala
debaran yang melanda kami semua akhirnya berakhir
semalam akhirnya result yang ditunggu2 diumumkan kepada orang ramai
result bukan sebarang result
lebih dasyat daripada result anugerah planet muzik 2011
ape dia tu?
dah tentu aku cakap result upu bagi lepasan stpm dan setaraf tahun 2011
alhamdulillah,aku dapat tawaran kos idaman aku di UTHM,kos Jurutera awam
menunggu tarikh pendaftaran pun kadang2 rasa tersiksa gak,sebab jarak tarikh kemasukan universiti lebih kurang 4 bulan cuti,september baru masuk
namun,inilah hakikatnya,nikmat waktu lapang ni la orang selalu lupakan
dimana dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda dimana 2 nikmat yang manusia sering lupa
1)masa lapang
2)masa sihat
waktu cuti ni la biasanya orang tak menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya dan waktu sihat camni la kalau nak buat 2-3 perkara dalam satu masa boleh selesai dalam masa yang singkat,namun,kita sering alpa untuk bersyukur atas nikmat yang diberikan ini,ini tak terkecuali dari aku yang sering kali lupa dengan nikmat2 yang allah dah bagi kepada kita
seorang sahabat aku pernah menyoal aku,"ape impian ko 10 tahun akan datang?",aku beritahu bahawa kalau boleh aku nak bangunkan bidang yang masih kurang kat dalam malaysia ni,kawan aku cakap untuk merialisasikan impian 10tahun kita akan datang,kita perlu bermula dari sekarang,kerana setiap tindak tanduk kita pada hari ini akan mempengaruhi kita akan datang
contohnya,dalam cuti 4 bulan ni,kalau kita asah skill membantu ibubapa(memasak,etc),belajar bahasa asing,skill komunikasi,skill leadership dan lain2,inshaallah,paling dekat kesan yang kita nampak waktu dalam universiti nanti,tu belum kesan 10tahun akan datang!woha!
setengah orang yang baru nak masuk alam universiti,dimana sebelum ni mereka dari matrikulasi/sekolah,senior aku pernah beritahu bahawa kehidupan kat universiti lagi bebas
dulu kat matrik,tak silap aku jumlah jam kredit hour matrik adalah 20-21jam kredit
sekarang kat universiti,maksimum 18jam kredit
tidak "pack" macam kat matrik dulu,kalau kat matrik,orang lepak @berdating kebanyakan mereka masih terikat dengan pembelajaran kat sana
bila kat universiti,rasa terikat dengan pembelajaran kurang berbanding matrik dulu,akibatnya untuk terlibat dalam gejala sosial yang melampau adalah tinggi..sedara aku pernah bagi tau,ada satu sem tu,kelas dia hanya pada hari isnin-rabu,khamis-ahad "no class",lihatlah banyaknya waktu lapang nanti
Syeikh Abdullah Azam,seorang pejuan Palestine pernah berkata:
"Andai kata tak diisi masa lapang dengan kebaikan,maka masa tersebut akan terisi dengan kebatilan."
jadi pentingnya untuk mengurus masa dengan betul supaya tak terkena jarum2 syaitan yang sentiasa membisik menyuruh kita membuat perkara maksiat.
untuk mengelakkan daripada terjebak gejala sosial yang melampau,sibukan diri dengan aktiviti berfaedah,bersukan,join group dakwah,dan lain2
sedar tak sedar,effort yang kita lakukan untuk menjauhkan diri dari gejala sosial yang melampau merupakan antara persiapan bekalan kita di akhirat kelak
seperti didalam surah (Al-zalzalah 99:7-8),allah berfirman:
"Maka sesiapa mengerjalan kebajikan seberat zarrah,nescaya akan dilihatnya(dalam amalannya),Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah,nescaya akan dilihatkannya(dalam amalannya)"
ingatlah,setiap amalan yang kita buat besar atau kecil,akan dipersoalkan,walaupun kita berada di dalam kelompok2 yang soleh/solehah,amalan kita akan dihisab secara individu
jadi sebelum aku mengakhirkan "teks" aku pada hari ini,sama2 kita renungkan perkara dibawah
rata2nya kita sebagai mahasiswa/mahasiswi kat universiti,semuanya dalam umur 18 tahun ke atas,umur aku pun dah dekat 20tahun,orang sering kata,"pemuda ni pelapis masyarakat",namun,persoalannya,dalam waktu kita muda ni
"apekah kita dah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakar sejarah umat Islam?"
sebagai contoh,3 orang tokoh kat bawah ni
1)Sultan Muhammad Al-Fateh: menawan kota konstatinopel
2)Usamah B.Zaid:Menjadi Panglima perang ketika Rasulullah hampir wafat
3)Khalid Al-Waled: banyak menyertai peperangan,dan mendapat gelaran
Saifullah(pedang Allah),merupakan general terhebat di dunia
yang tak pernah tewas di dalam peperangan
persoalannya,apekah persamaan antara ketiga-tiga tokoh ini?
JAWAPAN:
ketiga-tiga tokoh ini telah memberi sumbangan sejak dari muda lagi
1)Sultan Muhammad Al-Fateh:berumur18-20 tahun dah jadi sultan,tawan kostantinopel
2)Usamah :sangat muda ketika dilantik menjadi panglima perang oleh Rasulullah
walaupun ada yang lebih tua didalam pasukannya
3)Khalid Al-Waled:terlibat dalam peperangan sejak muda,bercita2 syahid di
medanperang namun meninggal kerana sakit
mereka ini dah beri sumbangan dan melakar sejarah umat islam semasa mereka muda2 lagi,pada waktu itu mereka sebaya dengan kita,jadi kita pula bila?
jadi sama2 kita renungkan ya geng:)
assalamualaikum!
"telinga orang yang bercakap adalah paling dekat,orang pertama yang saya nasihatkan ialah orang yang telinganya paling dekat"
test drive
assalamualaikum
alhamdulillah,aku dah lulus ujian komputer tu,47/50
nasib baik tak sesusah yang aku sangkakan
nervous gak,mane la tau tibe2 dah jawab kurang dari 43
lepas ni amali kereta(ujian 2) dah boleh buat hari sabtu@ ahad ni
cukup 6jam uji kenderaan kat jalan raya lak
lepas dapat lesen "P" atau dikenali sebagai "PDL",mudah la lepas ni pergerakan aku nak pergi ke mana2
sangat memerlukan,agak susah kalau x de "lesen" nak bawak kereta ni=.="
anyway,sekarang ni orang banyak cakap pasal anonymous yang hack laman sesawang goverment kan..
jadi kat sini dengan suka citanya aku nak memaklumkan sesuatu
dalam masa terdekat ni aku akan buat blog lagi satu untuk tunjuan dakwah dan berkongsi ilmu
sebab aku rasa blog aku ni dah ramai sangat anonymous yang promote kat blog aku=.=
orang luar baca aku tak kisah,tapi..kalau letak link itu ini rimas gak
tu la dulu nak sangat traffic,sekarang boleh kata sederhana dah pening,aiyo
blog ni aku akan kekalkan dab lebih kepada cerita kehidupan aku yang tak ramai nak tau,haha,cuma akan ditukar nama alamat url:)
boleh kata macam buku log(diary macam tak best bunyi dia,hehe)
buku log ni jangan bawak memain wo!
kekadang memang kita nampak macam tak penting je benda ni
tapi bagi aku,buku log ni agak penting
tengok orang2 dulu,
kalau atuk2 atau nenek2 kita ada simpan buku log kehidupan dia,kemudian dibaca oleh cucu2nya,kan best!anak2 dengan cucu2 kita boleh tau perjalanan hidup atuk kita ni,woha!
cuma sekarang dah modern,jadi guna la blogspot ni,haha
ok tu je dulu setakat ni:)
assalamualaikum!
buku diary antique yang mungkin dimiliki oleh atuk2 atau nenek2 kita:)
Lesen L
tgh pk,agak2 bahagian undang2 susah tak?
dengar2 part tu la orang susah nak lepas
ape2 pun,doakan aku berjaya lulus exam niT_T
First post
assalamualaikum!
akhirnya setelah sekian lama aku x update blog aku..pade hari ini,saat ini,aku berjaya untuk mengupdate blog aku yang dah berhabuk ni(yeah,setelah memaksa diri untuk menaip)
jadi..ehem,minta maaf la ye kepada pembaca2 setia blog aku sebab aku menyepikan diri sekian lama,hehe(perasan)
okey..
jadi..
ape benda nya aku nak tulis td...
hmm...
sebenarnya,aku dah lama dah tamatkan pengajian aku kat matrikulasi...
lebih kurang 3 minggu dah..eheh>_<
sedang menunggu result final,dan menunggu panggilan masuk universiti pada bulan 9
jadi maksudnya ape tu?
maknanya...cuti sokmo la ye,heheh
ade lagi...
maksudnya...
puasa kat rumah la tahun ni
ade lagi maksud tersirat..
maksudnya
kalau puasa kat rumah...dapat la aku pegi kat gerai2 bulan ramadhan nanti,hehe
lagipun kat depan giant area rumah aku ade bukak tapak gerai baru,bazaar kilat eh,kalau kat bandar tu bazaar karat,ni kat area aku bazaar kilat...memang berkilat!haha..(aku x tgk lagi ade ape kat sana)
maksudnya
tahun ni aku dapat raya kat rumah gak selama 1bulan,hehe
maksudnya...
dapat kumpul duit raya laa tahun ni,duit raya sokmo,hehe
kan aku ni masih student lagi..uhuk uhuk..jadi kalau aku datang raya jangan buat2 x paham..heheh
nah gurau je,x de la tebal muka sangat nak duit raya..tapi kalau orang bagi ape salahnya kan?:)
lagipun,orang yang belum kerja dan kahwin boleh dapat lagi kan?
okey..tu saja maksud2 yang aku boleh bagi
oh..kalau ade yang tanya2 cuti ni aku buat ape..
setakat ni,kat rumah je...melayan karenah kucing dengan anak2 kucing kat rumah aku,comel2 semua,nanti aku upload gambar kucing2 tu
nape x cari keje part time?ohho...jawapan dia.....x tau........
bukan ape,cuti ni aku pk,nak belajar ilmu dan skill2 baru kot,contoh..berenang,komputer,fotografi ke..atau lain2...
sebab time sedara aku kawen kat kl aritu pun...ade sedara aku g tau mara ade buat free course training(skill2 yang aku nak tu,macam..komputer,fotografi..etc)
kat jb ade,cuma aku tgh consider lagi..
selain tu aku ingat nak habis kan bace buku2 yang aku ade beli kat matrik dulu..dengan kalau boleh aku nak baca buku2 kat rumah aku ni...macam ulat buku lak ye bunyi dia...tapi...tu la hakikat dia...ayah aku ade beli buku2 bagus gak..cuma aku x baca je..mcm rugi lak kalau x baca..kan?cuma rajin x rajin je la=.=
sekarang ni walaupun dah 3 minggu,baru berapa kerat je yang aku baca..puncanya?
aku sendiri yang x berdisiplin dengan mind set yang aku dah tetapkan...
selain tu aku nak recheck balik ilmu2 agama yang dah belajar dulu...ilmu2 fardhu ain dulu kat sekolah agama belajar,kekadang bnyk gak benda yang aku dah x igt
nampak basic,tapi benda basic ni la yang penting..asas tu!
jadi sebab2 kat atas tu la kenape aku x cari part time..
orang kata,time kita student ni la kita kena banyak timba ilmu
sebab bila da keje dah x sempat dah..mentaliti orang dah keje pun lain dengan student..
jadi sebab tu aku agak keberatan sket nak cari part time..tapi kekadang aku fikir gak..ade kalanya masuk akal..tapi ade kalanya aku fikir...agaknya mungkin aku cari alasan je kot x nak keje part time..ntah la...
sebab bagi aku sekarang waktu kritikal kot..
lepas ni akan langkah ke alam dewasa,bergaul dengan masyarakat,ade tanggungjawab kat masyarakat..
nanti universiti dah sibuk dah aku rasa..x sempat..kurang masa dah nak belajar2 benda baru ni..ntah la..
walaubagaimanapun...jiran aku arif ade cakap ade offer keje jadi office boy kat tempat insurance..tinggi gak gaji dia walaupun part time...
hmm..
ape2 pun..aku tgh reconsider balik cemana ek...
selain tu ape yang aku buat..aku tgh baca post blog membe2 aku yang banyak aku x sempat baca..
ok la
setakat ni sahaja dulu
sekian,assalamualaikum:)
business business business~~
salam
kk,aku rasa kali ni aku akan buat quick post
bulan 4 ni,lepas abes study kat melaka,ada balance 5 bulan sebelum masuk u(bulan 9)
jadi aku ingat nak buat part time bisness la
cuma sekarang masalahnya aku x tau nak buat bisness ape
setakat ni aku ada 2 option
1.jual nutrimetics,tolong mak aku,tapi....banyak produk perempuan=.= yang ak plan,kalau ak tolong mak aku,aku tolong jual produk cam pencuci muka,etc2,yang tak berkaitan perempuan sangat=.=
2.jual produk herbalife,budak bilik sebelah aku ada jual produk ni,aku memang tertarik dengan produk ni,cuma.....yang buat aku musykil nak jual sebab produk ni..produk amerika=.=
aku agak was2 sket produk amerika ni,mane la tau,tngah jual2,jap lagi dalam diam income yang kita tolong jual tu disalur kepada tempat yang tak sepatutnya(eg israel,ketenteraan amerika,etc)
er..aku cuma amik langkah berjaga-jaga je,lagipun kalau boleh nak jual produk tempatan
3.prduk HPA(harap pada allah)..agaknya lah...
4.tak pun,radix..aku tak abes survey lagi,tak pasti radix dengan HPA sama company atau tak
tu antaranya yang aku terpk produk ape aku nak jual nt
aku jadi minat kat bab bisness2 ni sebab aku tengok budak bilik sebelah aku tu la
sangat matang dan berdikari bila libatkan diri dalam bisness ni
lagipun,banyak advantage dia kalau buat bisness ni,tak kisah la part time atau full time
antaranya
1.pengalaman berniaga,kira2 perbelanjaan,deal dengan customer yang berbagai karenah,dan paling pnting,latih diri untuk punctual dngan masa!
2.ada source income sendiri,paling2 kurang pun,boleh meminima kan pinjaman PTPTN,sebab bunga dia tinggi=.= dan certain orang kata ada riba dalam PTPTN ni,kawan aku pernah cerita ada kawan dia ni,sanggup jual nasi lemak kat campus dia semata2 nak menimima kan jumlah duit PTPTN tu,wallahualam,aku tak tau macam mana status sebenar..tapi kalau ada side income,boleh kurang kan beban parent untuk tanggung kos pembelajran/kperluan harian
3.cepat kaya,hoho,bunyi dia macam tamak,tapi jangan pk camtu,bak kata kawan aku
"kita nak cepat kaya,bukan tamak,tapi bila kaya,dengan kaya tu la kita dapat tolong orang yang susah(eg,derma,sponsor rumah anak yatim,buat bangunan untuk masyarakat,etc)
tapi kawan aku cakap,bila dah buat bisness ni,cabaran paling besar ko akan rase bila ko dah dapat duit,bila nak sedekah atau bagi duit kat orang yang memerlukan tu rasa berat sket tangan,tu kena elakan!
4.dan yang last skali,aku tau semua suka benda ni,hehe,dah tentu bila bisnes di waktu muda,boleh cepat kahwin!!ahahah,bagus kan?hehe,ok,first jangan lebel kata aku dah menggatal nak kahwin,fitrah manusia nak ada pasangan betul?kih3
kawan aku ada cerita sorang kawan dia,habis degree,around umur 24-26 dah kahwin(dua2 pasangan umur lbih kurang sama),memang aku respect kat dorang ni,sebab kahwin waktu muda2,tak ramai kita tgk orang nak kahwin muda2 ni,esp yang lelaki,bukan ape,kadang2 yang lelaki ni lambat kahwin(biasa 30tahun+) sebab nak kumpul income,bila steady baru nak kahwin,ade gak yang nak relax2 dulu diwaktu muda ni
ditambah lagi dengan pandangan masyarakt,kalau kahwin muda,ada orang akan pk kena tangkap basah,dan lain2
tapi bagi aku,kahwin muda la bagus,semua orang nak kahwin,jd kenape nak dilambat2kan betul?hehe,sebab tu,kalau ada libat bisness,paling kurang kita dah ada income untuk tanggung perkahwinan tu,mungkin habis study je terus nak kahwin kot,woha!xD
aku takut kalau dilambat-lambatkan,agak bahaya,ye lah tengok je la sosial masyarakat kita sekarang ni,agak gerun,jadi bila kahwin awal,pegang2 tangan pun tak pe,pahala lagi dapat!ahah
senang kata,banyak kesan positif nya kahwin muda ni,kih3(cuma make sure income dan ilmu kekeluargaan di dada dah cukup!)
satu contoh yang tepat aku boleh bagi kalau korang tak caye kahwin muda ni bagus adalah korang tengok cerita adamaya,tu antara contoh pasangan muda(dalam cerita tu la)
ahoho,tu dia,antara kelebihan bisness diwaktu muda2 ni
lagipun nabi sendiri galakan buat perniagaan ni kan?
tapi aku bisness untuk part time je,course utama inshaallah civil engineer aku tetap keje macam biasa bila abes study
oh sebelum habis kan post,sebenarnya aku nak mintak pendapat korang(recomendation)
produk ape yang patut aku jual?
kalau ada produk lain pun ok gak,tapi bagi detail sket pasal ape,nt ada masa aku survey2
hehe
ok aku nak makan sarapan dulu
assalamualaikum!
kenapa x nak couple
Time couple,anniversary kau??ade ssetengah orang celebrate n ade sstgah orang x,pastu birthday die??hang out date saje2??then xkan kau nak buat bodoh jerk??hadiah mane awak?kek xde awak?belanje makan awak??semua tu gune ape awak?duit kan awak?untuk apa semua tu awak??untuk membuktikan "cinta sejati" eyh awak?untuk membuktikan yang awak sanggup buat apa saja eyh awak?untuk membuktikan betapa ikhlas,suci, dan murni nya cinta awak dekat dia eyh awak?waklu,awak2 semua...semua bende dekat atas nie bukan sekarang masanya la awak,mase depan awak2 nie semua belum cerah lagi,kabur2 je nie hah,awak beli semua tu gune duit siapa awak?duit mak awak eyh?ee malunye awak..hha(bagi yang still bawah tanggungan mak bapak la)
- Duit mak bapak yang kau spent untok die hangus gitu jerk
- Sia-sia Dose kau bertambah akibat perbuatan kau time kau couple.
- Kawan kau semua lesap sebab time kau susah,susah nak carik kawan yang betul2 boleh membantu.
- Perasaan kau tersiksa.
- fikiran kau bercelaru.
- pandai2 la kau fikir bende ape lagi yang akan jadik.