Archive

Archive for November 2010

MUET!

assalamualaikum!
hmm,teringat balik time training muet dulu
banyak kenangan yang aku x kan lupekanxD
dan alhamdulillah,muet speaking baru je lepas time study week(bukan study weak!)
group aku ok aku rasa
mane x nye,dapat team up dgn member yang sekepala
dan candidates nye adalah
hilman,naz,dan afiq(satu group 4 orang)
hehe
ok,jd sebelum aku cerita lebih lanjut,aku bg tau sikit macam mane muet discussion ni
exam muet ni,terbahagi kepada 2,muet speaking dan muet listening,reading,writing(lepas cuti sem2 ni)
time study week tu kitorang da buat da muet speaking
dan dalam muet speaking tu,candidates akan dibahagi kepada 1topic,jadi kesemuanya 4 topic
tengok list nama,topic tu dah ditentukan
contoh yang kitorang dapat aritu ialah sort of macam mane nak improve disiplin sekolah

1)mentor mentee among students
2)canning student
3)counselling
4)law in school(lebeh kurang macam tu,undang2 dalam sekolah,merit demerit,and so on)


muet speaking ni lak terbahagi kepada 2 sesi,part A dengan part B

part A
candidates akan ulas topic yang dia dapat dalam masa 5min x silap aku
tapi sebelum tu lepas candidates da baca soalan,candidates akan diberi 2 minit untuk prepare isi yang diberi
bile 2minit dah abes,baru la dimulakan dengan candidates A,B,C dan D
tak dinafikan,part A ni kitorang agak gugup sket
ye la,time2 baru masuk bilik exam tu agak debar2 gak
dan kat part A ni kita je yang cakap sorang2 yang lain dengar,mmg bergema la bila bercakap,haha



ok jadi proceed ke part B lak

part B
topic masih same
cuma dalam 1 group tu,kita akan diberi 10minit untuk discuss capai kata sepakat solution mane yang paling berkesan antara empat topic yang kitorang dapat tadi
seperti biasa sebelum mula discuss,semua candidate diberi 2 minit untuk prepare point,dan oh ya,candidates bebas untuk pilih mane2 point antara 4 point td,same ade nak kekal dengan point asal atau nak tukar
nampak macam simple kan?
tapi untuk dapat mark bagus kat part ni,biar aku point kan mane yang penting..

  • make sure 10min tu digunakan sebaik2 nya,x boleh habis bincang awal
  • pastikan nampak macam discussion betul,x boleh nampak macam ikut turn cakap
  • kalau ade dapat team mate yang kurang cakap,kena pandai initiate untuk dia cakap,contoh."how about candidate C?what do you think about this?","whats your oppinion about candidates A point?"
  • kena pandai menyampuk gak bile discuss,contoh "sorry to interrupt,may i say something?","sorry,but can i add something?"

nak ikutkan,part B ni dia lebih nak tengok macam mane kita handle discussion tersebut dan confident bila bercakap
pasal grammar tu,tu yang ke-3 yang examiner akan tengok,lebih kurang mcm bonus la sape yang gramma bagus
dan untuk group aku,part berdebat2 ni,kitorang mmg dah bese da
jd bile time discussion section B tu,kitorang cakap je macam biasa,anggap examiner x de kat situ,jd agak huru-hara gak la time kitorang bincang tu,kih3
sebab biasa time training,dak si hilman tu yang biasanya idea pelik2,yang kitorang debat dia balik(memandangkan biasanya hujah dia pun biasa boleh tahan untuk dipatahkan)
tapi time muet tu,aku lak yang dorang target,sebab aku masih tetap dengan pendirian aku dengan enforce law in school adalah antara point terbaik,tapi sebaliknya untuk teammate aku yang lain,dorang pilih mentor mentee
sangat x jangka,sebab aku ingat aku boleh patahkan hujah2 mentor mentee tu,tapi sebaliknya,aku dihentam oleh mereka bertiga,ade satu part aku mmg confident dah patahkan hujah dorang,tapi jap lagi candidate B masih disagree dengan point aku,terus ketuk meja aku time tu,huh!tergelak semua ada kat situ termasuk examiner,

antara point aku cakap
"as we all know,religious have guide us by internal and outside, for the school law,it can help to guide and control the student from outside"
"student will tend to do more do good things"
"student will know more which one is good and which one is not"

aku x ingat sangat point dorang cakap ape,tapi antara yang aku ingat ialah dorang cakap
"you cant control the student,if you enforce law in school,isn't it will make the school become like a prison for the student?and also,rule are meant to be broken,so there's no use anyway"(lebih kurang kalau diketatkan peraturan,ia akan jdkan sekolah tu mcm penjara,lol)

dan lepas tu sampaikan ade satu part aku nak jawab balik aku terdiam jap x tau nak cakap ape,speechless gituxD
last2 aku cakap,"er..after i hear your oppinion..i think i will reconsider my point,and change to mentor mentee"(lebih kurang camtu ayat aku,sambil tunduk ke bwah,lol)

x kesa la,agak enjoy gak tu
tapi time tu x silap ade 4 minit lagi,member aku terus ulaskan pasal mentor mentee sebab nak panjangkan,dan aku pun menyampuk cakap "which one is reallly important?enforce law in school or mentor mentee?imagine if there's no law in school,isn't it will make the school more chaotic?"
dan perdebatan pun dipanjangkan dan bila minit ke 8,kitorang mula conclusion bahawa mentor mentee adalah solution yang terbaik,dan mmg cukup2 10minit sebab bila kitorang benti cakap tgk examiner pun baru tekan jam dia,whew,lega~
tp ape2 pun,alhamdulillah,aku rasa lega sebab semua berjalan lancar dan lega kitorang dapat examiner yang friendly:)





video time awal2 training,time ni semua belum biasa lagi dengan format muet ni

peperiksaan!




Assalamualaikum!
kita bertemu kembali!
hmm,sekarang ni,tak asing lagi kalau kita akan tengok papan tanda kat atas ni kan?
maklumlah,musim peperiksaan sekarang,tak kira la untuk UPSR,PMR,SPM,STPM,matrik,poly,universiti,dan macam2 lagi la
alhamdulillah,aku baru je abes exam final sem1 dalam program satu tahun
terasa lega sangat,whew~
habis awal dari campus2 lain,hehe
memang terasa gak time minggu2 dekat exam tu
sampaikan ada stay up sampai pkl 4pagi>_>"
ternyata preparation selama 1month x cukup nak cover semua esp fizik,16chapter semuanya!@_@
sekarang ni dah usaha,doa dan tawakal
ternyata semester ni beri pengajaran kat aku kena prepare dari mula semester lagi
inshaallah semester2 ni aku x nak ulang kesilapan sama~.~

study study gak,hubungan dengan allah jangan dilupekan:)

cakap pasal exam ni,aku nak ajak korang semua dan diri aku untuk reflek diri sendiri jap
sebagai peringatan ktia sama2~
agak2nye la
ape agaknye tujuan kita menuntut ilmu ni?

dari kecik kita diajar supaya belajar rajin2,bila pandai boleh dapat kerja yang bagus,bila kerja bagus gaji pun lumayan dan orang akan respek tinggi,dan bila nak berumahtangga pun senang
tapi kalau sebaliknya pula,kalau malas belajar,kita akan hidup susah kat dunia ni

tapi,cube tengok balik,teliti balik,betul ke tu tujuan kita hidup semata2 nak dapat kerja bagus?
aku tak cakap tak bagus nak taget kerja yang bagus
tapi ade tak kita pk nak bangunkan ummah,menuntut ilmu untuk tegakkn daulah islam kembali kat muka dunia ni?
atau adekah kita lebih pentingkan diri sendiri?
kalau kita lebih pentingkan diri dari orang sekeliling kita
kita sendiri yang rugi
bila kita kerja kelak,sibuk mengerja harta dan pangkat,pada satu ketika kita akan terfikir
itu sahaja ke??begitu banyak harta dan pangkat yang kita sibuk kerja dan akhirnya setiap orang akan menemui mati,dan akan masuk ke liang lahad di dalam tanah
jadi ape yang kita dapat kalau kita utamakan harta daripada berjasa kepada ummah?
perlu diingatkan menuntut ilmu tu sebagai ibadah






kenape aku tanya semua ni?
sebab benda ni sangat penting kalau kita nak ubah keadaan dunia yang kita tinggal ni
bila kita tengok keadaan kat muka dunia ni,parah sekali
contoh terbaru yang aku terbaca pasal Islamic fashion show yang dianjurkan oleh malaysia sendiri
tengok je la fashion yang digandingkan kat stage dia,terang2 tertulis "ISLAMIC"
tapi,sampaikan ada model free hair,then pakaian dia siap nampak lengan tangan,apekah islamic itu namanya?
apekah penganjur tu nak jadi macam kamal antartuk yang menentang islam kat turki dulu?
cuma ni menentang islam dalam diam?wallahualam
aku bukan nak mengaibkan orang atau ape,cuma aku rasa GERAM dengan tindakan penganjur tu sendiri yang guna nama "ISLAM" tapi bukan cara islam langsung!sigh..
semoga allah selamatkan kita dari tipu daya syaitan..



kita dah lihat
negara kita maju tapi kenape remaja2 zaman sekarang kebanyakkan akhlak runtuh
sedih rasanya,kerana generasi sekarang generasi celik ilmu,tapi masih mempunyai akhlak yang buruk
dan remaja adalah umpama bijian benih yang kita tanam
dan apebila membesar ia akan menghasilkan buahnya
dan buahnya?ape yang kita lihat sekarang...
jadi dimana silapnya?masih kekurang bajakah?
apekah belum cukup usaha pemerintah untuk memajukan negara ini dengan pelbagai cara atau pemerintah yang salah?


tidak,bagi aku bukan salah pemerintah,
aku tak nak menuding jari sape salah
tapi bagi aku semua orang memainkan peranan
kalau kita nak ubah keadaan sekarang ni,setiap insan tersebut mesti memainkan peranan untuk sebarkan nilai2 positif kepada masyarakat
sebab?
kita sendiri yang telah membentuk ape masyarakat kita jadi sekarang ni
sebab tu pentingnya kita kena fikir menuntut ilmu untuk berjasa kepada masyarakat dan ummah
ingat,menuntut ilmu tu dakwah pelajaran!

Muaz pernah berkata
mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah tanda takut kepadanya
menuntutnya adalah ibadah
menalaahnya adalah tasbih
mencarinya adalah jihad
mengajar kepada yang belum tahu adalah sedekah
dan memberi adalah kebaktian
dialah kawan dalam sepi,teman kala sunyi,pentunjuk jalan dan kesempatan

jadi ingatlah,ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana allah
semoga apabila kita kerja kelak,profession yang kita pegang akan dapat jadi asbab hidayah kepada orang untuk kembali ke jalan yang benar,inshaallah

jadi ayuh wahai remaja!
bangun dan bangkitlah untuk ubah keadaan kita!
kerana allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri!
mula ubah diri kita
hidupkan suasanan ajaran islam sepenuhnya di persekitaran kamu tak kira di campus atau dirumah!
kaitkan ilmu yang dipelajari dengan islam,kerana islam itu adalah syumul(menyeluruh)
jangan pisahkan islam dan ilmu yang pelajari kerana ibarat kita setuju dengan islam liberlisme,yang memisahkan hal dunia dan agama

ingatlah firman allah

kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh yang makruf,dan mencegah dari mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah oran-orang fasik.
(surah Ali Imran,ayat 110)

jadi untuk menjadi umat yang terbaik semua orang perlu berdakwah dan pelajar pun tak terlepas dari tanggungjawab dakwah
paling utama ialah dakwah pelajaran
kebiasaannya orang non-muslim menuntut ilmu dengan hanya satu daya untuk cemerlang dalam bidang tersebut iaitu keperluan hidup
tetapi jadikan dorangan agama dan keperluan hidup sebagai daya kita untuk maju didalam bidang ilmu dan bidang2 lain
semoga ia dapat menjadi asbab hidayah kepada semua manusia
di akhirat kelak lelaki dan perempuan akan dipersoalkan ape yang mereka buat ketika usia mereka muda
jadi ayuh bangun dan bangkitlah!
mari kita mencipta sejarah!bukan terus melihat sejarah berlalu begitu sahaja!

inshaallah,cahaya islam akan kembali bersinar di seluruh pelusuk bumi
adakah kita termasuk dikalangan mereka yang berjuang menegakkan Islam?