My name is Khan


assalamualaikum~!
apa khabar korang semua?
harap korang sihat2 je selalu:)
semalam aku baru je tengok citer "My name is Khan"
memang menarik citer ni!
agak sedih kat jb tak tayangkan cerita ni
yes aku tau cerita ni dah kuar sejak bulan febuari,semalam baru kesempatan tengok
entah kenapa susah betul cari cd ni
dah lama aku nantikan citer ni,akhirnya dapat gak tgk!
citer ni pasal sorang ni nama rizvan khan
dia ni berbeza dengan orang lain,sebab dia ada sindrom...sindrom ape aku tak ingat=.=
senang kata dia ni tak boleh faham ekspressi orang kalau orang tu tak ekspress
walau macam tu pun,mak dia percaya yang dia ni ada "talent" yang orang lain tak ada
dan ternyata,si rizvan khan ni memang bijak orangnya,senang ingat sesuatu benda,kalah orang biasa,fuh memang tabik!
aite,okk tu sedikit cerita pasal watak utama dia
pasal storyline lak citer ni pasal kehidupan orang islam sebelum september 11,dan selepas kejadian tu
banyak dugaan dorang hadapi
ohh,of course aku tak kan letak ape spoiler ape jadi,nak tau ape jadi pegi tengok!:)
bagi aku,cerita ni memang ada strong message yang nak disampaikan
terharu aku tengok citer ni,bwahaha
bukan ape,kalau korang tak tersentuh tengok usaha rizvan khan tu aku tak tau la
dah la cerita tu hampir 3jam,around 2jam 40minit boleh sampai aku rasa
sebab aku tengok dari pkl 11.35malam,abes pkl berapa nak tau?
pukul 2.15baru abes,lama tak cerita ni?
dan dalam 2jam 40minit tu,takde part yang bosan gitu,flow storyline dia sangatlah smooth gitu~
selain tu acting shahrukh khan dengan kajol memang best!
watak dorang nampak sangat hidup
nampak romantic pun ada,cewah!xD
hehe
tapi,aku rasa still ada kelemahan kat cerita ni
beberapa isu yang aku tak beberapa faham........

actor shahrukh "khan",ada slang sket,"khan"xD

salah satu isu dia,pasal rizvan khan ni kahwin dengan orang hindu?
erm,ok wait,rizvan khan tu islam,dan Mandira tu pula orang hindu?
dan dorang kahwin tanpa mandira masuk islam?
okay........
anak mandira tu agama ape?aku tak jelas sangat dalam movie ni........
agak kontroversi sket kat sini
tapi bagi aku,aku try anggap yang si rizvan khan tu tak tau pasal ni sebab penyakit dia sindrom ape tah,dan lagipun mak dia ajar yang dalam dunia ni tak kira agama ape, ada dua jenis manusia je,manusia baik dan manusia jahat
mungkin director dia tak tau benda ni tak boleh dalam islam,tapi..kat india,aku terbaca ramai kat india yang kahwin macam ni,contoh suami islam,isteri hindu?
erm,wallahualam
aku tetap dengan pegangan aku yang kalau nak kahwin dengan non-muslim kena convert masuk islam dulu,untuk kebaikan satu keluarga,anak pun tak de la half agama lain half agama lain
selain tu,ada isu lain gak
isu isteri abang rizvan khan kena tarik tudung dia,pastu suami dia suruh jangan pakai dulu benda ni buat sementara waktu?dia cakap "allah will understand this"
ni aku tak tau,boleh ke tak,sebab dorang anggap macam darurat?nyawa dorang pun terancam
boleh ke tanggalkan?=.=
aku rasa tak boleh right?kena siksa macam mane pun,kena tetap dengan ajaran dan suruhan agama islam
tapi dalam movie ni nanti dia ada terangkan la,agama ni tak ikut condition,orang dan tempat(lebih kurang gitu)
oh well


actress kajol

selain daripada tu movie ni sangat lah bagus!
korang akan perasaan ada "deep message" yang nak disampaikan dalam movie "my name is khan"
keseluruhan cerita ni boleh diterima oleh logik akal dan sedarkan orang yang "terrorist" ni tak da kena mengena dengan agama islam
terrorist ni ade gak yang beragama chrstian,hindu,buddha,islam dan lain2
bergantung kepada orang tu sendiri jadi orang baik ataupun jahat
ade gak orang islam yang baik,ade gak orang islam yang jahat,ada gak orang christian baik,ade gak yang jahat,dan lain2
jadi jangan senang2 lebel sesuatu kaum atau agama sebagai "terrorist"
aku harap sedikit sebanyak filem ni dapat sedarkan pemikiran orang yang ignorant,insyaallah!
bagi sesiapa yang lom tengok,aku cadangkan korang belilah cd ni kat kedai cd berhampiran
mengenai isu yang aku bincangkan tadi,masing2 sekarang dah boleh fikir mana baik,mana salah
jadi aku yakin korang boleh fikir dah
cuma untuk kanak2 yang belum baligh,aku syor ada bimbingan orang dewasa takut tersalah faham lak
ape2 pun,harap korang enjoy tengok trailer kat bawah ni
antara trailer yang "excellent",hua3


sebelum aku akhiri post aku,bagi sape2 yang nak bagi comment pasal cerita ni dialu-alukan:)
tak kisah la pasal character,storyline,isu dan lain2
hehe,sebelum aku akhiri aku nak cakap

"my name is hakim,and i am not a terrorist"

sekian saja dari ku
assalamualaikum!

8 Responses to “My name is Khan”

  1. Anonymous says:

    sudah tgk ini movie lama dulu..haha~
    cite ni mmg best, walaupun aku rase not the best Hidustani movie yet. Tp apa yg nak digarapkan dr movie ni ialah stereotype Barat terhadap org Asia/Islam.

    so far, mmg cite ni ok, tp klau ko mmg minat cite Hindustan, aku rekemen 3 Idiots. stomach-blowing movie.. LOL

    aku bg movie ni 3 1/2 despite storyline + character yg berkesan. :D

  2. sillyloo says:

    aku rasa filem nie bgs...dier bg byk pengajaran......bg aku cter nie mcm kene tgk jer....ader unsur humor,sedih skit2..senang cter macam2 ada...my name is rofli n i was here :p

  3. kim, cite ni tak dpt tayang kt malaysia sbb isu yang ko tak paham tu la. yg islam kawin ngn hindu tu. tu je. hahaha. aku dh tgk cite ni. best! ;)

  4. slarky says:

    @fahmi,oohhh 3idiots eh?aku ada nampak poster dia,nampak macma menarik,nt aku try carik,heheh
    btw aku bukan fan hindustan,tapi cerita ni buat aku jatuh hati dengan citer hindustan~

    @sillyloo,yep setuju,semua elemen emosi ada dalam movie ni,sangat bagus,jarang ada citer camni,hehehe

    @rose,no wonder x de sini,tapi ada lepas gak kat sunway pyramid x silap aku,tp bagus gak dia block citer ni,takut ada orang terpesong akidah,haha,anyway minus kontroversi tadi movie ni mmg bagus skali!!5/5 star!

  5. Anonymous says:

    kene banned ke cite ni? kat KL lps je aku tgk...hahaha~

  6. Ann says:

    aku tgk kat pahang, ada jer...

    mgalir air mata tgk citer ni, tak tertahan...huhu

  7. mmg sah kat jb je x de. sadis sikit rase nye. hahaha :D

  8. slarky says:

    tu la,negeri lain ada,jb je x de
    tak adil tu jb dipulaukan,chess!