Jom Mengajak!


assalamualaikum!
heshh,ape nak jadi dengan dunia sekarang ni
semalam france dengan belgium ada umum nak ban "burqa" eh?
(burqa tu tudung yang tutup sebahagian muka skali,kat sini biasa orang panggil purdah)
benda ni da lama dah dorang plan nak ban burqa ni,x silap smlm baru official kot
da buang tabiat gak nya
awatnya dicakap perempuan yang pakai burqa tu sebagai salah satu oppress terhadap wanita?
mereka sendiri yang pilih nak pakai,jd so be it la,mana ada oppress?
ni agenda dedah aurat perempuan lagi la oppress,siap menjatuhkan martabat perempuan lagi tu,x da dorang nak ban benda ni
kat berita semalam obama pun datang dengan bangga je,x dgr lak aku tgk obama bangkang pasal ni?
ish,geram2
kk,tenang kim tenang
nampak emosional kan atas ni?
tp lepas da bertenang,cuba fikir balik
..........

kalau tgk balik,benda ni jadik mungkin sebab kelemahan "dakwah" orang islam kat sana,kenapa ya aku cakap gitu?
ok,firstly nape kerajaan dia nak ban burqa?(x kan dorang senang2 tetibe nak ban kan?kalau nak ban tp rakyat dia bangkang x bole gak,bole huru hara nt,dorang gak rugi nt bila ekonomi dorang merosot)
jawapannya,sebab ramai rakyat dia yang komplen,hidup dorang "x selesa" bila nampak ada orang pakai burqa di jalanan hometown dorang
sampaikan ada orang gelar "ninja" bg orang yang pakai burqa,sigh..
dan mcm mana lak kalau dakwah orang islam kat sana diperkuatkan lagi untuk menerangkan psl islam dan psl burqa ni kepada dorang?
barulah dorang phm,sebab kebanyakkan non-muslim tgk perempuan yang pakai "tudung biasa" pun da pelik,tp dorang x nak tny kepada mereka,erm,mungkin hanya segelintir yang akan tanya direct kepada perempuan tersebut direct,tp...mejority still x nak tny,sebab segan terutamanya,dan akhirnya,pelbagai spekulasi dari diri mereka terhadap orang yang pakai tudung dan timbul kan rasa x selesa dorang
ini baru perempuan pakai "tudung biasa",apetah lagi kalau perempuan pakai "burqa"
you can imagine how many people will ask why she wear burqa compared to those who ask the one wear hijjab/tudung.
sangat sikit kan?sigh...
sekadar faham pemakaian hijjab dan burqa sebagai tuntutan agama islam x cukup,mereka kena tanya sendiri orang yang pakai,baru mereka faham,adekah dia dioppress atau sebaliknya,sebab dpt jawapan dari orang yang sendiri pakai lg memudahkan dorang utk faham
sebab tu aku mengatakan "dakwah" orang islam kat sana masih belum cukup kuat untuk menyampaikan message kepada penduduk europe
dan dakwah tu bukan terletak kepada tabligh2 disana sana juga,setiap individu sendiri perlu menyampaikan message ni kepada rakyat2 kat sana supaya dorang faham
jd nampak x bertapa pentingnya "dakwah" ni kan?



bayangkan,kalau seorang muslim tu sendiri abaikan dakwah x kira lelaki atau perempuan,paling kurang 10 orang non muslim x kan dpt message islam itu sendiri(belum termasuk untuk orang islam gak)
bayangkan kalau 10 orang x buat dakwah,bayangkan berapa ramai yang x terima peringatan dan keindahan islam?
tapi kalau sebaliknya,bagaimana kalau "seluruh" umat islam,lelaki2 dan perempuan2 buat dakwah,aku rasa semua orang non muslim dan muslim sendiri akan dapat peringatan dan keindahan islam itu(sebab dalam dunia ni,penduduk islam lebih ramai daripada non muslim)
jadi,fikir2 kan lah
apabila terjadi satu kemungkaran,jangan menyalahkan orang yang buat kemungkaran dan ibubapa,kemungkaran tersebut berlaku atas kelemahan kita gak,sebab x saling nasihat menasihati dan mengajak membuat kebaikan,dan tinggalkan perkara mungkar
"dakwah" tu sendiri kan kalau diterjemah akan jadi ayat "mengajak" kan?jadi untuk mengajak,kita x perlu ada ilmu yang tebal2,atau nak tunggu baik mcm malaikat baru nak "mengajak" kawan2 kita buat kebaikan
kalau semua memberi alasan "x nak la,x cukup ilmu lagi","x nak la,lom cukup baik lagi",maknanya,masih ada lagi ramai yang akan leka dengan kehidupan masing2 sebab kawan sendiri pun x nak bagi peringatan.
jd jangan la nak condem bila ada orang bagi nasihat atau mengajak buat kebaikan,sebab "mengajak","nasihat-menasihati" sendiri adalah perlu bagi semua umat islam
bila ada orang bagi nasihat,tgk message yang ingin disampaikan,bukan orang yang bagi nasihat
"mengajak" atau dengan kata lain "dakwah" itu sendiri adalah antara sunnah Rasulullah S.A.W kita yang paling besar,x nak ke kita contohi?
jd,ape yang dibaca ni,harap dapat diambil iktibar,dan kalau boleh jom lah kita "mengajak" kenalan kita untuk buat kebaikan:)
kerana orang kata marah kerana sayang kan?cewah!
hahaha
sebelum akhiri post kali ni
ada sedikit "komik" mengenai "dakwah sahabat yang suruh kawannya solat"
hehe,harap korang terhibur dan fikir2kan ape yang dibaca



-komik oleh Hikari-
(tekan gambar utk size clear)

kita sering kali gembira bila orang yang tersayang beri teguran atau nasihat kepada kita
tetapi kenapa bila Allah(pencipta kita)yang tegur kita sukar untuk terima?hmm.....
sekian saja dari ku
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh~!