Tips Belajar Oleh Dato Dr.Mohd Fadzilah Kamsah(Part 2)
sambungan dari yang pertama:)
Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental
Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam
Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90% bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan membaca
Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar.Elakan muzik semasa belajar
Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu
Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran
Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda.Tetapi cuma 20% pelajar yang belajar menggunakan peta minda
Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat
Tip 49
Orang yang bergembira tidak semestinya tersenyum.Tapi orang tersenyum pasti gembira
Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap,apa yang betul terasa silap dan silap terasa betul
Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk jadi cemerlang
Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan,justeru carilah kawan yang positif dan cemerlang
Tip 53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki
Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikir positif
Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif
Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan postif walaupun kecil,hari ini juga
Tip 57
Dengan mendidik orang lain,kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat
Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya.Ubatnya ada dalam diri kita
Tip 59
Buatlah kebaikan atau peubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin kita yang terakhir di dunia
Tip 60
orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan
Tip 61
Apabila anda berani mengaku salah,itu tanda anda semakin bijaksana
hehe,semoga tips2 ni dapat membantu anda menjadi pelajar yang cemerlang dan good luck kepada yang akan amik peperiksaan SPM x lama lagi:)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Post a Comment