Bercinta?
tibe2 pas baca post mmb tergerak hati nak buat post pasal ni
agak lama aku x post kat sini,hehe,jadi tolong2 btlkan kalau ada salah ya
hanya ingin meluahkan rasa pendapat:)
ramai yang persoalkan,boleh ke kalau laki dan perempuan yang belum berkahwin bercinta?
kalau ikut pandangan aku,x salah kalau seorang lelaki ni minat kat perempuan ni,atau perempuan ni ada rasa cinta kat lelaki ni
sebab da mmg lumrah manusia nak kan kasih sayang dari orang yang dia sayang
tp bila minat tu,berpada2 la
jangan laa sampai terabai tanggungjawab kat allah dan juga kat pelajaran
aku rasa yang jadi x boleh tu kalau sampai lalai,24jam msg je dgn orang tu sampai terabai tanggungjawab
kalau da mcm tu pun x boleh,apetah lagi couple
lebih2 lagi yang masih tgh belajar,toksah laa nak couple2 ni
aku x cakap yang aku ni baik,dulu aku pun pna couple skali time muda mudi di bangku sekolah
tp bile kian dewasa,korang akan paham nt,benda2 ni x pyh la dulu
kalau rasa minat kat seseorang pun,cube kawal perasaan tu,jgn terlalu obsess sgt
doa2 la dan rapatkan diri dengan allah dan berserah kepadanya
bila hambanya rapat dengan dirinya baru la allah nak tlg btl?tp jgn rapat dengan allah semata 2 nak kn jodoh je,kena ikhlaskan hati gak ya
orang kata kalau da jodoh x kan kemana betul?
tp kalau hanya menunggu tanpa usaha,x boleh gak
sama gak dengan rezeki dah ditentukan,tp kalau dok rmh je,benda tu datang bergolek sendiri
x boleh gak,jd kena la usaha gak
tp ingat,guna saluran yang betul!bukan usaha dengan ushan 2 gitu,ada saluran2 yang btl
contoh laa
katakan sorang laki yang jahil agama islam ni,da terjatuh hati dengan sorang perempuan yang soleha
lelaki tu dapat kesedaran dan cube mendalami agama islam,dia berdoa supaya dia dijodohkan dengan perempuan tu
insyaallah,dengan izin allah,makbulkan doa tu
usaha gak tu ha
sebab lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat
lagi satu contoh lak
kalau sorang lelaki ni da minat kat seseorang,x salah kalau dia bg tau hasrat kat ibubapa dorang tu yang dia da berkenan kat seseorang,nt orang tua mereka pg la merisik atau tgk2 kan ok ke x perempuan yang anak dia ni berkenan,lgpun orang tua kita lebih lama hidup,dorang lebih tau dari kita sendiri
sama gak untuk ppuan,kalau ada rasa mmg berkenan sangat dengan lelaki ni x salah kalau dia nak merisik dulu,tp si ibubapa atau wakil perempuan ni yang pergi merisik tanya,kalau masih "available",baru la keluarga si lelaki ni datang meminang,setahu aku la camtu,"perigi mencari timba" tu hanya pepatah melayu je,toksah dok pk pening2,dlm islam dibenarkan pun perempuan merisik dulu,kalau ikut sejarah pun..siti khatijah yang merisik nabi dulu
jadi toksah laa nak bercintan2 melebeh2 sblm kawen ni,kalau minat tu berpada2 la
aku tau kalau da rasa minat tu,ssh gak nak control hati ni,mesti ada teringat2kan si dia la,rasa nak date dia la,atau lain2,tp seboleh2nya,cuba la kawal,jangan sampai terlalai
kemanisan bercinta selepas kahwin tu amatlah manis,x mau ke rasa camtu?ahahaha
x caye?cube pk,first time date pas kawen,kan romantik tu?
pgl hubby,sayang2,or ape2 je la nama manja first time pas kawen,ha romantik kan?
ahahaha,melebeh2 lak aku,pengaruh tv kuat ni,huahaha
tp ingat,tanggungjawab besar lepas kawen nt
jd fikir2 la btl2 yaa sama ada dah sedia atau belum,hehe
anyway aku tau aku bukan orang yang baik atau kuat agama,ini hanya pendapat aku saja
hanya ingin berkongsi dengan pembaca2 sekalian,ikut diri sendiri nak terima atau menolak pendapat aku ni
mohon maaf kalau ada menyinggung perasaan sesiapa
dok belajar jauh2 ni banyak mengajar dan kesedaran kat aku,mmg cetek dan jahil ilmu agama aku
aku masih dlm prosess pembaik pulih untuk menjadi orang yang lebih baik daripada dulu,jadi tegur2 la aku kalau aku ada buat silap
huhu,sekian saja dari aku:)
sekian,salam!:D
ske2 post ini...
ahahaha
ahaha
thanks,hanya memberi pendapat,moga dapat menjadi iktibar untuk semua