yeah cuti~!
best2,wahaha
setelah bertungkus lumus jawab ujian semester,cuti ni aku nak relax sebentar,hehe
insyaallah boleh score,harap2 lepas target pointer..
dah berusaha so berserah dan tawakal sahajalah
cuma paper first jawab ialah english,aku jawab dengan penuh kehampaan=.=
tah nape aku rasa part essey dia susah semacam je
da lah masa x cukup nak abeskan=.= tambah dengan point2 merapu aku main tulis je,sigh
mmg rasa mcm nak keluar je dari bilik periksa time tu>.> x pna aku jawab english seteruk ni
heh,akibat pandang rendah kat paper english ni lah akibatnya,x sentuh ape2 pun nota english=__=
abes exam aku tny dorang,dorang pun cakap susah,x sempat nak abeskan essey,dan tajuk dia terlalu umum,da berapa lama x latih otak tulis essey
nasib baik english x masuk pointer markah dia,aku cuba sedapkan ati pk camtu,sebab petang nt chemistry lak
untuk paper chemistry,science computer dan math aku mmg bersyukur yang amat2!
aku dapat buat dengan lancar
fizik aku 50/50 lg,aku x leh agak berapa aku dpt
ape2 pun aku rasa lega,secara keseluruhan aku rasa ok
so cuti ni aku nak relax sebentar,heheh,dengan x de assignment atau kerja tambahan untuk cuti neh,best2~
so ari jumaat tu,time solat jumaat kat masjid campus aku ade la jadi masalah teknikal jap
first,x de imam dari luar datang untuk jadik imam dan second,jemaah tak cukup 40 orang
dak2 ramai balik sblm tgh hari tu pun,sebab last paper pkl 10pagi,so dlm kol 11 gitu dorang da gerak balik
yang tinggal berapa kerat je,belas belasan orang gitu je
mula2 staff campus tu datang masjid,kitorang kira,ade la dalam 30orang
x cukup lg 10orang,kelam kabut kitorang
x pna sebelum ni jemaah x cukup,mmg kitorang x tau nak buat ape la,kalau biar jemaah tunggu je boleh dapat malu wor campus ni
bincang2 last2 decide bg tau kat jemaah ade masalah teknikal
ade sorang pakcik ni suh tunggu 10minit lagi,nasib baik ngam2 cukup 40 orang
tp pastu nak lak decide sape baca khutbah,bilal dan jadi imam lak masalah,sebab bukan calang2 orang boleh jadik,kena penuh kriteria dia
so bincang lagi,amik masa agak lama,and then nasib baik ada orang sukarela jadi imam dengan baca khutbah,bilal lak dak firdaus(kids) yang jadi
solat jumaat paling sket aku pna rasa
abes solat jumaat rasa lega,nasib baik semua berjalan lancar td,whew~
jadi 1 pengajaran untuk kitorang sana cemana kalau jemaah jumaat x cukup>.<
pkl 3 ptg gitu ayah aku pun sampai amik
ayah aku x bg aku naik bas lagi sebab tangan aku baru je baik x boleh angkat benda berat2 lg
si yuzairi mr.president tumpang aku balik dekat dengan Kipmart jb
bangga tu "president" tumpang naik,lol
keluar campus singgah kfc kat pekan sana,aku mmg lapa sangat2
dari pagi x makan,balik exam nak makan kat cafe c dah penuh dengan dak2 ppuan
aku tgk dengan pasrah je laT_T sebab kalau dak ppuan dah memenuhi ruang cafe,jawapannya mmg habes la makanan nya,especially last day,lagi la cafe masak kurang sebab ade certain budak dah balik,adoi
lagipun time kitorang exam yang tinggal hanya dak2 PDT je,dak2 PST dah balik cuti dekat 1mgu dah,wuu wuu,tu sebab cafe c je yang bukak
sampai kat kfc ape lg,dengan penuh berselera aku makan ayam kfc aku,woo mmg nikmat,terharu aku rasaT.T
ahahaha
abes makan baru la kitorang gerak balik
on the way balik tu banyak kali gak hujan,lebat lak tu,baru aku pasan da nak bulan 11,biasa la tu musim
sampai jb ayah aku turun kan yuz mr.president kat kipmart
then baru kitorang balik
sampai rmh around dekat pkl 8mlm,ahaha
agak lama,aku x igt kitorang buat ape sebab dekat 5jam dari melaka ke jb
malam tu lak,time aku tgh relax kat bawah tgk tv,aku dikejutkan dengan msg dari akak ni yang mengatakan diniy accident pkl 5ptg td dan berada di wad kecemasan
gile terkejut aku,ape jadik kat mmb aku sorang ni sampai masuk wad kecemasan??
aku try call x dpt,x de orang angkat,aku try call dak2 matrik lak,dorang ade dpt msg tu tak,dorang ckp ade tp try call pun x dpt,so pastu aku citer kat ayah aku,ayah aku try call no ape tah untuk dptkan no hospital pontian,batu pahat dan johor bahru
3 tempat tu je aku boleh agak dia ada kat situ
pastu time calling hospital tu,diniy tu reply msg ayah aku,ckp da ok dah,tgn je cedera,skrg ni dia kat rmh sedara dia
fuhh,lega aku,mmg cemas aku time tu==
syukur ko selamat diniy
nasib baik x de ape2 sangat
hesh,bawak motor tu lain kali bebaik
risau kitorang dibuatnya=="
malam tu pkl 11mlm aku msg sahabat2 aku yang baru nak bertolak balik kelantan naik kereta api selamat bercuti
12jam tu dari station kereta api,x silap aku kat seremban kot?
12jam..mmg lama,tp tu la,orang merantau la kan,lgpun kat kereta api tu pun tdo je tu,ahahaha
cuti ni jangan lupa aku kat jb ni,ohoho
cuti semester dua minggu ni banyak benda aku nak buat
td pun baru balik dari muar sebab mak ada nak key in untuk nutrimetic tu
and then aku nak buat ic baru,cip aku da rosak x boleh baca>.<
eheheh
pas ic baru siap baru bole buat kad maybank baru,kena telan time nak beli hp baru aritu^^;
hahaha
balance allowence aku banyak lagi ada ni
hehe,nt aku pk nak buat ape
tu saja dulu dari aku takat ni
bila2 aku ada masa nt aku update lagi ya
sekian,assalamualaikum:)
musim hujan~
esok Ujian Sem,uwaaa!T.T
aduyai
gawat aku camni,esok Ujian SemT_T
ahh,takut=="
aku study mcm mane pun aku still rasa x yakin dgn cara belajar aku,sigh
aku x nak buat silly mistake time aku pmr dgn spm dulu>_>
ya allah,tlg la hambamu ini
hamba mu ni da berusaha sebaiknya dan berserah kepadamu
harap2 semua berjalan lancarT_T
anyway,alang2 post ni,aku nak wishkan kat classmate aku kat sini yang sambut besday dia dua hari lepas iaitu hasmira,selamat hari jadi!moga cepat tinggi eh,lol,gurau2XD
semalam lak iaitu anin sofia,selamat hari jadi ya!:) semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,heheh
dan juga kat fatimah yang besday dia arini,selamat hari jadi ya!xD mekasih tlg aku,lol
anehnya,bulan oktober ni ramai dak kelas aku sambut besday bulan ni,first skali topek,pastu kid,mukmin,hasmira,ainin dan fatimah,budak2 oktober eh,haha
ape2 pun,good luck untuk semua utk US ni,bg best result dak2 m2p2,ahahaha
semoga aku berjaya jawab soalan dengan baik US niT.T
salam
Bercinta?
Bercinta?
tibe2 pas baca post mmb tergerak hati nak buat post pasal ni
agak lama aku x post kat sini,hehe,jadi tolong2 btlkan kalau ada salah ya
hanya ingin meluahkan rasa pendapat:)
ramai yang persoalkan,boleh ke kalau laki dan perempuan yang belum berkahwin bercinta?
kalau ikut pandangan aku,x salah kalau seorang lelaki ni minat kat perempuan ni,atau perempuan ni ada rasa cinta kat lelaki ni
sebab da mmg lumrah manusia nak kan kasih sayang dari orang yang dia sayang
tp bila minat tu,berpada2 la
jangan laa sampai terabai tanggungjawab kat allah dan juga kat pelajaran
aku rasa yang jadi x boleh tu kalau sampai lalai,24jam msg je dgn orang tu sampai terabai tanggungjawab
kalau da mcm tu pun x boleh,apetah lagi couple
lebih2 lagi yang masih tgh belajar,toksah laa nak couple2 ni
aku x cakap yang aku ni baik,dulu aku pun pna couple skali time muda mudi di bangku sekolah
tp bile kian dewasa,korang akan paham nt,benda2 ni x pyh la dulu
kalau rasa minat kat seseorang pun,cube kawal perasaan tu,jgn terlalu obsess sgt
doa2 la dan rapatkan diri dengan allah dan berserah kepadanya
bila hambanya rapat dengan dirinya baru la allah nak tlg btl?tp jgn rapat dengan allah semata 2 nak kn jodoh je,kena ikhlaskan hati gak ya
orang kata kalau da jodoh x kan kemana betul?
tp kalau hanya menunggu tanpa usaha,x boleh gak
sama gak dengan rezeki dah ditentukan,tp kalau dok rmh je,benda tu datang bergolek sendiri
x boleh gak,jd kena la usaha gak
tp ingat,guna saluran yang betul!bukan usaha dengan ushan 2 gitu,ada saluran2 yang btl
contoh laa
katakan sorang laki yang jahil agama islam ni,da terjatuh hati dengan sorang perempuan yang soleha
lelaki tu dapat kesedaran dan cube mendalami agama islam,dia berdoa supaya dia dijodohkan dengan perempuan tu
insyaallah,dengan izin allah,makbulkan doa tu
usaha gak tu ha
sebab lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat
lagi satu contoh lak
kalau sorang lelaki ni da minat kat seseorang,x salah kalau dia bg tau hasrat kat ibubapa dorang tu yang dia da berkenan kat seseorang,nt orang tua mereka pg la merisik atau tgk2 kan ok ke x perempuan yang anak dia ni berkenan,lgpun orang tua kita lebih lama hidup,dorang lebih tau dari kita sendiri
sama gak untuk ppuan,kalau ada rasa mmg berkenan sangat dengan lelaki ni x salah kalau dia nak merisik dulu,tp si ibubapa atau wakil perempuan ni yang pergi merisik tanya,kalau masih "available",baru la keluarga si lelaki ni datang meminang,setahu aku la camtu,"perigi mencari timba" tu hanya pepatah melayu je,toksah dok pk pening2,dlm islam dibenarkan pun perempuan merisik dulu,kalau ikut sejarah pun..siti khatijah yang merisik nabi dulu
jadi toksah laa nak bercintan2 melebeh2 sblm kawen ni,kalau minat tu berpada2 la
aku tau kalau da rasa minat tu,ssh gak nak control hati ni,mesti ada teringat2kan si dia la,rasa nak date dia la,atau lain2,tp seboleh2nya,cuba la kawal,jangan sampai terlalai
kemanisan bercinta selepas kahwin tu amatlah manis,x mau ke rasa camtu?ahahaha
x caye?cube pk,first time date pas kawen,kan romantik tu?
pgl hubby,sayang2,or ape2 je la nama manja first time pas kawen,ha romantik kan?
ahahaha,melebeh2 lak aku,pengaruh tv kuat ni,huahaha
tp ingat,tanggungjawab besar lepas kawen nt
jd fikir2 la btl2 yaa sama ada dah sedia atau belum,hehe
anyway aku tau aku bukan orang yang baik atau kuat agama,ini hanya pendapat aku saja
hanya ingin berkongsi dengan pembaca2 sekalian,ikut diri sendiri nak terima atau menolak pendapat aku ni
mohon maaf kalau ada menyinggung perasaan sesiapa
dok belajar jauh2 ni banyak mengajar dan kesedaran kat aku,mmg cetek dan jahil ilmu agama aku
aku masih dlm prosess pembaik pulih untuk menjadi orang yang lebih baik daripada dulu,jadi tegur2 la aku kalau aku ada buat silap
huhu,sekian saja dari aku:)
sekian,salam!:D
bila nak cuti?
wooo
Bulan Peperiksaan
dah seminggu tangan aku pulih dari keretakan tangan